#Foto sekadar hiasan
Bertahan Selagi Mampu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca. Aku cuma nak cerita kehidupan aku yang dah berkahwin 19 tahun.
Aku dan suami lulusan agama dari luar negara. Jadi, kehidupan kami banyak berpandukan pada apa yang telah kami pelajari.
Akhir bulan ni adalah anniversary kami yang ke 19. Tapi satu kejutan buat aku yang dah setia sebagai seorang isteri. Dengan melahirkan zuriat yang bijak dan comel. Bukan seorang dua tapi ramai.
Aku juga yang uruskan rumahtangga dan bekerja sementara dia juga bekerja.
Permulaan perubahan ketara bila c0vid-19 melanda sampai kami terpaksa PJJ dan tak dapat berjumpa selama dua tahun.
Masa ni dia ada ura ura nak tambah cawangan. Tapi aku tak restu.
Sampailah tahun 2021 dia utarakan sekali lagi. Aku message perempuan tu tanya apa perasaan dia dan segala segalanya.
Rupa rupanya suami aku dah proposed dia dan dah bercinta. Hati aku remuk waktu tahu tapi aku tak serang perempuan tu.
Aku cuma pesan jangan keluar berdua lagi sebab dia dan suami sama sama hafiz dan hafizah. Aku cakap tolong pelihara nama agamawan. Puas jugak aku nasihatkan dia.
Yerlah kalau dah angau dua dua mesti tak sabar menanti waktu berjumpa.
Aku juga kata pada suami fikirlah tempoh perkahwinan yang dah lama. Tapi apa kata dia, tempoh tu subjektif. Aku diam tanpa kata.
Suami aku ada bukak kelas agama dan mostly perempuan tu yang tolong conduct.
Itu salah satunya sebab kenapa suami aku nak kawin dengan dia. Atas alasan membantu dalam dakwah dan keluarga kami (aku tak faham kenapa dia tak boleh urus sendiri). Banyak tolong dia macam macam.
Aku sedar aku bukan hafizah tapi aku setia jaga rumahtangga kami. Aku bincang dengan anak anak tapi dengan cara yang lembut. Dan mereka menyokong aku.
Bila pecah rahsia diorang bercinta aku mengamuk, aku katakan aku akan buat apa yang aku rasa betul atas ketidakadilan yang aku dapat.
Dia boleh kawin tapi jangan jejak jumpa aku lagi. Dia nangis sebab dia kata sayang aku sangat. Beragan jugak sekarang sebab aku tak bagi.
Sampai sekarang aku masih layan dia tip top. Balik aku urut layan dia, hari hari aku intertain dia sampai dia pun tak larat. Aku masih menunggu keputusan dia.
Oh ya, aku juga adalah seorang peguam terlatih kerana aku fikir sebelum apa apa terjadi aku perlu siapkan diri dan anak anak.
Namun aku masih positif dengan rumahtangga aku walau kadang dah give up untuk bagi laluan dekat diorang.
Tapi anak anak semangat aku. Aku katakan kalau jadi apa apa selepas ini antara aku dan ayah mereka kita perlu saling kuatkan semangat antara satu sama lain.
Pada perempuan tu aku sanggup korbankan perasaan aku kalau suami aku pilih dia.
Kalau dia baca confession aku, aku tak salahkan dia seratus peratus. Maafkan aku tak dapat terima dia dalam hidup aku.
Aku tak mampu nak bendung perasaan cemburu. Aku tak mampu berkongsi kasih. Samada dia atau aku yang akan berundur.
Kalau dia perempuan yang baik dia akan berundur sebab kehadiran dia hanya akan meruntuhkan satu masjid yang telah lama terbina.
Dan yang terbaru mereka nak pergi umrah sama sama Disember ni. Aku hilang kata, cuma mampu berdoa agar rumahtangga aku terjaga.
Bukan aku menolak p0ligami tapi aku tak mampu nak tengok orang yang aku sayang dan cinta sepenuh hati bersama orang lain.
Maafkan aku Encik Suami. Doakan aku berjaya harungi ujian ini.
-Isteri setia-
Reaksi Warganet
Muza Eja –
Kenapa nak kejar yang baru sampai perlu runtuhkan masjid sedia ada?
Kenapa wanita yang nak jadi no 2 takde rasa ehsan jika pasangan dia mencerraikan isteri sedia ada?
Mana pergi sifat belas seorang perempuan? Belum menikah lagi dah janji tunai umrah sama sama?
Donna Karen –
Serba salah jadi perempuan ni kan?
Bila isteri berkerjaya, suami mudah nak main main cintan dan tambah cawangan sebab dia rasa konon konon dia mampu.
Padahal contribution banyak dari isteri yang sama sama membantu.
Bila isteri pilih taknak kerja sebab nak bagi suami rasa susah nya cari nafkah dan ada rasa tanggungjawab, isteri pulak jadi penuh insecurities sebab takut apa apa terjadi pada suami siapa nak tanggung anak anak dan diri sendiri nanti.
Pakej dikata, diumpat keji pula dengan family mertua kanan kiri.
Eh serba salah lah jadi isteri ni. Last last buat apa pun bukan suami hargai.
Dee Ya –
Kalau awak layan suami tip top tapi suami masih memilih yang lain, apa kata awak ajar suami.
Awak tak payah layan dia tip top. Buat tak peduli je. Semua urusan anak, belanja dapur, beli barang, hantar anak anak pergi sekolah balik sekolah, biar suami yang uruskan.
Mungkin dengan bebanan yang dia terima, baru dia sedar yang selama ni, awak lah yang banyak bantu dia.
Sampai punya banyak dia punyai masa terluang sampai dia mampu bercinta dengan orang lain….
Kali ni ajar suami cukup cukup. Semua benda biar suami settle kan. Jangan guna sesen pun duit awak untuk anak anak atau rumah.
Minta suami settle segalanya. Bila awak dah bertindak macamtu rasanya suami akan buka mata …
Munirah Hussien –
Mulakan dengan serahkan tanggungjawab mengurus anak anak dan financial (jika puan contribute) kepada suami.
Jika dia dah berniat menambah cawangan, dia tentu mampu dari segala segi. Sekurang kurangnya jika selepas itu puan pilih untuk stay atau leave, takdelah sakit hati sangat.
Serahkan hati puan pada Allah. Bila berharap pada manusia ni, kecewa itu pasti.
Tiba tiba saya rasa beruntung pula jadi ibu tunggal. Sekurang kurangnya walaupun susah besarkan anak sendirian, tapi tak perlu lalui kehidupan seperti puan
Saya doakan puan dikurniakan hati yang kuat untuk menempuh dugaan Allah ini.
Aniswahbah Shukri –
1. Bertahan. Sedangkan suami puan sudah pun meletakkan orang lain di dalam hati nya.
Puan sudah tiada ruang pada dasarnya. Sudah berganti. Untuk apa mencinta pada yang tidak sudi dan menduakan cinta. Sia sia.
2. Bertahan. Tapi merasa sakit. Bertahan sampai bila?
Jika 10 tahun lagi. Maka 10 tahun sakit. Tapi bertahan atas dasar apa?
3. Sakit. Melihat orqng yang kita sayang bersama orang lain itu sakit. Sakit.
4. Anak anak. Ibu yang tidak dapat menerima hakikat hidupnya mana mungkin memberi hakikat hidup yang indah untuk anak anak.
5. Letih. Mengharap. Puan sedang mengharap dan menafikan apa yang sedang berlaku.
6. Lepaskan. Healing. Lepas dan, beri ruang pada hati untuk menerima perpisahan.
Jangan biar masa menyembuhkan. Tapi proses penyembuhan akan memerlukan masa.
Lama lama puan pun sedar puan tak perlukan dia dan boleh je berhenti sayang rindu kasih pada dia.
Percayalah.
Saya masih muda. Tapi pengalaman saya dalam rumah tangga yang menyakitkan itu ternyata lebih indah bila saya terima perpisahan.
Alhamdulillah kini saya tidak sakit lagi dan saya ternyata lebih bahagia sendirian dengan anak anak.
Sumber – Pn Ain (Bukan nama sebenar) Via IIUMC