Subhanaallah, Cuaca Pan4s Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi Jen4zah Beliau.

Allah Berikan Peluang Untuk Melihat KebesaranNYA. Bagi Balasan Kepada Hamba-Hamba Yang Beramal Soleh.

Bismillah, Pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, mendapat liputan meluas media perdana dan dikongsi warganet di laman sosial.

Apatah lagi pemergiaannya begitu baik sekali, meninggaI pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan.

Sementara itu, seorang individu bernama Ustaz Halim Din telah menceritakan pengalaman luar biasa, ketika menghadiri pengebvmiian almarrhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus. Berikut perkongsian beliau;

Belum Terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke penggkebvmian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi. Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang arwaah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi harini, bersaksi mata kepala sendiri.

Suasana redup dari awal pagi sehingga lah solat jenazah yang hanya dibenarkan ahli keluarga, untuk solatkan jenazah. Semasa di tanah perkubvran pula, matahari mula memancarkan teriknya..sehinggalah van jenazah tiba. Kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jenazah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jenazah diturunkan ke Iiang Iahad. Kedengaran tukang gali kubur meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi Iiang Iahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNYA. Bagi balasan kepada hamba2 yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNYA, berjuang diatas jalanNYA, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci..

Subhanallah.. tak henti2 mulut ini bertasbih memuji kebesaran sang pencipta. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaaaahuuakhbar!!

Berikut 10 mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus untuk pedoman semua. Dikumpulkan oleh : Zaim Zin.

1) “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, m4ti pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”

2) “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”

3) “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”

4) “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”

5) “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan ker3sahaan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”

6) “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”

7) “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”11) “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”

8) “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”

9) “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”

10) “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”

Akhir Kata. Semoga Pengakhiran kita juga baik, dan semoga kita akan tergolong dalam golongan yang soleh, Aamiin

SUmber: Detikkiniviral Via Kb

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini