Tul̷ar Video Masuk Masjid Guna ‘K̷abel’. Pihak Masjid Tampil Jelaskan Perk̷ara Sebenar Yg Berlaku.

Pihak pengurusan Masjid Putra memohon maaf sekiranya wujud kek3liruan susulan penyeb4ran video tul4r kononnya timbul layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di masjid itu di sini semalam.

Menurutnya, segala tindakan oleh pihak pengurusan masjid semalam dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menvtup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga tidak men4fikan bahawa Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak pukul 11 pagi bagi menunaikan solat Jumaat dan pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihatkan jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, katanya, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Pihak kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi dan sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya.

Video:

Terdahulu

Ada pangkat boleh masuk masjid tunai solat

“Ada ‘k4bel’ dan pangkat baru boleh masuk masjid”

Itu k3luhan yang dapat didengari dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu dipercayai dirakam semasa solat Jumaat semalam.

Menerusi rakaman video itu, sekumpulan lelaki dilihat dil4rang memasuki kawasan sebuah masjid.

Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikaw4l ket4t oleh kakitangan masjid tersebut.

Permintaan mereka supaya dibenarkan masuk untuk menunaikan solat tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.

Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.

“VIP (orang kenamaan) sampai terus boleh masuk. Kami dah tunggu sejak pukul 12.15 tengah hari. Esok kau menjawab la kat akhir4t,” kata perakam video itu.

Sumber: K! ONLINE, Kosmo, Youtube

Kredit: newspartnerlive

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini