#Foto sekadar hiasan
Mak Anak Tiga
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Kali pertama saya menulis di sini.
Sekadar nak berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal yang mempunyai 3 anak. Bagaimana saya melalui proses pencerraian dan naik turun Mahkamah untuk hak jagaan dan nafkah anak saya.
Okay, bekas suami saya namanya Bahenol. Panggil ajalah Bahe. Kami kenal tak lama pun, saya masuk kerja di tempat baru kemudian berkenalan dengan beliau.
Dalam masa 2 bulan, kami buat keputusan nak berkahwin. Konon, nak bercinta selepas bernikah.
Oh lupa nak beritahu yang Bahe ni duda. Maksudnya, ini perkahwinan kedua beliau. Perkahwinan pertama tiada anak jadi segalanya berjalan lancar dan baik.
Awal awallah lagi kan. Hahaha.
Awal perkahwinan, macam macam juga ujian tapi kami boleh lalui bersama. Yelah, baru nak kenal hati budi masing masing pun ada ego.
Lepastu, Bahe nie sejenis mulut tak tapis. Tahlah katanya orang Melaka memang mulut pedas tapi hati baik. Ye ke? Tahlah.
Tapi, keluarga Bahe, Alhamdulillah baik sangat sangat. Lagi lagi aruwah mak mentua saya. Memang penyayang dan baik hati sangat.
Sayangkan saya macam anaknya. Aruwah sempatlah jaga saya masa dalam pantang untuk anak pertama dan anak kedua.
Cucu ketiga je, masatu aruwah dah pulang ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah.
Okay, masa tahun perkahwinan kami masuk tahun keempat, saya dah mula tawar hati.
Saya sejenis memendam. Kalau saya cakap banyak kali tak jalan jalan mulalah saya pendam hinggakan saya dah terbiasa.
Bahe nie pulak hobinya suka memancing setiap masa. Saya penat. Sebab bila saya dan anak anak asyik ditinggalkan.
Lepastu kalau anak sakit semua saya buat sendiri. Bayangkanlah, kalau Bahe pergi memancing, dia guna kereta.
Saya kalau nak beli barang saya kena berjalan kaki jauh jauh ataupun kalau anak tiba tiba sakit, saya kena naik grab. Tak ke menyusahkan saya.
Itu belum lagi, kalau bab suruh buang sampah, kena sampai 3 plastik sampah pun tak buang.
Saya yang perut memboyot boyot sebab masatu saya mengandung anak ketiga, bawaklah dengan 2 anak lagi dengan pegang plastik yang berisi sampah, bawak turun buang ke bawah.
Sedih taw rasa macam takde laki. Hujung hujung telan sendiri rasa perit payau sedih tu.
Selepas bersalin anak ketiga, memang saya dah cakap saya nak failkan pencerraian, Bahe pun tahu
Dia berubahlah sekejap dan saya pun tak jadilah nak failkan sebab anak masih kecil kan.
Masanie saya selalu fikir, “Kesian anak anak nanti takde ayah”.
Lepastu keluarga saya pun suruh berfikir banyak kali dengan kata nanti susah nak hidup bila dah bercerrai, stigma orang menilai lagi.
Hmm macam macamlah.
Saya bekerja juga. Tapi, gaji saya jadi sikit sebab saya buat pinjaman peribadi yang Bahe suruh. Tulah sebab niat hati nak tolong nak bantu suami, sayang suami lah kan. Last last kita yang sakit.
Barangan dapur, barangan anak pun semua saya yang uruskan. Bahe cuma uruskan bayar sewa rumah je selebihnya duit dia pada hobi dia, mancing, mancing dan mancing. Hurmmm.
Kemuncaknya, saya dah meletus sebab saya tak tahan bilamana anak saya sakit, saya sakit tapi Bahe utamakan kawannya yang takde kenderaan nak balik.
Katanya, kawan dia susah. Saya siap cakap, “Kalau nak tolong kawan jangan sampai anak bini diketepikan.”
Tapi, masatu Bahe tetap buat tak peduli. Saya ambil grab, bawak 3 anak saya pergi klinik.
Masanie takde tangisan dah, saya cakap “Cukuplah. Saya dah taknak teruskan.”
Akhirnya, saya dan Bahe bergaduh teruk. Saya dihalau keluar dengan anak anak tengah tengah malam. Takde bawak apa apa pun, sehelai sepinggang keluar.
Saya ambil grab pergi ke rumah keluarga saya. Mujur keluarga saya dah faham situasi saya.
Mengamuk jugaklah ahli keluarga saya tapi Bahe boleh kata, “Ambiklah dia, saya dah taknak jaga dia.”
Senang kan.
Mula mula saya taktahu nak buat apa. Kakak suruh saya pergi kaunseling dekat Pejabat Agama.
Tapi, saya kata saya taknak dah kaunseling kaunseling ni semua. Saya nak terus bercerrai aja.
Kakak marah saya, dia kata, “Ingat orang suka kau jadi janda, tak pikir anak anak ke?”
Again. Saya naik marah bila kata “Tak pikir anak anak ke?” Sebab saya fikirkan anak anak sayalah saya buat keputusan begitu.
Sebab saya taknak anak saya membesar dalam keadaan persekitaran toksik dan beracun seperti yang saya alami.
Akhirnya, saya gagahkan diri ke Mahkamah seorang diri. Saya tanyalah pada Pegawai di sana, apa saya perlu buat sebenarnya.
Pegawai tu siap cakap pada saya, “Kalau Puan nak kaunseling dahulu, kita akan rujukkan Puan ke Pejabat Agama, tapi kalau Puan nak teruskan bercerrai, Puan ambil dokumen dan isikan semua.”
Nah. Tak perlu kaunseling. Apa lagi, saya kata saya nak teruskan pencerraian, saya tak nak kaunseling kaunseling dah.
Pegawai itupun ajarkan saya bagaimana nak buat tuntutan. Siap kata, buat sekali untuk anak iaitu hak jagaan anak dan nafkah anak. Biar berjalan serentak walaupun tak sama Mahkamah sebab prosesnya berlainan.
Saya ikut kata beliau.
Betul. Memang prosesnya lama. Untuk kes cerrai memakan masa 7 bulan sahaja. Tetapi, untuk kes hak jagaan anak dan nafkah anak memang lama. Dua tahun jugalah saya naik turun Mahkamah untuk kes anak saya ini.
Dalam tempoh 2 tahun kes anak berjalan, belum lagi dengan drama drama yang saya hadap. Drama diserang di pejabatlah.
Bahe marah marah dan maki saya sebab saya tukarkan anak ke tadika lain. Saya beritahu memang saya tukarkan anak ke tadika lain yang berdekatan dengan pejabat saya.
Dia marah sebab bila dia nak ambil anak, pihak tadika tak bagi sebab saya yang suruh. Memanglah, dah masatu dia selalu ugut nak larikan anak anak dari saya.
Aje saya tak trauma? Saya bukan halang dia dari jumpa anak anak cuma saya tak suka bila diugut. Hari hari Bahe ugut begitu, sampai saya blok beliau di WhatsApp sebab saya tak tahan.
Bila ada bicara di Mahkamah, Bahe tak nak hadir. Alasan beliau, kalau dia tak hadir, kes akan tergantung. Saya pun ingat begitu.
Tapi, untuk kes anak, saya memang ada Peguam. Peguam saya terangkan, bahawa kalau Bahe takde pun, kita still boleh teruskan, maka lega hati saya mendengarnya.
Oh, masa kes anak, saya gunakan khidmat Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Ini saya tahu pun sebab Pegawai Mahkamah yang berikan alamat suruh saya rujuk ke sana untuk bantuan guaman.
Saya pergi sendiri ke sana, saya tanya apa yang perlu saya lakukan, Alhamdulillah pihak JBG pun menerangkan dengan sebaiknya.
Lepas itu, bila JBG kata, pihak mereka akan bawa kes hak jagaan anak dan nafkah anak sehingga selesai, saya bersyukur sangat.
Masanie saya kena lagi dengan Bahe.
Dia hamun saya, kata saya nie mampu nak ambil Peguam, nanti saya yang akan menang.
Hahaha walhal Bahe pun tahu gaji saya tinggal RM500 sahaja sebab dah banyak potong untuk pinjaman yang saya buatkan untuk dia. Celah manalah saya mampu nak bayar Peguam.
Saya dapat JBG itupun, segala kos adalah percuma sebab saya menepati kelayakan yang JBG syaratkan. Macam macam saya lalui masa proses dokumentasi dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya berjuang menuntut hak anak anak saya.
Bilamana keputusan Mahkamah dibacakan, sujud syukur padaMU, Allah. Ketiga tiga anak diletakkan di bawah jagaan saya.
Nafkah pula Mahkamah menetapkan dengan amaun yang munasabah dan melalui potongan gaji jadi Bahe tiada alasan nak berdolak dalik lagi. Alhamdulillah.
Sekarang, saya bahagia dengan ketiga tiga anak saya. Anak saya yang sulung dah darjah 3, manakala adiknya baru darjah 1 dan yang bongsu di taska.
Syukur saya pada Allah kerana anak anak saya memahami saya yang menjaga mereka dan sentiasa sayangkan saya.
Manakala Bahe tetap dengan dunianya dan hobinya.
Pergilah, kerana kami tidak akan menganggu dan menghalang aktivitinya lagi.
Percayalah di setiap kepenatan kita, bertungkus lumus mempertahankan hak anak anak kita, di akhirnya pasti akan ada sinar.
Allah ada dan Allah tahu. Hugssss!
Saya seorang ibu tunggal yang tak putus asa dalam mempertahankan hak anak anak saya.
#makanaktiga
Reaksi Warganet
Rainbow Sunshine –
Lelaki yang paling dayus bila sanggup halau keluar anak isteri sehelai sepinggang di tengah malam..
Kisah hitam ini semoga akan bertukar cahaya indah di masa depan.
Aini Mohamad –
Saya respek puan sebab berani bertindak.
Ramai isteri isteri di luar sana (bagi yang menderita), tidak berani bertindak, takut untuk keluar dari kepompong suami. Takutkan kehidupan sebagai janda dan ibu tunggal.
Berkahwin itu sunnah. Dan bercerrai juga sunnah sebenarnya, dibenarkan.
Jika lebih mudarat. Bertindak lah.
Rene Harlene Rahman –
Kenapa banyak jantan takguna macam ni. Apa la yang diorg fikir dalam kepala otak masing masing.
Menjawap la di akhirat kelak atas setiap penganiayaan yang diorg buat kepada bekas isteri dan anak anak.
Esok esok dah tua sakit jangan sibuk mencari anak anak yang dah berjaya.
Buat TT.. tahniah sebab buat tindakan yang sangat tepat. Semoga Allah permudahakn perjalanan hidup TT dan anak anak.
Love and hugs buat TT.
Miftar Al Khayr –
Selain Allah, hanya yang sama waktu dengannya aje yang faham. Orang lain? Hmmmmm… ibu tunggal selalu jadi bahan stigma masyarakat yang kononnya faham.
Maka kebergantungan pada Allah sangat perlu supaya hati tak kecewa dengan orang orang yang anggap single mom ni macam toyol tak bertuan. Sesiapa sahaja ada direct access, sesiapa sahaja boleh ganggu. Pinjam pun liat nak bayar.
Semoga awak bahagia dan tabah
Yanie Hashim –
Big hugs to you sis. Fight for your right.
Tahu masa bila perlu keluar dari toxic marriage. You did a good job as a mother and most importantly to yourself.
Tak semua orang berani macam you untuk sediakan healthy environment untuk anak anak.
Ramai pilih bertahan “demi anak” tapi tak sedar sebenarnya keadaan macam tu lagi tak elok untuk emosi anak anak.
Sumber – Rupa (Bukan nama sebenar) via IIUMC