Suami tiap2 bul̷an bg n̷afkah rm5k tp bila aku minta t̷ambahan 3k utk sekolah an̷ak, dia diamkan aje

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min, tolong hide fb aku. Ceritanya, aku kahwin duda anak dua dalam 5 tahun lepas. Aku sendiri pun janda anak dua, tapi dorang crerai bukan sebab aku, katanya laki aku lah. Aku dengan ex dia pun macamtu lah, tak pernah pulak kitorang bercakaar, bercakap pun jarang skali.

Laki aku ni sangat ambil berat pasal kebajikan anak2 dia, jangankan nafkah, rumah pun dia bagi kat ex dia.

Ex dia tak pernah keje selama diaorang kahwin, sekarang aku dengar dah kahwin baru dah. Hubungan aku ngan anak2 dia baik, dorang hormat aku sebagai isteri baru ayah dorang.

Anyway, so sebab laki aku ni kerja dia asik travel sini satu negara tu negara ni asik pindah randah, so aku tinggalkan anak2 aku ngan mak aku, sebab susah nak uruskan pindah sekolah apa semua since laki aku keje dia tak tetap satu tempat, even still ngan company sama.

Ex laki aku lesap tanpa khabar berita, satu sen pun tak pernah hulur. Aku dgn laki yg sekarang ni takde anak. Laki aku yang ni ok.

Aku susah nak keje sebab masalah bahasa kat negara orang kan, pelajaran pun takat spm je, so dialah yg support anak2 aku. Aku tak pernah ambik tahu brapa gaji dia sebulan.

Yang aku tau dia pengarah kat satu company oversea ni, so aku agak byk jugaklah, yg aku tau company siap bagi elaun rumah condo tiap kali kitorang kena pindah, kereta, travel elaun, international school anak2 dia pun company yg tanggung.

Bulan2 pulak laki aku bagi kat aku dlm 5k je mcam tu, so dgn duit tu lah aku bg kat mak aku dalam 2 ke 3k sebulan, travel, bercuti ngan anak2 ke, then baki aku pakai utk kegunaan aku sendiri.

Hal rumah bil2 semua brg2 dapur kereta semua dia sediakan utk aku cukup lengkap. Masalahnya bila anak2 aku masuk tingkatan satu tahun ni.

Aku cadang nak masuk kn diaorang kat international school juga, since aku jauh, susah nak pantau dorang, lagipun dorang nak sangat duduk asrama.

Aku tau private school ni mahal, tapi aku dah congak2 duit poket aku yg laki aku bg tu, then aku cuma nak dia tambah duit bulanan aku sikit je lg utk cukupkan.

Semalam bila aku suara kan niat aku, dia diam. Tak cakap apa2. Hari ni aku tnya lg, boleh ke tambahkan duit bulanan aku dlm 3k camtu, dia cakap nanti lah dia pikirkan.

Dia ckp dia plan nak bersara tahun depan, saving dia dah cukup, saving utk education anak2 pun dia dah plan smpai dorang abis university. Katanya dah penat keje travel sana sini.

Dia ckp kalau aku nak masukkan anak aku private school, maknanya dia kena keje lg lah setahun dua, takut tak cukup saving katanya.

Aku terasa gila bila dia cakap mcm tu, padahal dia punya lah spend kat anak2 dia barang mahal2, dia sendiri pun tiap2 tahun beli motor besar smpai garaj kitorang dah tak muat smpai nak kena jual motor yg umur tak smpai dua tahun pun dok ikutkan minat gila dia tu.

Of course dia slalu jgk belikan aku hadiah walaupun aku tak mitak, tp setiap kali aku nak belikn apa2 untuk anak2 aku sndiri aku tak pernah mintak dia, sebab aku sedar diri, dia tu sekadar bapak tiri je pun, bkn tanggungjawab dia nak kena sediakan semua tu, dia dah sanggup nak bela pun dah cukup baik.

Korang rasa kalau korang kat tempat aku, apa korang buat? Aku malu nak paksa2 dia, tp aku jugak teringin nak bagi yang terbaik untuk anak2 aku.

Aku sungguh2 mintak pendapat korang dalam hal ni. Janganlah kecaam aku please. Terima kasih semua.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum untuk semua pembaca di sini. Ini adalah kali pertama aku confess di sini, yang sebelum ini hanyalah sekadar silent reader sahaja.

Aku berusia 40 an, mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah menjejak kaki ke universiti. Aku telah berkahwin selama 20 tahun. Iya, 20 tahun, lama bukan.

Berkahwin dengan pilihan hati, walaupun tidak disukai ibu pada awalnya. Aku seorang wanita berkerjaya, bergaji agak lumayan manakala suami bekerja swasta dengan gaji yang biasa2 sahaja.

Suamiku seorang yang family man, tidak tinggal solat, selalu ke surau berjemaah dan dari segi luarannya he is perfect man dan selalu dicemburui kawan2 ku, yang mengatakan beruntungnya aku mendapat suami seperti dia.

Iya ke sangat beruntung, tetapi beruntung dimata orang inilah yang menyebabkan aku makan hati, berendam air mata dan bermonolog dalam duka.

Dia seorang yang tidak rajin mencari nafkah. Dengan gaji yang kecik, hampir 90% terletak dibahu aku. Rumah, kereta dua buah dan tanah semuanya atas usaha aku. Semua aku yang bayar.

Perkakas rumah semuanya daripada aku, hasil gaji aku. Dia bolehlah beli paip air yang rosak. Kalau pergi bercuti, 90% aku yang tanggung, daripada duit minyak, hotel dan makan. Semua aku. Bercuti pun atas usaha aku demi anak2 yang bosan duduk di rumah.

Bila aku mintak dia cari duit luar, aku tahu sebab dia mampu, tapi itu jadi punca perbalahan kami. Sehingga berhari hari tidak bercakap.

Daripada tahun pertama berkahwin sampai 20 tahun, inilah yang aku tanggung. Sehingga kerja dia yang bertangguh dengan orang aku yang kena selesaikan beribu-ribu ringgit, demi maruah.

Hutang dengan orang pun banyak. Hutang dengan aku belas-belas ribu. Tunggu dapat gaji nak bayar. Belas tahun dah aku dengar ayat ni. Bila nak bayar, sebab gaji kecik.

Baju raya aku dah belas tahun tak bagi. Pakaian lain lagi lah tak. Aku yang selalu beli baju baju dia, tanpa ada terima kasih. Dia benar-benar zon selesa. Selesa sangat.

Dia tak kisah sangat kalau duit takda samada untuk dia atau anak-anak. Tak kisah langsung, sebab baginya aku ada.

Kadang-kadang aku menangis sendiri. Dia tak pernah Tanya samada aku cukup duit atau tak. Tak pernah sekalipun. Nafkah aku??? RM50 sebulan pun tak dapat.

Dahlah buat kerja semua benda lambat. Balik dari pejabat main game depan tv. Lepas isyak sambung game lagi sambil tengok tv. Kadang sampai jam 11 atau 12 malam.

Bila aku nak duduk dan berbincang, dia bangun. Aku pegang tangan dia, dia mintak lepaskan. Nak bincang dalam bilik tidur, dia kata penat. Jadi, di manakah nilai aku sebagai isteri pada dia. Nak gurau senda memang taklah. Dulu dulu je ada.

Akhir-akhir ni, aku semakin tawar hati. Tawar sangat-sangat. Aku dah fed up dengan perkahwinan toksik ini.

Selepas lama memendam luuka yang tidak sembuh sembuh ini, aku nekad mintak untuk dilepaskan. Aku beritahu kepadanya supaya lepaskan aku dalam keadaan baik. Jangan siksa aku dengan perkara yang aku tak mampu menanggungnya lagi.

Aku ingin lepas dari dosa dalam rumahtangga ini. Aku tak mampu lagi hadapnya. Aku ingin bahagia di hujung usia ini. Aku sungguh tidak mampu.

Betapa berdosanya aku, tidak melayannya sebagai suami, lantaran saakit dijiwa yang kian hari kian parrah. Sedih dan terluuka dengan sikapnya yang tidak mahu berubah.

Dia merayu aku agar fikir anak-anak. Aku kata, jangan jadikan alasan anak untuk kita kekal dalam perkahwinan ini. Aku akan berterus terang dengan anak-anak sebab mereka dah semakin dewasa dan mereka berhak tahu keadaan ibu dan ayah mereka.

Aku sudah tidak boleh terus berpura-pura, menanggung beban kewangan yang tidak sedikit. Dia Tanya aku, apa syarat yang aku nak untuk dia beroleh semula cinta aku. Aku kata, tidak ada apa-apa syarat, aku nak dia lepaskan aku secara baik. Itu sahaja.

Aku telah berhubung dengan peguam aku untuk aku failkan percraian ini. Habis sahaja pkp, peguam aku akan proceed semua ni dan akan buat surat serahan kepadanya. Aku redha.

Perkahwinan ini ada tempoh masa, sama ada berpisah dengan ajal atau berpisah dengan lafaz. Daripada aku menanggung derita yang tidak sudah ini, biarlah aku berlepas diri.

Dulu aku fikir, lelaki yang baik dan tidak tinggal solat adalah baik sebagai suami. Tapi ternyata aku silap. Itu tanggungjawabnya dengan Allah, tapi diabaikan tanggungjawab sebagai suami.

Aku juga bukan buat keputusan terburu-buru, lama aku berfikir, bermunajat dikeheningan malam dan mohon petunjuk dari Allah.

Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk aku serta untuk dia juga. Percraian ini adalah diharuskan sekiranya ia tidak lagi menjadi syurga untuk kita sebagai isteri. Jangan lihat isu percraian sebagai semuanya negatif. Ada orang yang bercrai tapi tetap bahagia.

Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga. Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerrai itu jalan penyelesaian terbaik.

Jangan kerana sebab anak-anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerrai.

Andai kata segala usaha telah dilakukan, maka bercerrailah. Jangan lihat percerraian itu negatif belaka. Ingat dan sedarilah, walaupun bercerrai tapi tetap ada bahagianya juga.

Percerraian juga ada positifnya, ia sebagai satu jalan keluar. Bagi yang bercerrai anda masih boleh melalui kehidupan dengan bahagia.

Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan anda bahagia dan tidak semestinya orang yang bercerrai akan derita. Bahagia dan derita letaknya dihati. Kita boleh pilih nak rasa yang mana.

Allah berikan panas terik, rupanya ada teduh yang menanti, Allah berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah dengan tiap takdir Nya.

Ramai terkesan dgn perkongsian KISAH PERTAMA, apa reaksi warganet

Kathi Zazar, kufur nikmat. Mana ayah kandung ank awak? dah dpt somi yg baik mcm ni pon. Persaan tamak haloba awak xckp2. ank kandung dia, suka hati dia la nk spent banyak mana.

Awak xde ank pon lg dgn dia kan. Moga awak mmg xkan ada ank ngn dia forever. Takut lg paarah tamak awak tu.

Aishah Ahmad, Income banyak2 dh protect ke belum kak? Sbb risau kot jadi apa2 kt suami akk yg baik tu jgn ckp international school..

Takut nk gi school biasa pun susah nanti. Bersyukurlah dgn apa yg ada. Kalau ada lebih ketepikan utk buat hibah/perancangan masa depan.

Sbb nampak gaya cerita suami puan pandai merancang kewangan..Risau puan dpt banyak2 tu puan x secure utk diri sdri pun susah nanti.

Tam Mar, Berdoa selalu agar Allah kurniakan Rasa cukup kat sis ye.. berdoa jgk Allah kurniakan Rasa malu dlm diri sis..anak² sis tu bukan anak² suami sis..tlg Rasa malu utk mntk topup lg 3k..biar dia bagi tanpa sis mintak..

jgn dok buat muka x malu nk mintak..jgn suatu Hari nnt suami sis Rasa terbeban dgn sis ank beranak.. at last,dia mungkin akan ajak sis g mahkamah utk lafaz cerrai lbh² lagi sis xde zuriat dgn dia.. beringat lah sis..x pasal² sis jadi janda buat kali ke2

Misha Arifin, Sekolah biasa cukup la….tu ank dia…dia nk skolah mahal lantak la…awak tu kena sedor diri wahai tt….dia bagi awak da ckup bnyk…pastu awak bagi plak mak awak 2k bln2 itu dah org kayangan tau…

.cermin diri dan ukur baju kt badan sendiri tt….kena tau beesyukur ye .. dpt suami kaya…harap x suami dlu ntah kemana…ingat la jgn nk mewah sgt….good luck..

Mak Leha, Dah 5k tu tak cukup lagi ke. Dah dia bantu anak tiei bersyukurlah, apa di kejar international school tu. Sek biasa pun sama je pucuk pangkal anak2tu yg nak berusaha sungguh2. Anak tt tggjwb x suami bukan suami skg, bersyukurlah dia tetap beri bantuan.

Hal dia dgn hobby dan belanja utk anak dia tu tgg jwb wajib dia apatah lagi dia mampu. Jgnlah tt nak irihati. Kesian dia dah plan nak bersara dek kerana nak cukupkan anak tiri kena terus berkerja.

Ijal Razali, Anak puan yang lama mintak kat suami lama duit….suami baru dah bagi 5k bsyukur….jgn kaduk naik junjung… nanti menjanda lg puan ,pas2 tu tpaksa Keja kilang basic 1200…masa tu bra putus pun cari tali rafia buat sambung..

Zubaidah Ahmad, Ya allah….trgamak nya kau dik buat suami mcm tu…dh dia bagi rm5k tu dh cukup sngat2 dh..dh boleh simpan dh bagi saya.

kami nie suami bagi rm500 je bulan nie pun kami dh bsyukor….asal kan cukup untuk kprluan anak2 alhamdulillah bagi kami.

Nur Zara, ni mmg nk soh org kecaam ….. mengada kau ni … xtau syukur …. ank kau n ex laki ko kan …. sptt nya korang berdua lh yg usaha nk masuk sekolah stendet tu ar.

rasa nya awk kene ubah sikap penjdi seorang yg bersyukur …. berjimat … n fikir masa depan sebelum kene tendang oleh laki ni …. beringat lah yer.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit: informasiviral