‘Tak l̷awa mana pun..’ – Kongsi foto t̷anpa mak̷eup, isteri Remy jadi m̷angsa hin̷aan n̷etizen

Tahniah diucapkan kepada pelakon Remy Ishak kerana telah selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan hanya sekali lafaz.

Perkhabaran mengenai majlis itu yang dilakukan secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak terutamanya para wanita yang menyimpan hati terhadap pelakon pujaan ramai itu.

Malah, Remy sendiri sempat memohon maaf kepada kepada mereka yang patah hati di atas pernikahannya itu.

Walaupun majlis pernikahan itu berjalan lancar, namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Remy memilih Ezza sebagai isterinya yang sah.

Malah, mereka menjadikan rupa paras Ezza sebagai bahan hinaan di media sosial.

Tetapi masih ramai mereka di luar sana yang tidak bersetuju dengan kritikan dan kecaman yang telah diterima oleh isteri Remy Ishak itu dengan mengatakan bahawa Ezza mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga berjaya menambat hati pelakon kesayangan ramai itu.

Ezza juga dikatakan mempunyai kecantikan yang alami walaupun tidak memakai sebarang alat solek di wajahnya itu.

Rupa paras tidak harus dijadikan kayu ukur bagi memilih seseorang itu sebagai pasangan hidup kerana rupa paras yang cantik hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kebaikan hati kerana itu yang dapat menjamin bagaimana masa depan seseorang itu sendiri.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejol ini. Semoga bahtera perkahwinan yang didirikan ini kekal hingga ke akhir h4yat.

Kredit: wowberita

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini