Tayar tak pancit, sengaja aku p bengkel. Saat laki cina tu datang, aku acah2 terkejut. Aku pesan jangan isi penuh. Dia pelik

 Foto sekadar hiasan

My First Move To Chinese Guy

Assalamualailkum dan salam sejahtera.

Hello, hai my name is Bunga (bukan nama sebenar) berusia 21 tahun.

Achewahhh acah acah tajuk omputih, haha. Saja jaaa dun worry saya tulis BM hehe.

Haa nak cerita ni saya memang suka Chinese guy sebab tak tahu la mungkin depa macam neat and clean.

Saya tak pernah ada kawan cina even memang teringin sebab nak tau cara depa, macam mana their lifestyle kan.

Btw saya bekerja part time di sebuah restoran di Utara Malaysia. So memang banyak Chinese people yang datang makan sini sebab depa suka western food.

So banyak kali boleh usya oppa, ahaha. Since takdak Korean people Chinese pon bolehla panggil oppa sebab depa hensem jugak putih mata sepet ala ala Korea kan hikhik.

Okay sebelum tu nak cerita tentang diri saya sikit, saya introvert tak banyak cakap tapi saya suka senyum.

Agak pemalu tapi kadang kadang friendly jugak depend pada orang yang saya deal. Paras rupa erm sejuk mata memandang kot haha, angkat bakul sendiri.

Okeh, ada la sorang oppa ni dia lain dari yang lain sebab dia hitam manis (hensem + manis) rare kan.

Ya Allah seronok taktau nak kata kalau dia mai kedai saya auto sengih kalau nampak dia.

Saya dekat kedai jadi waiter dan cashier so memang akan pi mik order dekat customer.

Setiap kali oppa ni mai saya akan senyum bahagia masa pi amik order dekat dia (masa tulis ni duk tersenyum jugak hahahahaha aduhai).

Mula mula dia macam pelik dengan saya dan malu malu tapi sekarang dia dah terbiasa dengan cara saya yang terlebih friendly.

Ok nak clarify satu benda saya tak friendly dengan customer Melayu sebab maaf cakap naa kalau ada yang terasa tapi lelaki melayu ni gatai gatai semua *okeh bukan semua laaa*

Tapi dengan customer Chinese and Indian saya cuba la ramah dengan depa bagi depa selesa and fikir kita tak racist.

Ok sambung balik kisah dengan oppa hitam manis ni, saya taktau nama dia even banyak kali dia datang sebab bukan sembang sangat pon.

Dia datang dengan geng geng dia ramai jugak tapi kadang berdua saja.

Pernah sekali dia datang sorang diri. Saya memang pikir “oh dia datang saja nak tengok aku ni”

HAHAHA sebabnya dia order air bungkus ja pastu dia balik pastu dia senyum senyum dekat saya. Hahahahaha tolong, saya angau masa ni.

Setiap kali dia datang dia minum ja selalu sebab biasanya dia datang lewat dalam pukul 11 macam tu. Kedai tutup pukul 11.30. So kejap ja dia lepak hmm.

Saya pernah cakap dekat dia, lepakla dulu jangan balik lagi. Haha, gigih lepastu dia senyum ja.

Saya rasa mesti dia perasan saya minat dia. Saya selalu fikir haa mesti tak pernah ada perempuan melayu buat first move dekat you kan haha.

Pernah dia datang lepas hampir 2 bulan saya tak nampak dia. Huhu kecewa jugak la.

Tapi bila nampak dia masuk kedai setelah sekian lama tu adoii hilang terus rasa kecewa. Saya terus senyum happy ya la nampak crush kan.

Dia pon senyum balik dekat saya tau, manisss uiii macam gula kehkeh.

Saya pon pi dekat meja dia lepastu saya tanya “kenapa lama tak datang hah?”

Lepastu tau dia jawab apa? “hang yang takdak.” Terus saya tersenyum dalam hati terkejut weh dia cakap hang dengan aku. Hahahahah tak sweet langsung.

And then saya cakap la “eh ada laaa”. Pastu dia kata “ok, takpa esok mai lain”.

Tengok tengok esok tu dia tak mai pon hampeh betul bagi fake hope.

Ada satu masa ni dia datang ramai ramai dengan kawan dia termasuk kawan kawan perempuan. So lambat sikit nak order.

Lepastu saya lalu dekat meja dia sambil pegang dulang sebab nak hantar air dekat meja customer lain,

Tiba tiba dia panggil saya kak, saya pon kalih tengok tengok eh dia yang panggil *erm awad panggil kak, argh boleh laaa janji dia yang panggil.

Lepastu dia tunjuk kertas order tanda dah siap order.

Saya boleh ja pi hantar air dulu kan tapi takkkk saya pilih untuk patah balik sebab dia panggil saya hahaha.

Air tu saya tinggal dekat meja lain haha sampai dia kata “eh pi hantar air dulu takpa”.

Tapi saya cakap “eh takpa takpa air tu tak penting”.

Lepastu dia tepuk dahi sambil gelak, hahaha. Aduhai saya malu la bila teringat balik kuek kuek.

Ok this is the best part, saya cerita pasal oppa tu dekat kawan saya. Dia bahagian bancuh air

And guess what dia cakap eh laki tu dia kerja dekat workshop ****.

Aku pernah pi isi angin tayar dekat kedai diaaa. Ya tuhan kok baru bilang kenapa sihhhh esok jugak aku nak pi haha.

So esok tu acah acah tayar takdak angin saya dengan muka tebalnya pi workshop tu (saya pemalu sebenarnya tapi saya cuba beranikan diri sebab saya memang teringin nak berkawan dengan dia huhu)

Lepastu aaaa nampak dia dalam kedai tu huhu rasa macam hepy tau macam jumpa artis. Dia terkejut bila nampak saya.

Saya pulak apa lagi acah acah terkejut jugak la haha. Siap buat action tutup mulut.

Lepastu saya cakap “eh kerja sini ka?”. Hahaha poyo kan.

Lepastu dia kata “ya la kerja sini, you apa mau?” oiyoo gengsternya oppa ni haha pastu saya cakap “nak bubuh angin tayar boleh?”

Dia kata boleh boleh, jappp. Dia pon boh angin pastu saya kata “eh jangan bagi penuh tau. Sikit jaaa”,

Dia tanya kenapa… saya kata “esok boleh mai lagi hehe. Esok baru buh bagi penuh nahh”.

Hahaha dia gelak dia kata aiyo la dia niiii macam macam hal.

Lepastu saya buat muka sedih sambil tanya “kenapa, takleh ka nak datang lagi?”

Lepastu dia cam eh takdak laaa boleh jaaa. Terus saya kata okayyyy sambil senyum lebar hahaha.

Ok penat la type, kalau nak part 2 bagitahu la.

Please doakan saya berjaya nak ngorat dia teringin nak buat tiktok yang lagu ‘Wo Men Bu Yi’ yang tu, haha chewah perasannya.

Ok bye thanks tau baca.

Reaksi Warganet

Ruhaiza Samsuddin –
Bukan nak kata apa la. Dulu masa sekolah suka tengok budak budak lelaki cina ni.

Lagi lagi yang mata sepet kulit putih. Siap ada crush kawan tuisyen lelaki cina, hehe.

Sekali dah beso.. nahhhh jodoh dengan encik arab maklong. Haha, dark but not so tall.

Tapi Allah bagi saya rezeki anak lelaki mata sepet, muka apek. Huhu

Azreen Shahrudin –
Goodluck dik naa. Umoq2 tera ni memang dia punya gedik tu lain maciam. Layan pi la, esok ni dah mai umoq 30an dah takdak dah rasa gedik tu, akan dirindui utk jadi gedik. Haha

Sementara boleh gedik, layankan saja. Tapi serius comeyy

Muhammad Asyraf –
Secara jujurnya, memang ramai Chinese minat dekat Melayu (atau vice versa).

Kalau kau ada ramai kawan cina, and kau borak borak dengan diorang, diorang memang suka / jatuh cinta dekat orang Melayu. Siap ada yang bersedia nak masuk Islam pun.

Aku sendiri pun masa zaman bujang ramai je cina minat dekat aku hoho.

Bila aku tanya kenapa orang cina suka dekat orang Melayu. Diorang jawab :

(1) orang Melayu baik

(2) orang Melayu handsome pada misai dan janggut

(3) orang Melayu penyayang nya lebih.

Aku tak tau la sejauh mana kebenaran jawapan ni. Tapi itulah feedback yang aku terima

Ros Saniy –
Hasben sis chinese, kenal dekat tempat keja. Memula kenal dia umur sis 19, dia 25..

Bercinta dengan laki chinese ni lain machiam.

Selain kena kental dengan gosip orang skeliling.. Ayat yang biasa kite akan dengar ialah, “dah macam takde laki melayu”.. So kena tahan la telinga kalau betul betul nak.

Lagi 1 opkos pasal perbezaan agama dan budaya. Kami sendiri pon amik masa yang lama baru dapat bersatu.

Kenal umur 19, kawin umur 29. 10 tahun buang masa sebab tunggu dia.

Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah bersatu juga dan dikurniakan 2 orang anak lelaki mix yang macam hero kpop.

Alhamdulillah.. penantian 1 penyiksaan tapi pernantian yang mmberi hasil sangat indah rasanya.

Sekarang dah hampir 10 tahun usia prkahwinan (kawin bulan 6 2013).

Apa yang sis buat dulu dulu supaya berjodoh dengan hasben adalah selalu berdoa supaya ada jodoh kami..

Dan yang paling besar, sis berterus terang dekat aruwah mak, minta restu mak dan suruh mak tolong doakan. Doa ibu kan sangat sangat mustajab.

So akhirnya ada jodah antara kami. Mungkin disebabkan berkatnya doa mak yang tak putus berdoa..

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *