Tiga P0lis Antara Ditah4n Selepas Didkwa Terlibat Ke$ Curi Peti Besi Syarikat Kurier [VIDEO]

Atas desakan hidup, ramai orang memilih pelbagai cara dan peluang bagi meneruskan kehidupan akibat wa bak pandemik masih lagi belum reda, termasuklah membuat aktiviti-aktiviti jnayah.

Terbaharu, Polis Kedah telah berjaya menahan enam orang sus pek (tiga daripadanya anggota polis) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 di sebuah syarikat logistik pada hari Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua sus pek berusia antara 21 hingga 50 tahun berjaya ditahan di rumah dan pejabat di sekitar Kedah antara hari Rabu sehingga Jumaat.

“Dalam kejadian 1.30 pagi Rabu lalu, syarikat logistik yang memungut wang hasil pembelian secara bayar waktu terima (COD) telah dipecah masuk dan sebuah peti besi yang menyimpan semua wang berkenaan telah dilarikan.

“Pada jam 3 pagi hari yang sama, polis menahan seorang lelaki di kawasan berkenaan dan telah menjumpai beberapa barang kes. Siasatan lanjut membawa kepada penahanan lima lagi suspek termasuk tiga anggota polis berpangkat sarjan dan koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar,” katanya dalam satu sidang media.

Tambah beliau lagi, pihak polis giat membu ru dua lagi sus pek yang masih lagi bebas bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil siasatan telah mendapati sus pek telah mengumpil pintu utama premis syarikat kurier tersebut selepas berjaya mema tikan kamera litar tertutup dengan menanggalkan fius utama bekalan elektrik yang terletak di luar premis tersebut.

Susulan penahanan kesemua suspek, pihak polis berjaya menemukan wang tunai berjumlah RM263,295 dan mempercayai baki wang yang dicu ri masih ada pada dua lagi sus pek yang sedang dibu ru.

“Kita percaya mereka masih berada dalam daerah Kota Setar. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengetahui bagaimana mereka tahu mengenai kewujudan peti besi di dalam premis berkenaan,” terang Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kesksaan dan keenam-enam suspek ditahan reman bermula hari Sabtu sehingga 1 Julai depan.

Sumber: V0cket Via Mytv Viral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini