[Vide0] Terlupa Bawa T0peng Muk4, Lelaki Ini Ikat Kasut Dekat Muk4!

Sekarang ini memang pemakaian topeng muka dah menjadi satu perkara wajib di mana-mana. Sampaikan ramai yang dah siap sedia meninggalkan stok topeng muka di dalam kereta sekiranya terlupa untuk membawanya dari rumah.

Lain pula yang berlaku pada seorang lelaki ini apabila dia terlupa untuk memakai topeng muka ketika di sebuah pasar raya. Mungkin panik dan gelabah dengan insiden itu, dia kemudiannya memilih untuk menggunakan kasut sebagai pengganti topeng muka

“Anda tak boleh masuk pasar raya tanpa topeng muka, jadi lelaki ini gunakan kasut.”

Seperti yang dapat disaksikan di dalam video ini, lelaki tersebut dilihat sedang beratur di sebuah pasar raya untuk membuat bayaran. Apa yang menarik perhatian, kelihatan kasut diikat pada bahagian mukanya sebagai topeng muka untuk menutup bahagian hidung dan mulutnya.

Gelagatnya itu turut mengundang ketawa dari orang di sekeliling sehinggakan seorang wanita yang beratur di belakangnya tidak dapat menahan ketawanya. Walaupun menerima pandangan pelik dari orang sekeliling, lelaki itu kekal berdiri dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Macam yang kita semua tahu, biasanya setiap tempat pastinya mewajibkan pengunjung memakai topeng muka. Ada yang menganggap mungkin topeng muka yang dipakainya terputus semasa sedang sibuk membeli belah. Ada juga yang berseloroh mungkin ini hanyalah satu gurauan sahaja.

Sumber : HCL

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini