SubhanAllah, Insaf Dengan D0sa2 Silam, W4rga Ema$ Nekad Tinggal Di Perkub0ran Banyakkan Amalan

Insaf Dengan Dosa2 Silam, Warga Emas Nekad Tinggal Di Perkuburan Banyakkan Amalan
Baru-baru ini, media Indonesia dikejutkan dengan cerita seorang warga emas yang tinggal berseorangan di kawasan perkuburan.

Difahamkan lagi, warga emas bernama Abah Sarji itu nekad menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tanah perkuburan kerana ingin menebus dosa masa lampau.

Dia Ingin sentiasa mengingati mati

Ujarnya, dia ingin menebus segala dosa yang dilakukan ketika zaman muda dan mengingati mati. Tambahnya lagi, dia mahu bersendirian untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Pondok kecil yang didiami warga emas berusia 102 tahun itu diperbuat daripada buluh dan hanya berkeluasan 2×2 meter persegi. Selain itu, Abah turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan makhluk halus di kawasan itu.

“Mereka sering keluar dari dalam kubur terutamanya yang belum sampai seminggu. Orang kata itu adalah si mati yang tidak tenang di dalam kubur menyebabkan dia keluar dari kuburnya pada malam tertentu,” dakwanya.

Tinggal sendirian, anak & cucu kirimkan makanan

Apabila ditanya tentang makan dan minum, Abah menjelaskan ada yang mengirimkan makanan kepadanya termasuklah anak dan cucu. “Anak cucu datang dan kirimkan. Biasanya makanan atau pun rokok,” katanya.

Sejak Abah menetap di pondok kecil itu, dia sudah tidak memakai baju. Menurut salah seorang penduduk tempatan, Abah tinggal di situ meskipun masih mempunyai anak dan keluarga.

Namun begitu, isterinya dikatakan sudah tidak mampu berjalan dan mendengar oleh kerana faktor usia.

Sumber: Kompas.com (Rachmawati), Tribun News via borakdaily

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini