Aku suami, T20. Tapi isteri macam singa. Pantang salah sikit, habis memetir. Tiada yang selamat. Haritu, aku tersentap sangat

 #Foto sekadar hiasan

Luka Yang Dalam Terhadap Kata-Kata Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Udin. Usia 34, berasal dari Pantai Timur. Bekerja sebagai ahli perniagaan, jadi saya mempunyai masa yang agak flexible untuk keluarga saya.

Alhamdulillah saya juga boleh dikategorikan sebagai T20. Duit tidak menjadi masalah buat keluarga saya.

Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 orang bidadari yang comel. Mereka lah seluruh isi hati saya. Yang menjadi penguat saya menempuh hari hari mendatang.

Saya mempunyai seorang isteri, crush zaman belajar ketika di IPTS di selatan tanah air dulu.

Ketika di IPTS kami hanya sekadar kawan dan bukan pasangan kekasih. Kalau berjumpa pon mesti dengan group members, keluar ramai ramai, makan ramai ramai, tak pernah keluar berdua.

Jadi saya tidak betul betul mengenali diri dia lagi ketika itu. Alhamdulillah selepas berkawan beberapa tahun saya luahkan perasaan saya dan sunting si dia menjadi isteri saya.

Isteri juga seorang bussinesswoman dan pada masa yang sama seorang suri rumah sepenuh masa.

Saya sangat respect kehebatan beliau dalam menguruskan bisnes dan pada masa yang sama menguruskan urusan rumah tangga.

Untuk makluman, Isteri adalah seorang isteri dan ibu yang sangat baik dan hebat. Mampu menguruskan rumahtangga pada masa yang sama menguruskan perniagaan beliau.

Rajin memasak. Setiap kali nak keluar mesti akan minta izin saya.

Bukan sekadar tu, even nak beli barang di shopee pon, minta izin saya walaupun menggunakan duit dia sendiri.

Tidak lokek duit untuk belanja anak, suami, anak anak saudara dan ipar duai.

Oleh kerana masa saya yang agak flexible, alhamdulillah saya boleh sama sama buat kerja rumah untuk mengurangkan bebanan isteri.

Dia masak, saya basuh pinggan. Dia sapu lantai, saya mop lantai. Dia basuh dan sidai baju, saya lipat baju. Dan begitu lah kerja kerja rumah yang lain.

Tetapi ada sedikit kekurangan yang sudah 6 tahun saya dan dia cuba untuk improve.

Kami pernah berbincang face to face tentang perkara ni. Dan beliau sendiri mengaku tentang kelemahan ini. Isteri saya seorang yang panas baran.

Sangat sangat mudah marah dan bila dia marah, dia adalah seorang yang sangat sangat berlainan.

Mulutnya juga jadi tersangat ringan untuk mengeluarkan kata kata yang menyakitkan dan menyedihkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Barang barang dibaling, pintu dihempas itu biasa. Kena bdoh bengap etc etc itu biasa.

Perwatakan Isteri saya adalah sangat tegas, jika katanya A, mesti A. Jika B mesti B. Jadi jika sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang, dia akan terus marah marah.

Pernah kami bergaduh besar 3 4 kali berturut turut dalam masa tidak sampai seminggu.

Dan setiap kali bergaduh, kata kata dari mulut nya sangat sangat menggores hati saya. Sehingga kadang kadang saya fikir tiada lagi ka hormat dia kepada saya sebagai seorang suami.

Untuk makluman, saya tidak pernah memukul dan menengkingnya ketika kami bergaduh.

Dia juga akui benda tu dan bersyukur saya tidak pernah tinggikan suara kepadanya ketika kami bergaduh.

Setiap kali selesai pergaduhan dan berdamai, dia mesti akan menangis minta maaf dengan tindakan dia.

Jika team bisnesnya ada masalah skit, terus dimakinya agen agen bawah dia. Terus salahkan semua team dia bila sale bulanan tak tercapai.

Lemah, pemalas, menyusahkan orang, buang masa, takmau berjaya, serabut, kerja simple pon tak reti buat etc etc (banyak lagi katanya yang tidak perlu saya tulis semua disini).

Dan bila jadi macam tu, bukan sekadar team bawah dia saja yang kena marah, sampai saya dengan anak anak jugak kena tempias amarahnya.

Jika anak buat masalah, saya lah yang akan jadi target untuk dia melepaskan amarahnya.

Mostly bila gaduh mesti dia akan cakap berkaitan percerraian. Minta cerraikan dia. Lepas kan dia.

Tapi bila marahnya dah surut, kami dah berbaik, dia akan kata dia tak maksudkan pon cerrai tu.

Terlalu dalam luka hati seorang suami apabila ditengking dan dimaki isteri sendiri dengan kerap. Terlalu lama saya menyimpan luka ini.

Sebolehnya saya akan cuba melupakan semua kata katanya selepas bergaduh.

Yes setiap kali lepas bergaduh kami memang kami akan saling mohon maaf. Tapi kata kata dia tetap berbekas di hati even saya cuba lupakan.

Pernah dia kata “serabut hidup. Buat kerja itu ini. Lepas tu kena tonggek dekat suami bagi suami puas”.

Untuk makluman pergaduhan tu tiada kaitan dengan hubungan suami isteri langsung. Juga waktu tu kami agak lama tidak bersama. Saya jadi sangat hairan kenapa tiba tiba dia sebut macam tu.

Saya sangat sedih sehingga ke hari ini terngiang ngiang katanya tu.

Ya dia dah minta maaf dah. Katanya tak maksudkan pon kata kata tu. Cuma terlampau marah dan tak terkawal mulut waktu tu.

Lama saya tidak menyentuhnya walaupun ada dia bagi hint nak bersama disebabkan sangat sedih dengan kata kata tu.

Dan sampai ke tahap bila bersama saya masih teringatkan kata kata tu, dan jadi tidak ikhlas bersama, hanya memenuhi tanggujawab nafkah batin sahaja.

Saya buntu dan sangat terluka. Pernah saya pkul diri sendiri sebab kerap sangat bergaduh dengan isteri.

Bila bergaduh saja dada saya jadi sangat ketat, kepala jadi sakit. Saya pkul kepala saya sekuat hati, tumbuk tumbuk dada saya dengan kuat.

Saya macam tak dapat kawal diri, kepala rasa serabut sangat, Rasa sedih, rasa marah, rasa sayu. Saya jadi lega sikit lepas pukul diri.

Tapi kepala dan dada akan sakit dan bengkak beberapa hari laa haha.

Saya risaukan juga anak anak saya sebab pernah sekali waktu bergaduh dengan isteri dalam kereta, otak saya jadi kosong, hati saya pon macam tak rasa apa apa.

Saya diam tak bercakap langsung. Kemudian terlintas nak masuk laluan bertentangan dan rempuh kereta lain.

Cepat cepat saya istighfar dan berzikir. Tak pernah saya terlintas nak sakitkan anak isteri saya.

Saya sedih. Dan tak tau nak buat apa. Saya selalu berdoa dan solat hajat mohon tuhan hilangkan barannya. Tetapi masih sama.

Isteri saya bila kami tak bergaduh sangat sangat baik, manja, kelakar, rajin.

Saya tahu dia sangat sayangkan saya dan anak anak. Dia tak maksudkan pon kata katanya dan tindakan dia.

Mungkin salah saya juga. Yang tak pandai nak handle emosi isteri bila dia marah. Saya sangat buntu. Tak tahu nk buat apa.

Reaksi Warganet

Shahril Thalib –
Jenis isteri macam ni perlu ada kesabaran terlalu tinggi. Dia merasakan dirinya yang paling betul orang lain salah. Katanya boleh menyakitkan.

Untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan elakkan diri dari jenis suka menjawab. Eloknya diamkan jer walaupun benda memang salah pun.

Insya Allah kita ikhtiar, sambil jangan lupa berdoa.

Siti Hydrangea –
Adalah tu sejarah waktu kanak kanak. Mungkin mak bapak isteri terlalu tegas dengan anak anak masa dia kanak kanak.

Kena kaya, kena belajar tinggi. Yang tak kaya, yang tak masuk U, semua tak guna. Mungkinlaa.

Cuber cakap dekat dia tak perlu pun kejar harta dunia melampau lampau sampai semua kena perfect.

RedJasmine Mawar –
I knew someone exactly like your wife..
Dia seperti “perfectionist” yang sentiasa mahukan semua berlaku seperti yang dia rancang.

Bila sesuatu tidak seperti yang dia kehendaki dia akan mengamuk. Masa keciknya selalu dimarah/ditengking/didenda.

Dia pernah dikasari dan dikurung dalam bilik air dan dapur. Dia sering ditekan untuk dapat result cemerlang. Dia sangat berjaya dalam karier dan hidupnya.

Tapi dia panas baran dan mulut bertukar sangat laser waktu marah. Setiap kali lepas hilang marah, dia menyesal dan minta maaf pada suami.

Mereka seperti pasangan yg sangat bahagia. Sang suami memeluknya kuat kuat saat isteri sedang marah sambil memujuknya dan menangis di hadapan isteri.

Isteri mulai berubah lebih baik selepas mendapat teguran dari Allah. Moga si isteri terus istiqamah berubah. Bimbing isteri ini dengan agama. InsyaAllah

Shahizan Shah –
Dua dua jumpa kaunselor bertauliah. Abang perlukan bantuan orang luar ni.

Biasalah. Suami yang baik ni akan dapat isteri yang garang dan suka marah suami. Sebab suami pun baik tak melawan.

Walaupun suami dah toleransi dan bantu dalam kehidupan berumahtangga. Sebab isteri yakin suaminya takkan tinggalkan dia. Lepas gaduh, baik balik macam takde apa

Dan circle ni berterusan lamanya. Tu yang sampai abang pkul diri sendiri. Abang rasa stress, down, murung sebab abang tak dihormati, tak dibanggakan isteri walaupun abang rasa abang dah buat sehabis baik jadi seorang suami dan bapa kepada anak anak.

Faris Haikal –
1) Tahniah sebab masih boleh bersabar dengan karenah isteri yang sebegitu, walaupun jiwa tersiksa.

2) Tuan perlu sedar, bukan semua lelaki boleh terima sikap seperti isteri tuan sekarang. Bagi sesetengah lelaki, mungkin dah lama kena cerai talak 3.

3) Bawa isteri jumpa therapist, untuk belajar mengenai anger management.

4) Suami perlu punyai personaliti yang lebih dominan, barulah wife akan beralah. Kalau jenis pasif, memang sampai ketua lah confessor akan sakit jiwa (kalau wife masih xdapatkan rawatan).

5) Permohonan maaf tak akan merubah apa apa sekiranya tiada usaha dapatkan rawatan, sebab sikap ini akan jadi circle yang sentiasa berulang.

Sumber – Udin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *