Walau Dah Lampir Surat D0ktor Tapi GagaI Rent4s Negeri, Gadi$ TerkiIan Pemerg1an Ayah

Semenjak berlaknya beberapa isu salah guna kebenaran merentas negeri, pihak polis telah mengetatkan lagi syarat dengan cuma meluluskan pelepasan bagi urusan kematian, kecemasan dan pasangan PJJ. Walaupun begitu, masih ada yang susah untuk mendapatkannya walaupun keadaan sudah mendesak.

Abah call minta tolong bawa pergi rawatan betulkan tapak dialisis. Jadi pergilah nak mohon rentas

Semalam, saudari Aida Najwa baru berkongsi kisahnya sendiri yang pernah mencoba untuk memohon kebenaran rentas negeri disebabkan ayahnya yang bernama Nasir Nordin tidak sihat di kampung Waktu itu, ayahnya itu meminta tolong membawanya ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan dialisis.

Dah bagi sebanyak mungkin dokumen untuk buktikan ayah tak sihat. Tapi pihak polis tak bagi

Memandangkan adik-beradiknya yang lain kebetulan ada hal dan adiknya pula tidak mempunyai lesen memandu, jadi sudah tiada cara lain. Namun begitu, percubaan Aida untuk minta kebenaran di balai polis itu gagal apabila pihak polis mendakwa bukti itu tidak cukup kuat. Sedangkan segala surat yang membuktikan si ayah tidak sihat juga kad Orang Kurang Upaya (OKU) sudah dilampirkan.

Dan akhir sekali, tak dapat pun jumpa Abah sampailah akhir hayat dia. Perginya pada bulan mulia

Oleh sebab kegagalan itu, ayah kepada Aida itu sempat berkecil hati. Tetapi semalam. Aida telah mendapat

perkhabaran yang ayahnya telah pulang ke rahmatullah tanpa sempat dijenguk. Sehinggalah kini, Aida masih lagi terkilan dengan apa yang terjadi.

Sumber: Facebook Aida Najwa, kisahdunia.com