Tent3ra Darat Malaysia terima Scrambler WMoto SXR 300cc sebagai a$et baharu

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima sejumlah motosikal scrambler WMoto SXR 300cc, yang akan digunakan sebagai aset terbaharu bagi Op Benteng.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Majlis penyerahan motosikal ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, dan diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, semalam.

Penyerahan Motosikal Scrambler 300cc ini merupakan perolehan mobiliti TDM bagi Fasa 2.

Sebaik ketibaan Tan Sri PTD, majlis dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pengoperasian dan pengendalian motosikal tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa Sdn Bhd, Datuk Cham Nong Aliap.

Tan Sri PTD kemudiannya menerima replika kunci Motosikal WMoto yang diserahkan oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa, sebagai simbolik penyerahan aset kepada TDM.

Majlis dilaksanakan secara ringkas di dalam norma baharu bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Penerimaan aset terbaharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama PTD Ke–28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM sejajar dengan pematuhan SOP dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.