“Tempat paling sedih”. Pasangan bercerrai tu tak nangis pun depan hakim. Aku yang duduk menunggu ni berjuraian air mata

 

 

Foto sekadar hiasan

Tempat Paling Sedih Pernah Aku Jejaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi semua. This is my first time to send confession here. Saja nak share pengalaman hidup kepada yang sudi membaca.

Semua tahu isu viral baru baru ni tentang masalah rumahtangga PSL dan SY disebabkan orang ketiga.

It is a sad thing sebab bila baca cerita macam ni, i can feel apa PSL lalui sebab i dah lalui perkara ni 5 tahun lepas.

Sekarang, memang dah redha dan ok dengan kehidupan solo sekarang bersama 2 orang anak yang baru nak masuk sekolah rendah.

Jadi, ia berlaku dalam kehidupan aku 5 tahun lepas.

2 tahun cuba cantas, dalam keadaan mengandung pada tahun pertama ex berskandal dengan perempuan muda bawah 25 tahun.

Sampai drama kena tolak dengan penyondol kebun orang masa berdepan dengan dia dekat public place. Ganas sungguh b*** yang menyondol kebun aku dulu. Haha.

Dipendekkan cerita, aku kena cerrai melalui telefon setelah kepala ex aku tu dah macam gangguan mental tak nampak benda lain dah selain skandal dia. Itulah takdirku.

Rumahtangga 8 tahun berkecai asbab orang ketiga. Dah tak nangis dah bila fikirkan balik.

Lagipun banyak Allah mudahkan urusan aku (ada kerja tetap, rumah dan kenderaan sendiri)

Tapi yang masih tak buat aku berhenti nangis adalah bila terkenangkan saat menjejakkan kaki dalam mahkamah rendah syariah untuk pengesahan lafaz cerrai.

Seumur hidup belum pernah masuk mahkamah, hari itu adalah hari pertama ke dalam mahkamah rendah syariah…

Dalam tu, masa hari kita dipanggil, bukan ada kes syariah kita je. Tapi banyak kes, ada kes faraid dan kes lafaz cerrai dipanggil sama.

Jadi turn kami disebutkan depan hakim adalah kes 8. Maksudnya kena tunggu 7 kes sebelum disebut dulu.

5 kes adalah lafaz cerrai depan hakim, 2 kes faraid.

Masa tu tak sedih pun sebab dah cerrai kan (luar mahkamah). Tapi air mata tumpah juga tak berhenti bila tengok 5 pasangan lain lafaz cerrai dalam mahkamah depan hakim satu persatu.

Oh My God, what a sad place!

Pasangan pasangan bercerrai tu tak nangis pun depan hakim, aku yang duduk menunggu ni berjuraian air mata. Dah la tak bawak tisu. Basah tudung aku.

Mengenangkan kesusahan nya bila nak lafaz akad nikah depan imam, kebahagiaan dan kesusahan dalam rumah tangga, macam tu je je lafaz cerrai depan hakim.. lepas ikatan.. sedihhh..

Tapi aku ada salute sikit yang berpisah depan hakim ni sebab ikut prosedur betul, dah datang kaunseling semua kan tak jalan…

Jadi mungkin itu takdir terbaik untuk masing masing move on.

Lepas dapat pengesahan, ex aku didenda RM500 sebab lafaz luar mahkamah. Ok fine. Wajar atau tidak tunggu di mahkamah akhirat nanti.

Itulah ceritanya tempat paling sedih yang pernah aku jejaki.

Kental sungguh hati hakim mahkamah syariah hari hari menghadap berpuluh kes lafaz cerrai.

Ish, wajarlah hakim mahkamah syariah adalah lelaki.

Hakim tu baik, ada nasihat ingat anak anak semua, rumahtangga sebuah perjuangan.. tapi.. sampai sekarang memang tak berjodoh..

Dan aku tak ambil tahu dah dengan siapa ex aku sekarang, masih dengan penyondol sama.. atau perempuan lain… sebab nafkah anak semua ok tak culas..

Sampai sekarang masih trauma dengan perkahwinan dan tak mencari…

Biarlah kadang kadang sunyi sebab sendiri dengan anak anak daripada pening menghadap perangai orang yang membebankan jiwa.

Cukuplah Allah bagiku..

SideNote: To PSL, semoga u tabah.. percerraian hanya permulaan, banyak lagi fasa yang akan dilalui selepas bercerrai…

Reaksi Warganet

Is Marissa –
Setuju, makhamah syariah antara tempat paling sedih.

Pernah pergi atas urusan faraid. Sebelum kes kita tu kes kes pencerraian.

Sedih sangat sangat, lagi lagi kes suami isteri yang dah berumur nak bercerrai..

Terbayang mak ayah sendiri, terbayang kita bila dah tua tua nanti..

Mas Muhammad –
Memang tempat paling menyedihkan.

Setiap kali datang mahkamah syariah nak tengok kes bila lafaz cerrai dilafazkan oleh suami, saya turut menangis.

Sebab terbayang masa mula mula mereka kawin dengan cinta tapi bila berpisah yang saya nampak hilang dah kasih sayang.

Kebanyakan yang menangis pasangan ni lelaki. Mungkin kesal tak dapat pertahankan rumahtangga mereka.

Yang perempuan semua hati kental. Sorang dua je nampak seka air mata.

Ada sekali tu satu kes saya masuk bilik hakim. Bila kes settle dan lafaz cerrai dilafazkan saya terus mengalirkan air mata yang tak berenti.

Member cakap takper lama lama nanti ko akan terbiasa dengan keadaan ni.

Saya cuma terbayangkan kalau saya berada di tempat mereka adakah saya mampu menahan air mata saya lagi.

Pertahankan lah rumahtangga korang selagi mampu. Setia tu paling penting.

Rose Nazri –
Dah jejak. Cukupla sekali. Alhamdulillah saya antara yang tarik balik permohonan cerrai.

Masing masing ada salah sendiri so kami memang tirelessly changing for the better.

Kes kami kes ke3 so ada 2 kes yang dibaca sebelum kes kami dipanggil. Kes kes tersebutla yang menjentik hati saya dan suami bahawa kes kami ni sekelumit kecil je.

Just misunderstanding and ego between us. Kerdilnya rasa. Tapi tulah, memang banyak belajar dengan kes kes yang lain.

That was 5 yrs back. Alhamdulillah everything went uphill afterwards.

Mana yang buruk kita jadikn sempadan, mana yang baik kita jadikan pengajaran. Moga Allah jaga dan panjangkan jodoh kami sampai syurga.

Hugs for TT. Bahagia itu kita yang cari.

Hannah Princess –
Pernah sekali teman saudara perempuan pergi lafaz cerrai di mahkamah. Saya pergi dengan husband.

So Masuk dalam tu ramai juga pasangan yang nak bercerrai. Tapi maybe ada Kes tuntutan lain juga kot.

Dalam tu ada Lebih kurang 15 pasangan kot. Ada yang nmpak sedih, ada yang okey je. Kira hampir penuh bilik bersidang tu.

Itu untuk sehari. Kalau hari hari pun penuh memang nampak satu cabaran la berumahtangga zaman serba canggih ni.

Nazira Mylisa –
Bercerrai tu memang sedih, pedih.

Namun sebagai orang Islam, kena ingat juga, Allah jadikan pencerraian tu sebagai jalan keluar dari masalah. Move on cari kehidupan baru.

Orang melayu sangat taboo dengan ‘talak’. Katanya talak tu dibenci Allah.

Namun Allah tak haramkan talak, malah ada banyak perbincangan Dan kupasan tentang talak. Menunjukkan, talak itu tetap satu penyelesaian masalah rumahtangga.

Namun perlu lah dilakukan dengan adil bagi kedua dua pihak Dan ikut syariat, setelah jalan penyelesaian, perdamaian lain tidak ada.

Saya suka mengajak para wanita yang diuji dengan pencerraian dalam perkahwinan, tidak memandang cerrai itu sebagai kegagalan dalam hidup.

Namun ia permulaan kehidupan untuk mencari kebahagian Dan redha Allah.

Untuk confessor, Semoga Anda terus menemukan kegembiraan Dan kebahagiaan dalam hidup.

Sumber – BUNGA TERLUKA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *