Suami macam belum putus susu. Diam2 buat rumah dekat rumah mertua. Aku terkedu. Cepat2 aku order Grab

 #Foto sekadar hiasan

Suamiku Anak Emak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Terima kasih admin jika sudi siarkan kisah aku.

Aku insan tersakiti, rasa sampai tahap nak bercerrai tapi aku tahu aku tak mampu sebab aku hanya seorang suri rumah.

Suami aku ni baik, tanggungjawab dia memang cukup dia bagi kat aku anak beranak. Nafkah makan minum zahir batin semua cukup.

Cuma satu, suami aku terlalu “anak emak”.

Dia punya “anak emak” ni sampai tahap, apa apa saje perabot atau barang barang nak beli dekat rumah sewa aku ni, suami aku akan call bagitau mak dia.

Dan mak dia memang agak jenis penjimat. Memang biasa mak dia tak bagi dia nak beli apa apa dengan alasan membazir. So dia takkan beli ye.

Aku ni anak dah 3, naik kereta kancil. Kalau aku duduk seat passenger dekat depan, nak menyusu baby memang sempit.

Suami aku ni kakitangan kerajaan. Aku dan suami dah plan nak upgrade kereta besar sikit sebab memang suami aku mampu.

Semua dah plan ye, tapi suami aku pergi bagitau mak dia. Memang mak dia menentang habis habisan.

Mak dia kata kereta kancil elok lagi, lagipun Alia tak kerja, guna je la kereta tu dulu. Suami aku pun menurut je kata kata mak dia.

Terkilan sungguh aku, sebab yang naik kereta tu aku. Bukan mak dia.

Lepas balik rumah, aku mengamuk ngamuk tapi still suami aku nekad tak nak tukar kereta lain sebab mak dia tak izin.

Terkilan aku, sakit tu sampai harini. Tiap kali kalau beraya naik kereta kancil tu, kadang kadang ada saudara sebelah suami tegur beli la kereta lain anak dah ramai tua.

Mak mertua aku cepat cepat bagitau,

“Macam mana nak beli kereta, Aiman tak mampu. Lainla kalau si Alia tu kerja”.

Aku ingat lagi dulu masa aku pregnant anak nombor 2, masa tu bulan puasa. Kebetulan aku berpuasa dekat rumah mertua.

Masa tu aku teringin sangat nak minum air soya. Aku suruh suami aku belikan dekat bazar.

Dan suami aku yang sejenis anak emak tu, dia bagitau mak dia, dia nak pergi bazar nak belikan air soya untuk aku.

Mak dia terus membebel, mak dia kata menyusahkan anak dia bulan bulan puasa ni, satu lagi membazir baik buat sendiri.

Ya Allah, RM2 je pun sebungkus. Aku memang menangis dalam bilik. Tapi suami aku biarkan je aku. Dia tengok tv kat ruang tamu, tanpa hiraukan aku.

Dulu mula mula kawin, suami aku ada juga “turut” permintaan aku. Tapi sekarang tak lagi, dia lebih utamakan mak dia.

Dia sekarang selalu balik rumah mak dia sorang sorang. Bila balik semula selalu termenung, dah makin kurang bercakap dengan aku.

Haritu aku check whatsapp suami aku, aku terbaca conversation suami aku dan mak dia.

Mak dia ada sebut “kalau kau kawin dengan Milah (nurse gaji RM10k) dulu mesti senang hidup kau.

Milah dah beli rumah besar dekat hujung kampung tu. Nanti dia nak tukar ke Malaysia, dia nak duduk la situ”.

Aku dah macam what? Apa masalah mak suami aku sebenarnya ni. Tujuan apa ungkit benda lama, nak suruh suami aku menyesal kawin dengan aku ke?

Dah tu kalau suami aku mnyesal apa kelebihannya?

Banyak lagi sebenarnya yang buat aku terasa tapi tak terluah. Mak dia memang tak suka aku pun sebab aku tak kerja, membebankan anak dia.

Suami aku pun, kalau tiap kali kami bergaduh, dia selalu sebut aku ni bebankan dia sebab aku tak kerja.

Kalau la hati aku ni boleh di x-ray, rasanya da hancur lebur. Luka lama luka baru parut semua ada akibat perbuatan suami aku dan mertua aku.

Baru baru ni suami aku ajak aku pergi rumah mertua. Aku dah memang jarang pergi rumah mertua sekarang sebab aku tak anak sakitkan hati aku.

Masa tu aku baru sampai, aku nampak rumah yang masih dalam proses pembinaan dekat belakang rumah mak mertua aku tu.

Aku tanya la suami aku rumah siapa tu? Suami aku kata tu rumah kita. Aku terpinga pinga. Kenapa aku tak tahu apa apa? Suami aku takde bincang atau cakap apa apa dengan aku pun.

Sebab kalau ikutkan perancangan, suami aku nak beli rumah yang dah siap tau dekat taman perumahan berdekatan dengan tempat kerja dia.

Masa tu terus mertua aku menyampuk.

“Mak yang suruh Aiman buat rumah dekat sini. Murah sikit. Buat je la rumah simple simple rumah kampung kecik pun.

Asalkan ada tempat berteduh. Daripada menyewa membazir je. Nak tunggu beli rumah lambat lagi, buat je la kat sini.”

Masa tu Allah je tahu berkecai hati aku. Ya Allah aku dah plan dengan suami, dah kira bajet semua. Kenapa tiba tiba suami aku ikut cakap mak dia.

Rumah impian aku, aku dah plan nak kabinet macamana, interior design macamana. Kenapa abang, kenapa?

Aku masuk tengok rumah yang tengah buat tu, terus keluar air mata aku. Rumah petak kosong, terus dapur kecik.

Mertua aku kata tak payah table top kabinet, membazir. Anak kecik buat simple dah lah. Nanti tua tua baru besarkan rumah, besarkan dapur.

Dan ya, mertua aku juga turut selitkan,

“Lainla kalau Alia kerja. Boleh la nak buat cantik cantik. Alia tak kerja, buat rumah seadanya je la..”

Aku mintak diri, aku masuk bilik terus nangis. Aku call grab, aku balik rumah aku dengan anak anak. Aku kemas kemas pakaian nak balik rumah mak aku.

Suami aku ikut aku balik rumah sewa kami, tapi bukan dia nak pujuk aku. Dia salahkan aku sebab beremosi depan mak dia.

Dia juga kata apa salahnya buat rumah kecik macamtu, lagi jimat. Dia kata betulla apa yang mak dia kata, tua tua nanti besarkan la rumah tu.

Aku macam tak percaya kata kata tu keluar dari mulut suami aku. Suami aku macam dah kena mandrem dengan mak dia sndiri. Semua kata mak dia, dia turut.

Untuk pengetahuan semua, suami aku ada 6 beradik dan dia anak nombor 3, masih ada lagi adik beradik lain, tapi dia sorang je yang anak mak macam tu.

Dulu suami aku tak macam tu, dulu kami selalu berbincang bercakap pasal perancangan masa depan kami.

Sekarang tak, dia banyak plan masa depan kami dengan mak dia. Aku macam tak wujud, tak penting.

Allah je tahu bertapa aku terasa dengan suami aku. Aku tawar hati dekat suami aku, demi Allah. Kadang kadang datang perasaan menyesal kawin dengan suami aku.

Aku masa bujang dulu, ramai je yang suka aku. Tapi biasala, bila terlalu banyak pilihan, kita akan “terpilih” yang bukan bukan.

Aku tak tahu macam mana sekarang. Aku sedang giat mencari kerja yang gaji berbaloi untuk aku tinggal anak anak aku kat pengasuh.

Aku harap bila aku dah kerja dah senang nanti, aku dapat bawa anak anak aku pergi dari suami aku yang anak emak tu.

Orang macam tu seeloknya selalu diketiak emak. Belum putus susu mungkin.

Reaksi Warganet

Balqis Qis –
Untuk bakal bakal mak mertua yang takut duit anak kesayangan dia habis untuk anak bini, lain kali jangan bagi anak menikah

Suruh ja anak tu duduk diam diam celah ketiak hitam tu sampai mti.

Wan Munira –
Lemah anak lelakinya. Nak mengharap duit isteri ke apa ni. Entah entah kalau kawin dengan nurse tu si nurse tu pulak buat confession stress kena tanggung hutang suami dan mak mertua

Liyana Jasmi –
1 je solution dia dekat sini. Kena ada “duit” to earn the respect from your MIL.

Stop tambah anak tapi tambah duit. Buktikan sis boleh jadi lebih baik.

Nak cari kerja jangan demand sangat sebab sis kena start from zero. Bekerja + nak uruskan rumahtangga sangat tough. Sila prepare fizikal dan mental ya sis.

Isi la permohonan jawatan kerajaan sekali. Kod rezeki sis dapat keje gomen juga. Lagi lah MIL sis sanjung.

Sekian my 2 cent.

Adra Safieya –
Selalu mak macam ni ayat ayat “zikir” harian dia mesti,

“kamu dengan bini kamu tu kalau bercerrai, terus jadi orang luar. Dah berdosa sebumbung dengan dia. Tapi mak dengan kamu walau macam mana pun tetap hubungan tak akan terpisah”.

Tak kata completely salah ayat ni, tapi mak mak jenis ni penunggang agama suka guna ayat ayat gini dan buat anak menantu bergaduh dan bercerrai berai.

Jadi batu api, tapi dia alaskan kata kata dan perbuatan zalim dia pada menantu/cucu cucu dengan ayat ayat agama.

Dia rasa la diri dia paling suci yang confirm ke syurga hakiki. Kebanyakanya wanita tua (ada juga muda tapi banyak yang dah tua) toksik sungguh dengan wanita wanita lain. Buktinya, Karen.

Atiq Azhar –
Lelaki kena faham erti tanggungjawab dan bebanan. Sampai hati cakap isteri beban.

Kalaulah dapat sang suami rasa bagaimana mengandung dan melahirkan zuriatnya baru boleh fikir kot.

Sebelum kahwin gatal, lepas kahwin semua beban. Mana nak datang keberkatan dlm rumahtangga jika abaikan perasaan pasangan, pendapat pasangan.

Ibu perlu dihormati, isteri perlu difahami. Nampak sangat jenis tak bijak tak pandai nak bina keluarga sendiri.

Mak kita dah lalui zaman dia yang tentunya sangat berbeza dengan zaman kita sekarang.

Ambil nasihat dan timbang tara yg terbaik. Bukan bijak sangat hingga abaikan hak isteri. Rumah dah siap nanti duduk dekat lagilah banyak makan hati.

Quzan Nur –
1) mak mertua (kebanyakan) nya memang tak suka menantu surirumah. Dia rasa menyusahkan anak dia.

2) Suami yang berkira, selalu nya tak kan berbincang dan ambil kira buah pandangan isteri yang tak berduit, sebab dia pikir; apa apa nak buat pun duit dia yang kena guna, buat apa tanya pendapat isteri.

3) Bekerjaya atau surirumah, pastikan ada duit, simpanan, emas, dan lain lain yang sewaktu, baru hidup tak dipijak orang.

Buat tt, cari pendapatan sendiri dan bina bahagia sendiri. InsyaAllah, ada jalan nya. Amin

Sumber – Tersakiti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *