Tengah dalam pantang, aku dukung anak lari ikut pintu belakang. Dorang kejar, aku masuk rumah jiran. Minta tolong

 

Foto sekadar hiasan

Dibuang Keluarga Setelah Berk4hwin dan Bercer4i

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku single mom, umur 23 dan ada dua orang anak berumur 2 dan 3 tahun.

Aku perempuan yang gagal 2 kali dalam perkahwinan. Sekarang ni tengah pregnant 6 bulan dengan ex husb yang kedua.

Dan aku dah pun dicerraikan saat pregnant 2 bulan.

Kesusahan aku bermula sebab masa kahwin umur 18. Masatu tengah sambung study.

Aku hidup dalam broken family sejak kecik lagi. Keluarga yang broken ni takdir dan ujian, bukan pilihan.

Ayah aku kerja kerajaan. Tapi sejak dulu lagi dia agak berkira dengan keluarga sendiri.

Sifat dia pulak panas baran. Tapi dia baik dengan kawan kawan dia, gelak bersembang sangat ramah.

Tapi dengan keluarga sendiri bercakap pun tak. Langsung tak ada komunikasi yang baik dengan keluarga.

Hubungan antara ayah dengan mak pun tak baik, selalu bergaduh depan anak anak sejak aku kecik lagi.

Hubungan antara aku dengan mak aku pun kurang rapat sejak kecik lagi. Mak aku lebih rapat dengan kakak aku.

Berbalik pada cerita waktu aku kahwin dulu, masa nak sambung study dulu tu ayah tak bagi. Adik beradik pun bagi kata kata negatif je, takde yang bagi sokongan.

Satu satunya yang aku harapkan masatu mak je, walaupun mak tak kerja. Mak aku la yang support untuk yuran dan semua perbelanjaan masa nak masuk study tu..

Masa tengah study tu, disebabkan mak tak kerja, duit belanja pun mak tak dapat nak bagi.

Ayah memang tak amik tahu langsung. Banyak sangat masalah sebab tak dapat nak bayar duit buku buku, dan yuran yuran tambahan yang lain masatu.

Nak makan pun takde duit terpaksa ikat perut.

Sampai la masatu aku kenal dengan bekas suami yang first. Kenal dengan dia melalui handphone.

Dalam kenal kenal tu aku pun terluahkan la masalah masalah aku dekat dia. Dia pun ada jugak la support aku dari segi kewangan sikit sikit masatu.

Mula mula kawan biasa je, sampai satu hari tu dia ajak aku kahwin. Katanya kesian tengok aku yang seolah olah takde keluarga.

Dia kata lepas kahwin dia akan tanggung aku study sepenuhnya. Dia pun jumpa ayah aku untuk bagitau hasrat dia.

Ayah tak cakap banyak pun, setuju macamtu je dan kata ikutla nak kahwin nak buat macam mana pun. Jadi lepastu kahwin macamtu je.

Lepas kahwin duduk rumah mertua. Dan dari situ lah bermulanya segala keperitan dalam hidup aku. Satu persatu tersingkap lepas dah kahwin.

Aku terpaksa hidup dalam rumah sewa yang disewa oleh ibu mertua dimana penghuninya seramai 19 orang masatu.

Adik beradik ex yang dah kahwin semua tinggal dalam rumah yang sama.

Rupa rupanya ex tak kerja. Nak bangun pagi pun malas. Kerja dia hanya tidur, makan, keluar lepak.

Mak mertua yang tanggung duit rkok dia, belanja dapur, dan segala bil bil masatu.

Aku rasa tertipu sangat. Bila aku persoalkan kenapa dia taknak kerja, dia tengking dan maki hamun je.

Senang senang je dia suruh aku berhenti study. Aku tak tahan dan mintak cerraikan aku masatu. Tapi dia taknak cerraikan.

Setiap hari bergaduh. Bila bergaduh je semua adik beradik dia masuk campur.

Bila dah tak tahan sangat, aku pun nekad lari je dari rumah tu. Berjaya jugak lari akhirnya.

Aku balik rumah mak ayah. Fikirkan dah selamat masatu.

Sampai je dekat rumah mak ayah masatu aku buat biasa je macam takde masalah apa apa.

Sampaikan tiba tiba satu family ex tu semua datang rumah dan buat kecoh. Bising bising maki hamun segala macam perkataan keluar dari mulut dorang.

Riuh sangat sampai jiran jiran semua dengar.

Ayah dan mak terkejut la masatu sebab masa balik tu aku tak cerita apa apa yang jadi. Sampaikan ayah pun marah aku jugak masatu.

Aku cuba nak bagitau ayah apa sebenarnya yang jadi. Tapi malangnya ayah taknak dengar apa apa dari aku. Dia halau aku suruh ikut dorang balik.

Sekali dengan ayah pun maki hamun aku jugak masatu. Dia kata padan muka aku sebab pilih lelaki macamtu sendiri.

Lepasni apa apa pun masalah, nak m4ti ke apa jangan balik rumah dia.

Start daripada tu aku dah mula dibuang keluarga. Apa pun jadi lepastu terpaksa ditelan sorang sorang.

Bila ayah dah cakap macamtu, aku terpaksa ikut dorang balik.

Sampai je kat rumah dorang, aku kena pukul berdas das dengan ex. Dia kata kalau aku berani lari lagi memang teruk aku kena.

Handphone pun kena rampas sebab masa lari tu, aku mintak tolong kawan.

Betul betul mentally tortured sangat. Setiap hari jadi mangsa tempat puaskan nfsu dia je. Rasa hampir nak giila dah masatu.

Sampai lah last last aku pregnant. Masa start tahu pregnant tu emosi aku memang teruk sangat. Tak boleh kawal dah.

Aku bagaikan orang giila dah masatu. Selalu menjerit jerit suruh dia cerraikan aku, sebab dia masih taknak cari kerja.

Aku selalu kelaparan. Setiap hari makan sisa sisa lauk family dia yang tak habis je.

Bila mintak cerrai je aku akan kena sepak, terajang, tumbuk dan macam macam lagi. Adik dia pun pernah tendang perut aku masa aku pregnant tu.

Sampai aku dah tak larat dah dan akhirnya aku redha, aku sabar sampai aku dah bersalin.

Lepas dah bersalin. Aku mintak handphone aku yang dia rampas tu sebab nak amik gambar baby. Dan lepastu dia pun bagi aku guna balik handphone tu macam biasa.

Masa dalam pantang pun aku stress sangat sebab ex tak pandang anak sebelah mata pun. Semua aku buat sendiri. Makan minum aku masa pantang pun takde siapa peduli.

Satu hari tu, semua family ex aku takde kat rumah. Masatu aku tak habis pantang lagi. Dia mintak aku layan nfsu syaiitan dia.

Aku taknak dan cuba melawan tapi dia pukul aku teruk teruk, dia buat jugak. Aku nangis sepanjang malam masatu.

Lepastu aku bagitau dekat family dia tapi sorang pun tak percaya. Family dia kata aku giila.

Aku dah tak tahan sangat dah, dan aku nekad nak berambus jugak dari situ. Aku tak fikir apa dah masatu.

Aku beranikan diri nak order grab, tapi dia baling phone aku sampai hancur berkecai.

Aku dah start rasa nak meroyan dah masatu. Aku tumbuk cermin tingkap, amik kaca dan kelar kelar tangan.

Aku tak tido langsung malam tu, aku fikir macam mana nak lari. Sebelum subuh esok pagi tu aku beranikan diri jugak lari senyap senyap.

Aku dukung anak keluar ikut pintu belakang tapi ada family dia yang perasan masa aku keluar tu.

Dorang kejar aku tapi aku sempat lari masuk ke rumah orang, dan mintak tolong dengan orang tu.

Orang tu hantarkan aku balik rumah mak ayah aku. Akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari neraka dunia tu.

Namun masalah tidak berhenti disitu saja. Bila aku balik tu ayah aku marah marah dan maki hamun aku teruk teruk.

Dia ungkit balik pasal aku kahwin sampai berhenti study. Pasal family ex aku datang buat kecoh dulu tu semua.

Dia tak bagi aku dan anak duduk situ. Dia kata aku yang pandai cari masalah sendiri jangan balik dan nak susahkan dia. Dan macam macam lagi.

Tapi aku telan je apa yang dia kata. Aku dah banyak kali minta maaf dengan mak ayah aku. Tapi sampai sekarang dorang tak maafkan aku.

Setiap kali aku ada masalah dorang akan ungkit balik kesilapan aku yang berhenti study tu.

Aku takde tempat lain dah nak tumpang teduh dengan anak aku selain rumah mak ayah. Sepanjang duduk situ, setiap hari aku kena tadah telinga.

Mak aku selalu kata ayah aku setiap hari bising bising sampai bila aku nak duduk situ.

Pasal bil api air, dan aku guna gas untuk masak makanan anak aku. Semua diungkit ungkit.

Anak aku pun family aku tak pandang. Aku dibenci, sekali dengan anak aku terkena tempiasnya.

Aku pergi mahkamah untuk tanya prosedur cerai fasakh. Balik dari mahkamah tu aku excident.

Tangan kiri aku patah, dan masatu dapat tahu yang aku tengah pregnant anak no 2 rupanya. Aku pun tak sangka kejadian masa dalam pantang tu, aku boleh pregnant lagi.

Tapi ni semua ketentuan Allah. Dia nak bagi aku sumber kekuatan lagi.

Supaya aku lebih kuat lagi dengan ujian ujian yang dia bagi. Aku mampu bertahan dan kuat selama ni pun sebab anak.

Walaupun mula mula tu aku stress sangat sebab bila family aku tahu aku pregnant lagi semua bagi kata kata negatif.

Aku down, sampai aku buat macam macam untuk gugurkan kandungan. Tapi tetap ada jugak.

Tambah pula tangan aku patah, nak kerja pun tak boleh. Semua benda aku kena hadap sorang sorang.

Aku buat bisnes online masatu untuk tampung keperluan anak aku, susu pampers. Dengan tangan patah tu aku uruskan anak aku sorang sorang.

Sampai la aku dah bersalin anak kedua. Lepastu aku pun filekan fasakh.

Setelah 3 tahun lebih digantung tak bertali. Pejam celik pejam celik akhirnya selesai.

Lepas aku dah sah bercerrai tu lagi la family aku bertambah tak suka dekat aku. Dengan susahnya, anak pun dah dua orang.

Hidup aku semakin tak tentu hala masatu. Dengan nak fikir mana nak cari duit untuk besarkan dua orang anak. Nak hadapi mulut mulut yang toxic lagi.

Aku selalu dihina keluarga sendiri kerana ‘susah’. Dorang suruh aku bagi hak jagaan anak anak dekat bekas suami.

Kata mereka, dah tahu susah takpayah la jaga budak budak tu.

Walaupun aku ada family, aku macam sebatang kara masatu. Semua orang taknak pandang orang susah macam aku ni.

Adik beradik sendiri pun pandang hina dekat aku dan anak anak.

Abang aku mewarisi sikap baran ayah aku.

Abang aku halau aku dan anak anak dari rumah mak ayah masatu. Puncanya sebab anak anak aku menangis meragam sebab demam.

Ayah dan abang sangat panas baran. Dorang memang tak boleh dengar budak budak menangis, terus tengking dan pernah jugak pukul anak anak aku.

Masa kena halau tu, ayah aku pun ada dan saksikan kejadian anak aku kena tengking kena tampar, dan aku kena terajang dengan abg aku.

Tapi ayah aku buat seolah olah takde apa yang berlaku. Aku pun terpaksa la keluar jalan kaki tolak anak naik stroller.

Masatu dah lewat malam. Takde hala tuju pun. Hanya pada Allah aku berserah masatu. Apa nasib aku dengan anak anak selepas tu aku pun tak tahu.

Aku cuba mintak tolong kawan. Alhamdulillah dia boleh tolong aku masatu. Dia bagi pinjam duit dia untuk bayar deposit rumah sewa.

Sejak menyewa sendiri tu aku hidup dengan anak anak dengan hati yang lebih tenang sikit dari sebelum ni.

Aku masih buat bisnes online lagi masatu. Bukan setakat keperluan anak aku perlu tanggung sendiri. Hutang lawyer kes fasakh pun aku kena hadap setiap bulan.

Suatu hari, aku kenal dengan ex husb aku yang kedua ni. Dia beli barang yang aku jual, dari situlah aku berkenalan dengan dia.

Aku dapat rasakan dia ni baik jugak lah. Walaupun aku trauma dengan apa yang jadi sebelum ni. Tapi aku tetap buka ruang untuk dia berkawan dengan aku.

Tak lama selepas berkenalan dengan dia tu, aku decide nak cari kerja untuk tambah income. Nak harapkan bisnes online tu je memang tak cukup.

Aku pun dapat kerja kilang. Anak anak aku dia minta tolong mak dia jagakan. Mak dia baik je dengan aku masatu. Aku bersyukur sangat ada orang yang sudi tolong jaga anak anak aku.

Dia hantar dan amik aku balik kerja setiap hari. Sampai la aku dah dapat gaji pertama.

Dengan gaji tu aku pinjam nama dia untuk loan motor. Untuk mudahkan aku ulang alik pergi kerja.

Dalam beberapa bulan kenal, dia pun bagitau hasrat dia nak ajak aku kahwin. Dia kata nak support aku sama sama sebab kesian tengok aku terkontang kanting jaga anak sorang sorang.

Dia pun layan anak anak aku baik sangat masatu. Dah macam anak sendiri. Aku pun agak terharu dekat situ sebab takde orang yang layan anak anak aku baik macamtu sebelum ni.

Aku macam nampak keikhlasan dia. Tambahan pulak aku takde siapa siapa dah masatu sebab keluarga pun dah buang aku dan memang tak amik tahu dah pasal aku.

Aku harapkan perkahwinan kedua ni ada la sinar kebahagiaan untuk aku dan anak anak setelah macam macam aku dan anak anak tempuhi sebelum ni.

Dah tertulis lagi jodoh aku ada dengan dia. Dia jumpa ayah aku dan minta izin nak kahwin dengan aku.

Tapi masatu ayah aku macam takde jawapan, macam betul betul dah taknak campur hal aku la maksudnya.

Dia pun angguk macamtu je tak kata apa apa.

Lepas tu aku pun kahwin lagi dengan berwalikan ayah aku.

Lepas kahwin dia suruh aku berhenti kerja. Dia suruh aku duduk rumah dan jaga anak anak. Kalau nak cari income pun buat la bisnes online je.

Dia pun tukar kerja lepastu. Dia kerja kilang sebab boleh buat OT untuk tambah income.

Masa awal kahwin takde isu langsung pun. Dia pun layan aku baik je macam masa mula mula kenal.

Sampai la bila dah sebulan dia kerja kilang tu, dia kena buang kerja. Sebab apa aku pun tak tahu.

Sejak dari tu, kami diuji dengan masalah kewangan. Nak bayar sewa rumah pun tak cukup duit. Sampai dia meminjam duit dari kawan kawan dia.

Lepastu dia ada cari kerja lain. Tapi tak tetap jugak kerja. Hutang semakin bertambah. Sikap dia dengan aku pun semakin lain dah.

Bila aku bercakap dengan dia, dia buat tak dengar je dan jarang nak balik rumah. Selalu mengelak dari aku.

Masatu jugak dapat tahu aku pregnant 2 bulan. Hubungan aku dengan dia jadi semakin renggang walaupun takde bergaduh isu yang teruk pun.

Suatu hari aku terbaca chat dia dengan mak dia dekat phone dia. Dia burukkan aku macam macam dekat mak dia.

Aku pun tanya kenapa, tapi dia diam je. Aku nak baca lagi chat tu tapi dia rebut phone dari aku.

Lepastu dia belasah aku dan dia kata dia dah tak mampu nak tanggung aku dah, dia rasa terbeban.

Walaupun masatu dia tahu aku tengah pregnant. Dia cerraikan aku dengan talak 1. Perkahwinan aku yang kedua ni hanya bertahan selama 3 bulan je.

Lepas dia pukul aku tu, aku buat report. Dia pun kena tangkap. Aku dah keluar dari rumah sewa tu sebab sewa dah tertunggak dan tak dapat bayar.

Aku balik semula kerumah parents aku. Bila dorang tahu aku bercerrai lagi. Semua marah aku.

Dorang suruh aku tarik report dan suruh aku rujuk balik dengan ex aku tu sebab takut malu kat saudara mara kalau tahu aku bercerrai berai lagi. Aku pun tarik report.

Bila ex aku dah keluar lokap dia buat aku macam musuh. Dia datang rumah dan amik balik motor yang aku loan guna nama dia tu.

Aku nak pergi klinik untuk check up baby pun susah sebab dah takde transport. Hidup aku jadi bertimpa timpa dengan kesusahan.

Lepas dari tu dia dah takde amik tahu pasal aku, perkembangan baby dalam perut pun dia takde tanya walaupun sepatah.

Dah selesai pengesahan lafaz cerrai dekat mahkamah memang dah jatuh talak yang dia lafazkan tu. Nafkah iddah tak bagi.

Kalau aku mengidam apa apa, chat dia pun dia bagi bluetick je. Bila tanya pasal duit untuk beli barang baby nanti pun dia buat tak layan.

Disebabkan aku takde kenderaan lagi sejak lepas bercerrai kali kedua ni aku buat food panda walker.

Kesana sini aku bawa perut demi cari rezeki untuk anak anak aku.

Sekarang aku pregnant dah masuk 6 bulan. Aku dah tak larat buat food panda ni. Bila jalan kaki aku cramp sampai terduduk tengah jalan.

Aku dah stop buat food panda ni. Keluarga aku pun makin benci tengok kesusahan aku. Aku rasa dah takde tempat untuk aku dengan anak anak dekat dunia ni.

Anak anak aku asyik jadi tempat untuk lepaskan kebencian je. Asyik kena tengking sesuka hati.

Kesian anak anak aku membesar dalam keadaan diheret dengan macam macam masalah sejak dilahirkan lagi.

Sekarang aku kena halau lagi. Kesana sini bawak anak anak tanpa hala tuju.

Aku rasa dah hampir nak putus asa dengan macam macam ujian yang datang ni.

Aku dah tak kuat. Mungkin dunia ni bukan tempat untuk aku bahagia.

Sumber – Sya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *