‘Tolong mak, tolong mak..’ – Sempat telefon anak, w4rga emas m4ut rumah terb4kar

“TOLONG mak, tolong mak,” itulah kata-kata ter4khir yang didengari seorang anak daripada ibunya sebelum w4rga emas itu ditemukan rentvng dalam kebak4ran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu hari ini.

Dalam keb4karan yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10.35 pagi, m4ngsa, Fatimah Mohd, 79, maut selepas terper4ngkap manakala suaminya, Jusoh Muda, 82, yang mIelecur kira-kira 30 peratus di bahagian kaki dan belakang b4dan dikejarkan ke H0spital Sultanah Nur Zahirah untuk raw4tan l4njut.

Menceritakan kej4dian itu, Zailah Jusoh, 47, yang berada di rumahnya di Kampung Kubang Tangga menerima panggilan daripada ibunya jam 10.37 pagi yang meminta tolong.

“Mak telefon dan berulang kali minta tolong tetapi tidak bagi tahu apa yang terjadi sebelum memintanya bersabar sementara saya bersiap.

“Pada mulanya, saya ingatkan ayah yang jatuh atau tak sedar kerana kebiasaannya jika mak yang kurang sihat, ayah yang akan telefon dan begitu juga sebaliknya.

“Saya juga sempat menyuruh anak menghubungi suami yang ketika itu berada di luar untuk ke rumah mereka terlebih dahulu sementara saya dan anak bersiap.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, adik menghubungi saya memaklumkan rumah yang diduduki mak dan ayah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zailah berkata, dia tidak putus-putus berdoa dan berharap tiada kejadian buruk menimpa orang tuanya memandangkan kedua-duanya sudah uzur.

“Sepanjang perjalanan itu memang berdebar kerana memikirkan keadaan mereka dan sebaik sampai, ayah selamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Namun, luluh hati saya apabila dimaklumkan mak masih berada di dalam,” katanya.

SUmber: WB Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini