Subhanallah, Cant1k Sunggvh tulisan khat hasiI tangan Cikgu Izzuddin

ENGGAN mengharapkan simpati, Mohd Izzuddin Zainal, 33, yang disahkan menghidap penyakit knser Limfoma sejak April tahun lalu, mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital.

Kisah Mohd Izzuddin mendapat perhatian warganet selepas seorang rakannya berkongsi kisah ketabahannya di laman Facebook, mulai tular sejak semalam.

Pada masa ini, guru yang juga bapa kepada dua anak itu sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Isteri Mohd Izzuddin, Suzana Muhamad Tab, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu suaminya terpaksa bergantung kepada mesin oksigen sepanjang masa sejak September lalu dan pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 18 hari.

“Walaupun terlantar sak1t dan masih menerima rawatan, suami masih berusaha mencari rezeki dengan mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat menggunakan tangan kanan kerana tangan kiri jadi lemah akibat kesan rawatan biopsi dan radi0terapi.

“Kami bermula perniagaan kecil-kecilan membuat tag nama sebab saya menolak cadangan rakan suami untuk mewujudkan tabung bantuan.

“Faktor utama sebab kami nak kena ada pendapatan sokongan memandangkan cuti bergaji suami akan tamat Mac tahun depan, sedangkan perjalanan rawatan dan tempoh kuarantin masih panjang,” katanya.

Menurut Suzana, jualan ini dibuat bukan semata-mata mahu membeli mesin oksigen mudah alih, katil dan kerusi roda tetapi membeli ubat yang tidak ditanggung pihak hospital.

Setakat ini, mereka sudah membelanjakan lebih RM12,000 membeli ubatan ‘non formulary’ sejak September hingga Oktober lalu.

“Saya minta, kali ini kami nak berusaha dengan menjual barang. Rakan suami yang membantu mempromosi perniagaan kami sehingga jadi tular,” katanya.

Imbas kembali, kisah Mohd Izzuddin Zainal pernah menjadi muka depan ruangan Wanita Metro (WM), Harian Metro pada 26 September lalu.

Dalam laporan itu, Suzana berkongsi pengalaman menjaga suami yang disahkan mengidap knser Limfoma tahap empat pada April tahun lalu selepas hampir lima bulan menderita kesak1tan tanpa punca.

Sebuah posting yang dimuat naik di Facebook oleh Mira Jamal iaitu rakan kepada Budin, menyeru supaya orang ramai sudi membantu rakannya itu dengan membeli nametag khat tersebut.

Berikut merupakan posting yang dimuat naik oleh wanita tersebut.

Assalamualaikum gais,

Kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana…….

Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap Kanser dan InsyaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan). Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.

Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.

Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalag antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.

Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din. Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.

SUMBER: FACEBOOK MIRA JAMAL JAYKAY