“Suara abah tak sedap” – Yusof Alqardawi kr1tik nyanyian lagu raya abah sumb4ng

Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik popular iaitu Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida. Kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaaan amat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi berjaya sepertimana mereka.

Ramai sedia maklum bahawa Dato Aliff dan Datin Shahida ini mempunyai saluran youtube mereka sendiri dan sering dilihat berkongsi aktiviti mereka sekeluarga tidak kira dalam bidang perniagaan mahupun kehidupan peribadi mereka.

Selain itu juga, setelah menaja beberapa rancangan hiburan nyanyian, Dato Alif juga turut mempunyai beberapa lagu beliau sendiri kerana minat beliau yang mendalam terhadap nyanyian. Walaubagaimanapun minat beliau itu tidak mendapat sokongan daripada isterinya iaitu Datin Shahida.

Bila dilihat sebelum ini menerusi laman media sosial iaitu Instagram, Datin Shahida pernah memberikan sindiran terhadap suaminya itu menerusi caption yang mengatakan suaranya suaminya itu tidak boleh “pergi”.

Mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan. Setelah muncul dengan beberapa buah lagu pada tahun sebelum ini, Dato Aliff berkata beliau akan muncul dengan lagu raya terbaru pula selepas ini.

Bakal muncul dengan lagu raya baru esok, Dato Aliff mahu keluarga beliau menyokong beliau dengan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. Menerusi perkongsian video terkini di Instagram, Dato Aliff meminta isteri dan anak-anak menyanyi dan menari lagu raya baru beliau berjudul Lalala Raya.

Bagaimanapun di permulaan video anaknya Yusuf telah mengkritik nyanyian abahnya itu hingga membuatkan Dato Aliff naik angin dan memaarahi Yusuf.

Dato Aliff juga menunjukkan reaksi terkilan kerana keluarganya tidak menyokong beliau menjadi penyanyi.

Meluah perasaan di laman media sosial di Instagram, Dato Alif berkata di sebabkan beliau tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga, jadi beliau meletakkan harapan kepada para peminat dan penyokong beliau supaya memberikan sokongan terhadap lagu terbaru beliau itu.

Dato Aliff juga pernah berkata buat para pengikut yang memuji suaranya sedap bakal menerima wang sebagai duit raya seramai dua puluh orang.

Menjengah keruangan komen, Dato Aliff menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memberikan maklumbalas positif dan ada juga yang sebaliknya.

Namun mereka juga menegur tindakan Dato Alif yang memarahi Yusuf yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan mereka.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pun pudar. Kelihatan beliau lagi berusaha bersungguh-sungguh demi untuk mencapai hasratnya didalam bidang nyanyian.

Klip rakaman video yang telah dikongsikan oleh Dato Aliff juga penuh dengan rasa teruja menunjukkan beliau tidak sabar lagi untuk memperdengarkan lagu terbaru beliau. Apa-apa pun tahniah Dato Alif kerana muncul dengan lagu raya terbaru esok.

Sumber: ig Dato Alif Syukri/kdnews.site

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Klip rakaman

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.