Terkini, Rent4s negeri sambut Aidilfitri hukumnya har4m – Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR – Hukvm mel4nggar larang4n merent4s negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke k4mpung menyambut Aidilfitri adalah h4ram, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr LuqmanTerkini, Rent4s negeri sambut Aidilfitri hukumnya har4m – Mufti Wilayah Abdullah.

Menurut lap0ran Berita Harian, beliau berkata, hal ini kerana asas kepada lar4ngan rent4s negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Katanya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?

“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.

Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covid-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.