Foto sekadar hiasan
Isteri Yang Dikasihi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Luahan seorang suami.
Saya dan isteri berumahtangga selama 4 tahun lebih. Sepanjang perkahwinan kami, apa je tak pecah barang, terbalik rumah, dilanda badai ribut taufan pasal benda kecil je.
Sehingga saya jadi ralit dengan ‘zikir zikir’ cerrai isteri saya. Asal gaduh je isteri akan sebut nak bercerrai!
Saya kerja bagus, bawak jentera kren. Gaji lumayan dan selalu bawak isteri makan dekat luar.
Tapi bila balik je keluar confirm gaduh macam orang tak cukup makan.
Pernah suatu ketika, saya bawa isteri saya beli perabot rumah terkenal dan berhabis ribuan ringgit. Segala perabot akan dihantar kerumah dalam masa seminggu waktu bekerja.
Saya dapat rasakan saya suami yang hebat dan syukur bila dapat belanja isteri. Kemah keming berseri muka isteri saya dapat bershopping.
Keesokan harinya saya bekerja, saya kerja hingga malam kerana OT. Setelah habis bekerja, saya berehat dengan kawan kawan saya (melepak), dan sejam kemudian baru saya pulang kerumah.
Isteri saya menanti kepulangan saya dengan penuh amarah dan leteran. Saya dimarah habis habisan kerana lewat sejam.
Saya sangat penat waktu itu. Saya belum sempat duduk untuk berehat, saya hilang sabar dan pkul isteri saya semahunya.
Saya maki dia habis habis. Saya pecahkan barang barang rumah sebab saya sangat stress dan tertekan.
Saya terkilan pada isteri saya padahal saya dah bawa shopping, makan sedap sedap pada hari sebelumnya. Tapi dia marah saya macam tiada hari esok.
Keesokan hari mak bapak mertua saya sampai rumah saya, sebab isteri saya call kerana takut dengan saya.
Terus ambil segala keperluan dan keluar rumah ikut mak bapak dia.
Saya tak halang sebab saya tahu saya dah buat kesalahan besar kerana memukul isteri saya.
Isteri saya cedera, dia benci saya ketika itu. Saya sangat menyesal, terkilan dan sedih.
Saya tahu salah saya pkul isteri saya, tetapi kenapa dia marah saya padahal saya baru pulang kerja.
Saya melepak dengan kawan kawan saya lewat sejam sebab saya terlalu penat tugasan pada hari tersebut.
Dan melepak pun dengan kawan kawan kerja dan bercerita pasal masalah kerja pada hari itu.
Saya melepak sebab nak ambil mood untuk pulang ke rumah yang agak jauh dari tempat kerja.
Disini saya ingin berpesan pada para isteri diluar sana, tolong tolong tolong jangan marah pada suami yang baru pulang dari kerja.
Kerana kami sangat penat dan mental tak stabil, kami sedaya upaya tak nak masalah tempat kerja bawa balik rumah.
Kami para suami ada hati dan perasaan. Cita cita kami sentiasa ingin memberi kemewahan pada isteri dan anak yang tersayang. Biar kami tak makan yang penting anak bini kami kenyang.
Sejak kejadian itu, saya dan isteri kembali berbaik tetapi hubungan kami sering dibayangi episod hitam saya pkul isteri saya itu.
Sekiranya bergaduh, isteri saya akan mengungkit saya pernah pkul dia, suruh cerraikan dia. Saya sangat benci perkataan cerrai!
Sehingga kini, apa yang isteri saya lafazkan, perkara ini terjadi. Kami dalam proses bercerrai kerana isteri memfailkan cerrai dimahkamah kerana saya mengamuk lagi.
Saya mengamuk kerana isteri bila memarahi saya, dia memarahi saya sepenuh hati. Seolah olah saya buat silap yang teruk sangat padahal saya lupa basuh cawan lepas guna.
Kebetulan ada panggilan telefon waktu itu jadi saya lupa nak basuh cawan. Isteri saya melempar ke dalam tong sampah.
Cawan itu cawan kegemaran saya tetapi sudah kotor terkena sisa sampah, saya jadi geli nak gunakannya semula.
Saya hilang sabar dengan isteri saya dan pkul isteri saya lagi. Saya sangat geram dengan isteri kenapa perkara kecil dia besar besarkan dan mencabar kesabaran saya.
Saya sudah cuba bersabar sehabis boleh, saya pernah melutut merayu pada isteri saya ketika dia marah.
Saya peluk dia tetapi dia meronta ronta macam orang kena rasuk. Dia marah tak ingat dunia. Dia ungkit segala kesalahan saya yang lepas.
Saya berlari menyorok dalam stor dan kunci pintu supaya isteri saya reda. Tetapi dia buka kunci pintu dan sambung memarahi saya.
Akhirnya sekali lagi saya hilang sabar dan pkul isteri saya lagi.
Saya rasakan saya gagal jadi suami. Saya seorang penyabar tetapi apabila diberi tekanan yang sangat berat, saya akan hilang sabar.
Saya terkilan kenapa saya sudah beri apa yang terbaik.
Isteri saya sayang saya, tetapi jika tersilap isteri saya akan mendengus dan memarahi saya semahu-mahunya.
Isteri saya paling kuat marah bila dia baru pulang kerja, pantang ada silap pasti akan dimarah teruk teruk.
Isteri saya sudah failkan pencerraian beserta rekod rekod dia kena pkul dengan saya. Kemungkinan saya boleh dipenjarakan.
Saya mohon pada para isteri, kawallah kemarahan awak semua. Tolonglah sayang pada suami, jangan mengharapkan suami sentiasa faham anda.
Suami pun manusia biasa ada perasaan dan perlu difahami juga.
Jangan dicabar kesabaran suami, tak ada kebaikan langsung malah makin memburuk.
Akhir kata kami para suami jaga akan dipersalahkan contohnya saya.
Nasi sudah jadi bubur, isteri saya dah benci pada saya. Kalau saya sudah jadi duda, saya tak nak berkahwin lagi sebab saya pernah buat silap paling teruk.
Para suami tolong jangan sesekali naik tangan pada isteri.
Jangan jadi macam saya, manusia tak berguna dan tak pernah berguna bak kata isteri saya.
Reaksi Warganet
Anis Mohamed –
Cari pasangan yang sesuai. Kalau duda, boleh kawin dengan janda. Masing masing dah lalui episod tertentu.
Papun, semuanya nasib. Nasib awak jumpa isteri yang tak berapa cerdik dan baran. Nasib isteri awak jumpa laki sweet tapi tak tahan tekanan.
When u meet the right person, all will be good. God bless ur upcoming future.
Shida Shamsuddin –
Anda berdua memang tak sesuai jadi pasangan. Dua dua baran.
Aku nak kesian dekat kau tapi tu lah sebab dah melibatkan belasah bini, tak jadi nak kesian.
Yang si bini pulak mulut macam mak lampir, nasib badanlah.
Bercerrai mungkin benda paling terbaik jadi kepada anda berdua. Semoga masing masing muhasabah diri selepas ni
Kila Baharum –
Kalau kene bebel, maki time tak penat pon boleh jadi marah, apa lagi time penat.. s
Sapa sapa pon takkan suka kena maki, apa lagi dengan orang yang kita harapkan kasih sayang dia.
Give n take, benda kita tak suka, kita jangan buat dekat orang.
Bagi aku, TT ni bukan jenis panas baran pon. Tu normal manusia, tak payah sebut la cerminan ke apa kalau sendiri yang bermasalah. Just nasib TT tak baik.
InsyaAllah ada sinar untuk awak. Allah tu maha mendengar dan maha adil..
Mohd Shainol –
Bila dah pkul tu bro tu dah kira melampau.
Talakkan je la isteri tu. Bimbang nanti hubungan akan jadi semakin toksik.
Kesian dekat anak anak nanti membesar dalam keadaan ibu bapa saling gaduh, bertengkar pkul memukul.
Harini mungkin belum patah riuk, esok lusa belum pasti. Isteri TT akan sentiasa mudah marah. Dan tt pula pantang dicabar.
Nuzubillah tak mustahil nanti takut terambil pisau tertiikam pula. Naya nnti.
Cari perempuan lain bro. Mungkin nanti akan jumpa nnti yang lebih baik, bersikap lemah lembut dan penyabar, kurang marah marah.
Saya rasa tak sesuai TT kawen dengan yang sama sama baran.
Umi Kalthoum Ams –
Sebenarnya nak pujuk isteri yang tengah marah dan membebel senang ja, hanya minta MAAF dan mengaku kesalahan diri dan PELUK isteri atau tunjukkan yang awak sayang dia..
Perempuan ni hati lembut dan perangai budak budak yang hanya perlukan perhatian.
Walaupun tengah marah tapi kalau kena cara sepatutnya in shaa Allah akan reda dan malah isteri akan bertambah hormat dan sayang suami..
Tapi kebanyakan lelaki tak pernah buat macam tu.
Apa yang diorg buat, diorang akan marah balik isteri atau diorg akan pkul isteri atau diorang akan tinggalkan isteri dalam keadaan isteri tengah marah dan emosi tak stabil.
Dan diorg hanya kembali bila rasa isteri tu reda sendiri dan terus buat senyap seperti takda masalah.
Itulah kesilapan terbesar di mana rajuk perempuan akan terus berpanjangan dan akan terus terusan merasa diri mereka tidak disayangi walaupun suami dah bagi macam macam.
Kalau nak tau isteri memang perangai macam mana kena tengok perangai dia dari awal kahwin..
Kalau awal kahwin dia memang bagus maksudnye dia memang bagus tapi kalau awal kahwin memang perangai dia sama macam sekarang maksudnye memang perangai dia buruk laa.
Sebab perempuan ni dia akan berubah ikut perangai suami.
Kalau layanan suami elok, eloklah kejadian dia.
Kalau layanan suami buruk, maka dri perangai lemah lembut awal kahwin tu akan hilang mengikut perangai suami..
Lelaki nak isteri hormat dia tapi dia tak tunjukkan kasih sayang dan jadi sweet talker dekat isteri.
Wanita pulak nak suami tunjukkan yang suami sayangkan dia tapi susah nak tunjuk hormat dekat suami. Dua dua salah..
Dan lagi satu, mungkin juga tidak atau jarang solat berjemaah yang membuatkan isteri kurang hormat kepada suami sebagai ketua keluarga..
Sumber – Jembulo (Bukan nama sebenar) via IIUMC