Foto sekadar hiasan
Perangai Si Tua
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hi semua. Terima kasih admin kalau siarkan cerita saya.
Selepas dah lama jadi silent reader tiba tiba rasa terpanggil untuk bercerita di sini.
Saya hanya nak bercerita tentang perangai nenek saya. Sedikit pengenalan mengenai nenek saya, dia mempunyai 3 orang anak lelaki.
Saya labelkan sebagai Abang Ali, abang Bad dan Abang Cham.
Anak anak nenek saya ni memang pantang ye kalau mak diorang ni disebut sebut benda yang tak baik oleh orang lain walaupun dari isteri masing masing.
Nak dijadikan cerita, nenek saya memang suka membeza bezakan layanan terhadap cucu dan anak sendiri.
Kalau Abang Ali dan Abang Cham makan tiada ayam, tapi bila tiba giliran Abang Bad eh tiba tiba ada pulak ayam.
Kalau cucu pula, sama. Makanan berbeza. Anak anak dari Abang Bad dilayan bak raja dan dijaga rapi.
Namun cucu yang lain dikatanya geli dengan budak budak? Tapi itu dulula, sekarang lain pula ceritanya.
Usia sudah meningkat, jadi banyaklah ragamnya. Sakit sinila sakit situla ada saja.
TAPI! Semua hanya lakonan ya.
Si menantu sudah nampak belangnya dari awal namun apabila bersuara si anaknya pula naik angin.
Dikatanya menuduh mak mereka yang jahat, mak mereka yang buruk. Jadi si menantu diamkan saja dan hanya memerhati permainan si tua.
Dihalau secara ‘baik’ si anak dan menantu yang duduk sekali dengannya. Katanya ‘mak teringin nak duduk sorang’.
Tapi lain pula kejadiannya apabila disampaikan kepada orang lain.
‘Menantu malas, menantu tak masak, menantu duduk bagaikan puteri yang perlu dilayan, menantu hasut duduk asing tak mahu jaga mak’.
Sedangkan, dia yang membuang makanan yang dimasak si menantu, dia yang bersuara perihal nak duduk sorang kepada orang lain.
Dicanang ke jiran tetangga sehinggakan semua memandang serong dan memerli si menantu. Apakan daya, si anak masih menyebelahi si mak. Katanya ‘biasala orang tua’.
Menjelang raya, setiap kali akan disoal oleh saudara ‘mana mak? tak bawa sekali?. Biar kami yang jaga mak korang’. Sedangkan si nenek yang tak mahu ikut dengan alasan tak sihat.
Alasan yang sama. Entah apala yang dicanang si nenek sehinggakan saudara jauh mempelawa diri untuk menjaganya.
Tidaklah mempelawa sangat, lebih kepada memerli sebenarnya.
Entahlah, buntu dan tak faham. Apa yang dinakkan si nenek sebenarnya?
Duit? Banyak juga dia dapat daripada anaknya sebulan. Lebih dari cukup. Perhatian? Hari hari anaknya ke rumahnya walaupun dihalau.
Pernah sekali, menantunya kematian ayah. Si nenek sedia maklum akan perkara itu tapi satu perkara terjadi.
Setibanya menantu ingin melawat nenek, secara tiba tiba diserang jiran katanya,
‘kenapa tak tengok mak? Mak sakit 2 hari ni boleh pulak tak datang tengok! mana korang pergi!’.
Hairan. Takkan si nenek tidak memaklumkan yang si menantu kematian ayah. Dan si nenek mempunyai 3 menantu.
Dan ya, selama 2 hari itu menantu yang lain ada datang menjenguk tapi mereka mengatakan si nenek itu dalam keadaan sihat sahaja.
Apa yang difikirkan si tua itu?
Sering kali berlakon sakit, tapi sebenarnya baik baik sahaja. Kenapa? Teringin duduk terlantar gamaknya.
Selepas berpuluh tahun, barulah ketiga tiga menantu tahu bahawa ketiga tiga mereka ditimpa nasib yang sama.
Selama ini, masing masing mendiamkan diri kerana takut dilabel memfitnah. Rupanya, sama sahaja. Lakonan, diperli, dicanang.
Namun ketiga tiganya tidak mampu bersuara kerana anak anak si nenek tetap membela si nenek walau apa juga sekalipun.
Hanya mampu makan hati dan terima pandangan buruk daripada jiran tetangga dan saudara jauh.
Cucu cucunya pula sering dijadikan mangsa untuk menjaga dia yang ingin merialisasikan lakonan ‘sakit’ dia.
Apabila baliknya si anak dari menghantar cucu ke rumah nenek, terus saja sihat ya si nenek itu.
Apabila anaknya datang, terus sakit secara tiba tiba sehinggakan cucu rasa seperti hendak tergelak melihat situasi itu.
Bukan sekali dua, namun memang sering terjadi sehinggakan cucu sudah penat dan redho.
Sama juga, tak mampu bersuara kerana takut akan dimarahi si ayah yang sentiasa merasakan mak mereka sentiasa betul.
Setakat ini sajala yang mampu saya ceritakan kerana rasa panas pulak hati untuk teruskan bercerita lebih.
Tujuan saya hanya untuk bercerita dan jangan kecam ya sebab hanya kami semua yang tahu bagaimana sikap si nenek ini.
Mungkin cara penceritaan saya tak nampak si nenek ini menyakitkan hati, tapi percayala kami yang sudah hadap berpuluh tahun ini sudah tak tahan dengan lakonannya.
Dan mulutnya yang seperti tiada insurans menceritakan benda benda yang tidak betul kepada orang lain sehinggakan kami semua dipandang serong dan diperli.
Jadi, tolonglah mana mana pihak yang sentiasa rasa mak mereka betul walaupun sentiasa mendapat aduan. Percayala mak korang tak betul sangat pun.
Buka hati buka mata. In shaa Allah akan nampak.
Haha ok bye. Terima kasih sudi baca.
Reaksi Warganet
NuRaz Wan –
Pasang cctv je, tapi jangan beritahu si nenek dan nanti postkan juga dalam group whassap family.
Buat tajuk, pemenang anugerah lakunan terbaik tahun ini..
Anis Amir –
Orang tua yang sakit memang akan perangai macam ni, dari pengalaman diri sndiri.
Entahla, apa yang diorang nak pun tak taula. Serba tak kena.
Mawar Putih –
Si anak, Ali Bad Cham tuh tau je ragam ibunya.
Tapi buat buat tak tau, mesti teringat pengorbanan si tua membesarkan mereka 3 beradik dan berapa lamalah situa tuh ada masa nak bermanja dengan anak anak cucu dan menantu.
Moga pahala besar untuk menantu menantu.
Sumber – Cloud yang comel (Bukan nama sebenar) via IIUMC