Tiap 4pg, jiran dpn rumah main kereta. Tiba2 sminggu dah senyap. Diam2 kami intai. Terus tergelak sakan

 Foto sekadar hiasan

Jiran & Enjin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai, aku Tom. Aku nak cerita sikit sebelum aku kahwin, aku duduk rumah bujang berkongsi dengan 3 orang kawan aku.

Hidup kami seronok, gembira, bahagia sebab kami semua geng yang boleh lepak sekali walaupun tempat kerja semua lain lain.

Namun, kegembiraan kami tidak berpanjangan…

Setiap pukul 3 atau 4 pagi, jiran kami yang duduk berhadapan dengan rumah kami suka main test enjin dia.

Kau bayangkan orang lain tengah tidur tapi dia duduk tekan minyak dia tu. Mengaum ngaum bunyi enjin.

Aku tak pastilah jiran lain ok ke tak sebab kami ni duduk dalam kawasan taman perumahan.

Yang pastinya, kami 4 orang memang tak boleh tahan. Kau agak agaklah orang lain pun ada kereta motor jugak.

Tapi tak ada lah setiap 4 pagi main kereta kan. Ini bercinta dengan pontianak ke apa main kereta waktu waktu macam ni.

Kau jangan kata kau solat tahajud eh waktu macam ni. Orang kuat ibadat pandai jaga hati jiran tau.

Mesti korang tertanya tanya kan kenapa kami tidak report saja kepada pihak penguatkuasa.

Baik, sebelum aku dikecam aku nak cerita sikit.

Jiran aku tu orang lama di situ. Dia jugak ada hubungan baik punya dengan orang penguatkuasa.

Kalau aku pergi report, confirm orang penguatkuasa akan bagitahu balik dekat dia siapa yang buat report tu.

Aku takut jugak kena santau ke apa ke, dia ajak aku bertumbuk ke.

Bukan nak bersangka buruk tapi kau faham fahamlah kan perangai orang ni.

Jenis berdendam sampai ke lubuk dalam. Takut aku. Aku nak hidup tenang tenang je taknak gaduh dengan sesiapa.

Pada suatu hari kan, dalam seminggu macam tu kami tidak diganggu oleh ngauman bunyi enjin lagi.

Kami rasa gembira bagai nak sujud syukur. Tapi dalam masa yang sama pelik jugak kenapa dah tak bunyi kan.

Mungkin jiran tu pergi bercuti agaknya.

1 petang yang hening, Joe berlari lari masuk ke biliku. Dia cakap macam ni,

“Woi Tom kau tahu tak kenapa jiran depan dah tak main enjin? Tuuuu, cuba kau tengok depan rumah dia tu ada apa.”

Bagaikan joyah, kami meninjau ninjau rumah jiran di sebalik tingkap cermin tinted gelap.

Kelihatan jiranku duduk di atas kerusi roda dengan kaki berbalut. Sah! Accident rupanya.

Tergelak gelak kami bagaikan orang giila.

Maaf la ek bukan nak gembira atas penderitaan orang lain tapi rasain lor anjir.

Bertahun tahun kau main enjin kereta tiap tiap pagi buta. Bayangkan berapa ramai orang yang mencarut carut dekat jiran tu setiap kali pukul 4am.

Bukan tak ada jiran lain yang ada anak kecil. Ramaiiiiiiiiiiiiiiii.

Sekejap je Allah balas perbuatan dia. Akhirnya, kawasan perumahan kami mula tenang setenangnya.

Tak lama lepas tu, aku pun berpindah tak tahu lah apa nasib dengan jiran tu.

Adakah sudah insaf?

Kita ni hidup dalam masyarakat. Kalau nak bising sila lah duduk dalam hutan berkawan dengan monyet.

Sekian..

Reaksi Warganet

Siti Hazwani –
I pernah jerit, ‘woiii ko tak paham bahasa kee’ dekat budak main motor. Tengah malam buta.

Terkejut diorang. Bukan setakat diorang, dengan suami i pun terkejut. Hahaha. Lepas tu takde dah budak budak tu.

Lagi sekali, dengan jiran yang duk suka hati parking depan rumah I.

I call dia, I doa benda buruk buruk depan dia. Buat apa doa belakang2 kan. Dia ingat jiran semua tak sakit hati ke.

Dah la block jalan, jiran jiran lain nak keluar pun susah.

I sound je, I tanay terus ada tak jiran2 lain buat perangai tak senonoh parking depan rumah dia macam perangai dia ni.

Kalau xde, kenapa nak buat perangai parking sukahati depan rumah orang, pastu duk block jalan.

Bila i doa buruk buruk, terdiam dia. Last sekali dia cakap jangan la doa macam tu dekat dia.

I cakap, you ingat jiran2 yang diam ni semua, diorang tak doa benda buruk dekat belakang ke. Terdiam dia. Dah takde dah dia parking sukahati lepas tu.

I cakap dekat suami, sorry lah ye, i ni gengster sikit, jenis straight forward.

I pun terkejut i boleh bertindak macam tu. I tak kuasa nak simpan dalam hati dan doa senyap senyap.

Tapi jangan cuba lah, kot nanti bertemu buku dengan ruas. Naya.

Nuraziah Michael –
Nikali saya hadir komen. Rasain loh. Siapa suruh tiada adab.

Kalau pagi pagitu start enjin kereta tak apa, dipahami. Ni tengah malam waktu orang tidur.

Lagipun tak semua orang sama waktu kerja.

Nana Mohamad –
Allah bayar cash tu. Berkat doa orang yang teraniaya

Sumber – Tom (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *