Teruja ‘test drive’ Mercedes, pemandu ‘lenjan’ kereta terb4bas rempuh paip. [Video]

Malang tidak berbau, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan kisah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Yazeed Hair Johari ini.

Menerusi sebuah ‘posting’ semalam, Yazeed memuat naik video serta gambar kem4.langan membabitkan seorang pemandu dan penumpang yang menaiki kereta berjenama mewah Mercedes-AMG E43.

Difahamkan lagi, mereka sedang melakukan ‘test drive’ sebelum berlaku kejadian tersebut yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Melalui sebuah rakaman yang dikongsi, kelihatan pemandu berkenaan begitu teruja melakukan percubaan, maklumlah kereta ‘mewah’ dengan enjin berbunyi kuat membuatkan dia seolah-olah terleka ketika memandu.

“Sedap b*doh!”

Ye sedap memang sedap

Sewaktu sedang ‘syok’ menekan minyak dengan kuat… Secara tiba-tiba, pemandu dipercayai cuba untuk mengambil ‘corner’ namun tidak dapat mengawal kenderaan tersebut sebelum terbabas ke tepi jalan serta merempuh sebatang paip air.

“Ya sedap memang sedap. harap penumpang selamat. Apa pun nyawa nombor satu. Serious wey, kereta ‘test drive’ sekalipun, korang jangan ‘lenjan’ macam ni.

“Cukuplah tarik sikit-sikit untuk rasa sedapnya ‘traction’ dia. Anyway insurans ‘cover’ ke?” tulis Yazeed di bahagian kapsyen.

Menurut Yazeed, kereta baru dan ‘berjenama’ memanglah ‘sedap’ dipandu. Namun, nyawa tetap nombor satu. Dalam pada itu dia berpesan kepada orang ramai agar tidak terlalu teruja ketika memandu walaupun sewaktu ‘test drive’.

Di laman sosial Twitter pula, video berkenaan menjadi tular sehingga meraih 87,600 tontonan apabila ia dikongsi semula oleh MOFASAD.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk mengecam tindakan pemandu berkenaan.

Dapat pekerja macam ni, rugi syarikat

Terbabas sebab laju sangat

Pandu rileks2 lah… Nak laju dekat ‘highway’

Siapa sahaja yang tak teruja pandu kereta mewah kan? Apa pun, betul seperti kata brader Yazeed. Nyawa lebih penting! Hati-hatilah sewaktu memandu dalam apa situasi sekalipun.

Sumber: Facebook Yazeed, Twitter MOFASAD via two.e-kesah

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini