Tular Vide0 P0lis Disyakl Minta ‘Duit Kopi’, Kertas Siasatan Tatatertib Dibuka

Menerusi perkongsian tersebut, Yang mana terdapat beberapa gambar dan vedio yang telah tular di media sosial mengenai dua orang anggota polis telah menahan sebuah kenderaan dan cuba untuk mengambil ‘duit kopi’ daripada pemandu terbabit.

Di dalam video tersebut, jelas kedengaran anggota terbabit mengarahkan penumpang kereta yang ditahan untuk berhenti merekod video menggunakan telefon dan meminta lelaki yang ‘disoal siasat’ untuk memberikan sejumlah wang seperti yang ‘dijanjikan’.

“Ada tak? Tadi kau cerita ada seratus, kau ni. Pinjam kawan kau dulu 50. Ini ada, kau ada?” antara dialog anggota polis yang terakam pada rakaman video dashcam itu.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang lain, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Pelabuhan Klang, menghala ke Bandar Sultan Sulaiman. Terangnya lagi, dia mengesyaki kedua anggota polis itu merupakan polis yang sama meminta ‘duit kopi’ daripada kawan-kawannya serta dirinya sendiri.

Ekoran video yang tular itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara telah mengeluarkan kenyataan media melalui hantaran facebook mengenai insiden tersebut di mana pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat.

Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh menyatakan bahawa satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka ke atas anggota yang terlibat dan menyeru agar pemilik akaun yang mendakwa pernah diminta ‘duit kopi’ atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak Polis Klang Utara bagi membantu siasatan lanjut.

Berikut dibawah adalah komen dari natizen.. dipetik dari group FB

Kesiannn duit kopi pn xde

tak pelik pun kalau kat malaysia

Taniah PDRM ambil berat hal macam ni

Sumber: The Vocket

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini