[Video] Tukar Dua, Tiga Baju Sehari Demi C0ntent, Datuk Seri Vida Miliki Struggle Tersendiri

Datuk Seri Vida telah memuat naik video di TikTok dimana menunjukkan beliau singgah membeli di sebuah gerai anak muda di kawasan perumahan.

Menerusi video tersebut, beliau turut membuat kenyataan yang agak kontroversi apabila beliau menyatakan seharusnya mereka yang terjejas diluar sana berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan.

@datoserividaofficial

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Vida telah membuat permohonan maaf di atas kenyataan beliau terhadap golongan yang yang mengharapkan bantuan melalui kempen bendera putih.

Apa yang dimaksudkannya hanya bertujuan membuka mata segelintir rakyat agar mereka tidak bergantung pada bantuan semata-mata. Beliau juga tiada niat untuk riak dengan kekayaan dimilikinya dan masih memiliki perasaan simpati kepada mereka yang datang meminta pertolongan.

Terbaru menurut halaman Utusan Malaysia, Datuk Seri Vida turut meluahkan perasaan yang beliau juga sedang dihimpit kesukaran ketika tempoh pandemik ini melanda.

“Saya pun struggle. Orang lain perlu RM50 sehari, tetapi saya kena cari berjuta sebulan. Sebab itu saya tak berhenti buat content. Ingat tak penat ke tukar dua tiga baju sehari, tapi saya buat juga”, ujar beliau kepada wartawan Utusan Malaysia, Alif Fadli.

Bukan isu malas yang ingin ditekankan oleh beliau, namun mengenai usaha yang patut dilakukan untuk kekal bertahan tanpa ada rasa putus asa.

Ujian setiap orang berbeza-beza. Ada yang hanya memerlukan RM50 sehari namun itu pun susah nak dapat. Bagi Vida pula, beliau terpaksa mencari jutaan ringgit sebulan bagi menampung segala jenis perbelanjaan dan kos.

Maka, apa yang penting untuk kita yang berkemampuan untuk saling bantu membantu.

Gambar: Instagram Datuk Seri Vida Via Utusan

Kredit: rotikaya

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini