Tular Foto Santai Minum Sambil Sembang, Lagi Ahli Parlim3n Did4kwa Langg4r S0P

Seorang Ahli Parlimen di Kedah yang bergelar Datuk disiasat polis selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Menerusi beberapa foto tular di laman Twitter, ahli politik pembangkang itu dilihat duduk bersembang di atas meja sambil menikmati teh dan kuih-muih bersama beberapa individu secara terbuka.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan dalam satu program bantuan untuk penduduk setempat sehingga dipersoalkan warganet kerana negeri itu masih melalui tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dua2 pihak buat rakyat marah!

Jangan kata gambar lama pulak?

Duduk atas meja pulak tu…

Bagi bantuan je, tak payah la jamuan bagai

Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut mengundang kemarahan rakyat apabila terlibat dalam ‘kenduri durian’ di sebuah dusun sebelum dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli) , Twitter RakyatBersuara4

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini