Syed Amirul pergi jua, meningg4l dunia selepas l4nggar kerbau meIintas jalan

KUANTAN – Se0rang lagi m4ngsa kemal4ngan di Jalan Kampung Lamir – Kampung Ubai Pekan kelmarin, disahk4n meningg4l dunia di H0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

M4ngsa, Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman yang berasal dari Kampung Pulau Serai dekat sini dilap0rkan mengalami keced3raan serius pada bahagian kep4la aklbat daripada rempuh4n tersebut.

Kej4dian yang berlaku dalam sekeIip m4ta itu turut meng0rbankan se0rang lagi m4ngsa di l0kasi iaitu Muhammad Faisal Ramli dari Permatang Badak, Kuantan.

Dalam kej4dian jam 9.00 malam itu, Muhammad Faisal yang menunggang dari arah Pekan, tidak sempat mengelak kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba.

Selepas dilanggar, kerbau yang sama telah bangun dan melompat penghadang besi ke jalan di sebelah arah Kuantan ke Pekan. Dalam masa yang sama kerbau dilanggar pula oleh Syed Amirul Hidayat.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melalui Jalan Kuantan – Pekan terutamnya laluan Kampung Ubai dan Kampung Lamir, kerana banyak haiwan ternakan terutamanya kerbau sering berada di atas jalan pada waktu malam.

Sementara itu, NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa pihak kerajaan menggubal akta dan undang-undang bagi mendakwa pemilik yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di atas jalanraya hingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.

Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, sudah tiba masanya mereka ini dibawa ke muka pengadilan.

“Mereka gagal menyediakan kandang atau tempat tinggal untuk haiwan terbabit terutamanya pada waktu malam.

“Akibatnya, banyak dilihat haiwan seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya bebas berada di atas jalanraya.

“Jika haiwan seperti harimau, gajah, babi hutan dan sebagainya.. itu kita boleh kita sebagai haiwan liar dan tidak bertuan. Tapi macam kerbau, lembu dan kambing ini, ia adalah haiwan ternakan yang bertuan. Maka, bila berlaku kes kemalangan langgar haiwan terbabit, pemiliknya harua didakwa akibat cuai,” katanya.

Salam takziah untuk keluarga kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian ini. Al-Fatihah.

SUmber: K!online Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini