Tengah bagi susu anak, suami ceraik4n aku. Saat itulah saat paling aku nantikan selama kami pjj

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, Aku wanita bekerjaya yang stabil dalam sektor kerajaan bergred S41, manakala bekas suami merupakan seorang pekerja sektor swasta di Kuala Lumpur. Kami telah berkahwin hampir 5 tahun (Sehingga Jan 2019). Masuk 2020 ini genaplah setahun aku berpisah dengan bekas suami.

Ya aku dicraikan awal tahun yang lalu. Disaksikan anak yang sedang menyusu ketika itu. Bekas suami aku seorang yang ada rupa, berbanding aku yang biasa sahaja tapi manis tu ada.

Kami mula berkenalan ketika di alam Universiti, kami saling memahami antara satu sama lain.. Sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah.

Benar sebelum berkahwin segalanya indah. Kami berjanji untuk sehidup sematti dan saling memahami. Kami berbincang dengan selumatnya perancangan selepas berkahwin termasuk urusan PJJ kami.

Ketika itu masing-masing telah mempunyai kerjaya. Dia bekerja di Kuala Lumpur manakala aku di Terengganu. Episod keretakan rumahtangga kami bermula selepas dua tahun kami menjalani hidup secara PJJ.

Untuk pengetahuan semua kami akan berjumpa 2 minggu sekali. Kadangkala aku akan pulang berjumpanya di sana. Atau dia yang akan pulang bertemu aku di Terengganu.

To make it short aku terus list bagaimana konflik ini boleh berlaku. Bekas suami ingin menambah isteri. Alasannya kerana berjauhan, dia tidak boleh menahan perasaannya apabila aku tiada disisi.

Dia telah jujur bahawa dia hampir terlnjur dengan seorang rakan di pejabatnya. Aku agak terkejut kerana aku kenal suami sebagai orang yang menjaga agama dengan baik. Setelah diselidik lebih dalam, mereka telah pun buat ringan-ringan (berciiuman dll).

Perasaan aku pastinya hncur. Kepercayaan aku bagai dir0bek-r0bek. Aku berpenat lelah menguruskan anak sendirian dalam masa yang sama bekerja.

Namun sanggup suami melakukan perkara terkutuk tersebut dibelakang aku. Untuk tidak membiarkan suami terus melakukan dosa, aku redha untuk suami berkahwin lain walau aku sangat saakit dimadukan.

Ya aku pernah bertekad tidak akan sesekali mengizinkan diri bermadu dengan sesiapa pun. Tapi kerana kasih akhirnya aku izinkan jua.

Dipaksa untuk berhenti kerja. Namun, langit tak selalu cerah. Rumahtangga bekas suami dan Farah tidak bertahan lama. Hanya bertahan 5-6 bulan.

Alasan suami Farah terlalu kuat cemburu dan minta dilepaskan. Lalu aku yang telah tawar hati dipujuk kembali dengan bersungguh-sungguh. Hati aku lembut kembali.

Aku terima kembali ‘cinta’ suami seperti kali pertama kami bercinta. Indah sekali.Suatu hari bekas suami meminta kepada aku untuk aku berhenti kerja.

Alasannya dia masih boleh menyara aku dan anak. Dia takut jika dia kembali kepada perangai lama jika aku tidak selalu bersamanya. Prang besar pun terjadi. Aku masih ingat kata-katanya bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap isteri.

Tempat isteri adalah dirumah melayani suami. Isteri bukan untuk bekerja, isteri perlu menguruskan hal ehwal rumah (memasak, basuh baju dll). Sangat terkejut sebab kami dah bincang selumatnya perkara ini sebelum berkahwin.

Bukanlah tidak ada usaha dari aku sendiri untuk transfer ke Kuala Lumpur namun rezeki masih tidak menyebelahi.

Sudah semestinya aku tidak akan sesekali mngalkan kerjaya aku. Aku mempunyai ibu dan adik-adik yang perlu disara. Aku rela maaati demi mereka.

Dengan kewangan sedia ada bekas suami sendiri sememangnya tidak cukup untuk disumbangkan sedikit pada keluarga aku. Bahkan akulah yang paling banyak mengeluarkan duit sepanjang kami berkahwin.

Sewaan rumah suami di KL akulah juga yang membayar. Aku sendiri memang berkeras tidak mahu berhenti kerja berdasarkan banyak justifikasi yang ada. Malam itu pertama kalinya suami memukul aku.

Dia mengatakan aku isteri derhaka. Sepanjang berkahwin tidak pernah sekali pun aku meninggikan suara kepadanya.

Jika mempunyai masalah akulah dahulu yang akan meminta maaf kerana aku tahu syurga isteri pada suami. Konflik berkenaan kerja ini berterusan setiap kali aku pulang berjumpanya.

Suami kembali cuurang. Bahkan lebih teruk dari sebelumnya. Beliau telah menjalinkan hubungan dengan seorang janda. Hubungan mereka berterusan sehingga ke atas katil. Hati aku begitu retak. Aku mengambil keputusan untuk dilepaskan juga walau apa cara sekalipun.

Aku sangat terluuka.Setelah pelbagai cara dibuat untuk aku dilepaskan akhirnya dia mencraikan aku. Malam itu aku menangis penuh kegembiraan dan keinsafan kerana menyesali segala dosa yang mungkin ada aku sebelum kami bernikah. Dan Allah turunkan ujiannya pada fasa perkahwinan kami.

Kini, aku sangat bersyukur dengan kehidupan Aku bersama anak. Dialah penawar dan penyejuk hati aku. Bekas suami? Pastilah terus-terusan menganggu dan meminta untuk dirujuk kembali. Tapi hati aku telah tawar.

Tiada lagi peluang kedua dalam kamus hidup aku berkenaan rumahtangga kami. Aku bersyukur menjadi seorang wanita yang mempunyai visi dan wawasan aku sendiri. Dan masih mampu berdiri di atas kaki aku sendiri untuk menguruskan urusan anak dan keluarga aku.

Nasihat ikhlas aku buat golongan wanita. Binalah diri sebaik mungkin supaya apa-apa yang jadi dalam hidup kalian suatu hari nanti kalian masih boleh mandiri. Tinggalkan sahaja mereka yang tidak menghargai kalian.

Kalian berhak bahagia.Jangan biarkan maruah wanita dienjak-enjak. Perlu ada wawasan dan jati diri walau setahap mana pun tahap pembelajaran kalian. Paling penting kuatkan ikatan dan tanggungjawab terhadap keluarga walau kalian telah berkahwin.

Akhir sekali belajarlah mencintai diri sendiri dengan sebenar-benarnya sebelum mencintai yang lain. Buat yang belum berumahtangga pilihlah bakal suami yang benar-benar baik untuk kalian, agama kalian dan anak-anak kalian. Kalian berhak memilih sebelum melangkah lebih jauh ke alam seterusnya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nazim Ahmad, Aku ini lagi jem.istari aku balik dok kg.sebab dengar cakap mak.aku dok sini sorang².bulan² aku kena bagi seribu.isteri dok saja je tak keje.hati aku ni betul² kecewa.kalau aku cakap nak nikah 1 lagi.

kawan² perempuan kat kilang cakap aku gatal.dorang salahkan laki² jer.yang aku ini hari² makan kat kedai mamak jer naik bosan.tak dapat nak makan masakan isteri.jem hidup aku sekarang ini.ada isteri macam tak ada isteri.

Helmi Rashid, Syabas dan tahniah kepada puan. Elok sgt lelaki cmtu tak diberi peluang lagi. Jgn beri muka. Walaupun saya juga lelaki tapi saya bersetuju dengan puan.

Hidup mesti diteruskan juga walau apapun terjadi. Pastikan anak tidak jadi mngsa percraian tu. Pujuk dan rayu bekas suami tu abaikan je. Jgn pernah ada kasihan lagi pada dia. Ajar cukup-cukup.

Nora Masri, Tu tanda perempuan yg cerdik.. Klu dia turutkan ckp suami dia duduk dirmh… Lg jem… Suami klu biasa cuurang, biasa mkn luaq,, tetap akan mkn luaq… X payah nk kari sgt para suami… Konon isteri klu dok kt rmh janji xnk cuurang, sembang.

Mohd Firdaus, You go girl, terbaiklaaa, ingatye, walau saya ni lelaki satu saya nak peringat, WANITA TAK DIJADIKAN ALLAH S.W.T. UNTUK MENJADI HAMBA LELAKI, kalau dah nampak kamu yang kena tanggung laki, jika dia gagal, situ tak de istilah derhaka kalau kamu tak nak tanggung.

Ingatye, kalau suami tak mampu, dia tak de hak paksa isteri bekerja, tukar nama harta isteri atas nama dia, malah dia tak de hak nak paksa isteri berhenti kerja kalau dia tak mampu nak penuhi keperluan isteri. Ada batas dalam ketaatan, yang penting jangan biarkan cinta membutakan hati.

Suhana Anwar, Saya faham ape yang awak cuba sampaikan… Tapi masih konteks Agama Islam yang disebutkan dalam situasi ini agak jauh. Setiap perkara yang berlaku kaitan dengan perbuatan kita secara langsung atau tidak.

Kalau nak dikupaskan secara mendalam dan secara terperinci, apa yang berlaku adalah salah kamu berdua… Ada sebab ianya dipanggil ‘institusi rumah tangga’. Dan setiap institusi pembelajarannya adalah berbeza. UiTM tidak sama dengan UTM.

Pengajarannya disini, bila kita nampak yang salah. Jangan terus kita menghukum, ada sebab ianya berlaku. Manusia tidak dilahirkan jahat.

Kecvrangan, pengkhianatan dan senangkatannya adalah mainan dan hasutan syaiitan. Jika kita faham akan keagungan agama islam ini maka kita akan pasti hidup belandaskan agama Islam kerana ianya adalah cara hidup.

Didunia kita hanya hamba, setiap amalan yang dibuat semuanya akan Allah berikan ganjaran diakhirat kelak. Lagi banyak kita bekorban di dunia ini maka banyak la ganjaran kita nanti.

Sahabat saya pernah lalui peristiwa dimana si isteri telah berlaku cuurang, setelah si suami mendapat tahu.. isteri itu ingat si suami akan mengaamuk. Tapi itu tidak berlaku.

Sebaliknya si suami memanggil kedua mertuanya dan ibu-bapa nya untuk berbincang. Mula² si isteri menceritakan… Kemudian si suami bertanya pada mertunya dan juga ibu bapa nya.

Ibu-bapa isteri redha kan keputusan yang sisuami akan buat, ibu-bapa suami pulak suruh dicraikan, lagipun belum ada anak lagi.

Tapi ape yang berlaku adalah diluar jangkaan… Si suami telah memaafkan isteri besaksikan kedua ibu-bapa masing…. Alhamdulillah sampai sekarang mereka hidup bahagia.

Satu hari saya tanya kawan saya (suami) ni. “Apesal ko tak craikan?”, Jawapan dia pada saya:

Kita ini hamba Allah, kita tiada hak untuk menghukum, setiap amalan kita Allah je yang ade Kalkulatornya. Jadi kalau kita betul² faham akan Islam itu cara hidup maka ada jalan penyelesaian yang lain sebelum yang terakhir iaitu pencraian.

Cik Siti, Rujuknya pun tidak ikhlas.. Nak kawin diberi kawin.. Wife pulak diminta resign sebab syurganya disitu supaya nafsunya jugak boleh ditunduk. Alhamdulillah tt bijak dan kuat.

Alhamdulilah berdiri teguh bersama keluarga dan anak. Biarkan si luncai dengan labunya puan. Berbahagialah tt.. Semoga kuat jiwa raga. Jgn sesekali berpaling kepada si durjana itu.

Adam Mukhriz, tahniah dik, sebab ambik tindakkan bijak. Nasib baik la hang tak berenti keja. Kalau hang berenti keja, naya.

Dah elok elok kerja pegawai gred 41, xlama lagi naik gred 44, dah lega sket. Kalau berenti, nak masuk balik sektor kerajaan, memang xdapat dah. Tambah plak bekas laki buat perangai serupa hram jadah.

Khaleeda Harun, Nazri Ahmad Patutnya ibu tk patut Campur dlm rumh tngga. Tnya lh bini tu. Siapa lagi utama setelh berkhwin. Bukak mata bini tu sikit. Perempuan klu dh khwin hak sepenuhnya pada suami. Dn klu lelaki.

Masih Perlu jaga ibu n ayh. Tk bhagiaakn suami sampai suami rasa tersinggung kira dosa. Tk Cuim bau syurga. Bersuara jujur dgn keluarga. Bukn apa jujur kerana sayag. Klu tk reda terusterng ja. Jgn Takut. Buknnya tk blik pun kampung. Buat apa bayr hantarn mahal2 Tpi suami ikt perut.

Dah lh bil air tertngguh setiap mlm. Sabar… Tpi ingt ye. Sekiranya isteri kembali ke ke pangkuan suami. Kena bnyak kn bersabar. Terima kelemahan dia. Bnyk bunyik ke apa ke. Ajar dia jdi isteri yg kamu iinginkn.

Jgn tingglkn dia Di rumh sambil memasang mata ke perempuan lain. Kerana bosan bini bising ja lh apa lh.. Saya ckp ats pengalaman kakak2 saya.

Mklumlh adik bungsu ni kn selalu pasang teling. Apa2 pun. Solat jgn tinggal. Berdoa pada Allah mintk petunjuk lembutkn hati isteri Dn mkmertua. Kerana semuanya Allah yg atur.

Faizatul Akma, sedih baca tapi dalam masa sama tetap bangga kerana puan membuat keputusan bijak.. all the best puan.. semoga puan sentiasa di rahmaati allah selalu.. usah peduli bekas suami walau di pujuk dgn air mata drah sekalipun.

Bagi saya lelaki buat lah apa dosa dan salah pun isteri boleh beri peluang kedua kecuali berziina.. tiada peluang bagi suami sebegini…. minta dijauhkan dugaan begini pada kita semua..amiin

Kredit: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini