Suami dah ‘ditanda’ mertua. Masakan aku, suami tak sentuh. Berbulan jadi ‘bisu’. Duit gaji, habis di bagi pada mertua

 Foto sekadar hiasan

Ujian Ibu Mentua

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua. Moga admin siarkan confession ini.

Sekadar bercerita pengalaman hidup dengan korang semua. Harap ada yang sudi membaca dan memberi kata kata semangat..

Saya Siti, sudah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai tiga orang anak (2 lelaki dan seorang perempuan).

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dengan suami dan tiada halangan dari pihak ibu mertua.

FYI, ibu mertua single mother dan pernah berkahwin kedua kali tapi bercerrai kedua kali (ada cerita berkaitan nanti)

Kami berkenalan sangat singkat, 6 bulan berkawan seterusnya bercouple 3 bulan. Masa berkawan tu, ibu mertua datang ke rumah mak saya sekadar bertamu sambil berjalan jalan.

Rupanya tiada angin, tiba tiba ibu mertua bertanya dengan mak saya berkenaan hantaran jika pihak mereka (suami) ingin berkahwin nanti.

Bagai nak pengsan masa dengar mak saya bercerita. Masa ibu mertua datang dengan adik beradik suami, saya bekerja jauh dari rumah (mengambil masa 5 jam perjalanan darat).

Selepas ibu mertua bertandang, sebulan kemudian kami terus bertunang dan berkahwin dalam tempoh setahun berkenalan.

Alhamdulillah, selamat diijab kabul. Selepas berkahwin, masalah timbul dengan banyaknya. Masa tu rasa menyesal kahwin.

Sorry rasa macam tu lepas berkahwin.. ampun ya suamiku..

Kami berdua plan nak pergi honeymoon ke Krabi, Thailand. Passport dah settled dan sebelum nikah duit terkumpul 24K termasuk duit kawin sikit nak guna duit tu.

Tetapi, suami masa tu takut nak bagitau bahawasanya ibu mertua tercintahh telah pakai duit tu untuk beli baju, oven, sofa, aircond dan bagi kakak kakak suami yang kurang akalnya.

Duit tinggal 6K dan terkubur la cita cita nak gi honeymoon.

Masa tu plan paling hampeh nak terbang ke Langkawi tapi ibu mertua sibuk nak ikut terus saya bagi tau husband kita cancel.

Tak terdaya nak bawa orang tua jalan jalan pergi honeymoon then duduk sebelah katil.

Jangan kecam dulu, tak jadi pergi sebab ibu mertua betul betul nak join. Dia bagitau nak jalan juga, tak kan bawa bini je tapi ibu tak dapat jalan..

Kalau ingat balik kata kata ibu mertua masa tu memang nak hempuk dengan periuk.. (mata naik atas).

Selepas kejadian tu, kami pun balik semula ke rumah sewa.

Setelah 4 bulan berkahwin, ibu mertua dan adik beradik husband melawat kami di rumah sewa.

Ibu mertua memang pandai memasak dan tidak benarkan sesiapa tolong dia semasa memasak..

Tapi paling tak boleh terima, bila saya buatkan suami air, cepat cepat ibu mertua buatkan air lagi untuk suami. Then dia suruh minum air yang dia buat.

So, sebagai couple yang baru berkahwin merajuk la si isteri.

Tapi suami masa tu bagai pak turut, segala suruhan atau arahan ibu mertua diturutkan. Even benda tersebut menyakitkan hati saya sebagai isteri.

Contohnya, bila husband sudah gaji, ibu mertua pesan untuk beri kepada kakak dan adiknya.

Suami hanya seorang lelaki dalam adik bradiknya. Dan gaji suami dicontrol oleh ibu mertua. Nasib masa tu saya masih bekerja.

Semasa lawatan ibu mertua dan anaknya yang lain ke rumah sewa kami, ibu mertua pesan dengan saya, masa tu mengandung 2 bulan,

“Anak dalam kandungan kamu tu, saya tidak mahu menjaganya nanti. Hantar ke kampung mak kamu”. Korang yang sudah berkahwin, mesti sedih bila mertua berkata begitu.

Masa tu saya jawab, “InShaAllah saya tidak akan susahkan ibu”. Terus ibu mertua terdiam.

Ada sekali tu, masa mengandung kami balik ke rumah ibu mertua, saya obese dan rendah jadi ibu mertua selalu body shaming dengan mengatakan “kau ni patut pakai guni je, tak payah pakai baju. Gemuk sangat”,

Nasib masa ibu mertua bercakap husband terdengar dan terus bawa saya balik ke kampung saya yang jaraknya 2 jam perjalanan.

Sedih sangat dengan perangai hampeh ibu mertua. Selalu makan hati. Macam bermadu pulak dengan mertua. Hmm

Di tahun ke 3 perkahwinan, perangai husband makin menjadi jadi setiap kali pulang ke rumah ibu mertua.

Husband akan turuti segala arahan mertua sehingga nak minta tolong tukarkan pampers pun husband tak nak.

Sibuk tak tau apa dengan ibu mertua. Mertua juga selalu merendah rendahkan keluarga saya dengan berkata “keturuan kau tu tidak subur sebab tu lambat mengandung”.

Emm, sedangkan kami suami isteri paling sebab saya beranak czer..

Segala keputusan suami juga hanya akan minta pendapat keluarga suami terutama ibunya. Nak beli kereta pun kena fikirkan keselesan adik beradiknya even suami tak mampu nak bayar monthly.

Beli kereta MPV dan memang tak berbaloi beli masa tu, sehingga nak beli 1 seluar pun tak mampu gara gara ikutkan nasihat ibu mertua nak kereta have2.

Selama berkahwin juga husband akan beri 70% gaji kepada ibunya. Jadi nafkah sebagai isteri terabai. Tapi nasib saya bekerja, alhamdulillah ada duit sendiri.

Antara lain perangai pelik suami, dia akan sentiasa marah marah, tak nak cakap berminggu minggu, marah dengan anak tak tentu pasal.

Kemuncak bila kami balik ke kampung saya, suami kelihatan sangat sangat benci dengan mak, makcik dan nenek serta datuk saya.

Tak nak bercakap dan tak nak makan masakan mak saya. Apatah lagi saya masak langsung tidak dijamah. Dengan saya pun sangat sangat dingin.

Saya bercerita dengan mak sebab tak tahan, selama berkahwin sentiasa jaga perasaan suami agar bercerita dengan saya sebab suami pernah tak bercakap dengan saya sebulan lamanya.. hanya bercakap dengan anak sahaja.

Terasa diri sangat sunyi walaupun tidur sekatil. Bukan cemburu dengan ibu mertua tapi macam terlebih lebih sehingga suami seperti tiadak nampak saya berada di depan mata. Sentiasa nak perhatian ibunya.

Sangat sangat stress bila jasad suami depan mata tapi fikiranya seperti tempat lain.

Selain itu, saya selalu mimpi buruk, mertua bagi anjing hitam dekat bilik tidur kami. Selalu ada kelibat bila seorang kat rumah dengan anak. Ada bunyi guli kat bili sebelah..

Mak saya cadangkan pergi berubat dengan ustaz ni. InShaAllah tiada unsur kurafat. Area saya sini tiada darul syifa, tapi ada ustaz yang boleh dipercayai.

Kami pergi bertiga dengan adik lelaki saya. Masa tu tidak pergi dengan suami sebab suami enggan dan terpaksa bawa adik lelaki saya.

Ustaz tu scan jarak jauh suami saya, dan sangat sangat terkejut. Ibu mertua yang menyihir suami, lebih kepada penunduk.

Ini bukan fitnah, cerita sebenar terjadi dalam keluarga saya.

Mertua nak slowly saya benci dengan perangai suami agar saya minta cerrai dan actually ibu mertua saya tidak suka saya berkahwin dengan suami.. hahaaha..

Sebab tu suami sangat dingin dan memang terlintas fikiran saya untuk bercerrai, sampai bila nak rasa seperti bermadu dengan mertua dan langsung tidak merasa duit dari suami sendiri.

Anak pun saya yang tanggung 100%. Sebab semua duit suami diberi kepada ibunya.

Selepas berkahwin banyak keinginan ibunya tidak tercapai seperti minta buatkan banglo dan berjoli sakan.

Ustaz tu bagitau, ibu mertua nak saya sebagai isteri yang kelihatan jahat sebab sibuk nak minta cerrai.

Tapi saya masih waras sebab sayangkan suami dan tak nak gara gara dingin saya minta cerrai.

Masalah selalu timbul bila kami pulang ke rumah ibu mertua dan berlarutan sehingga 2020.

2020 – 2021 kan kita berPKP jadi ibu mertua tidak dapat berjalan untuk meminta pertolongan bomoh syaiitannya itu.

Hal ini berlaku sepanjang kami berkahwin sehingga sekarang..

Hanya terhenti 2 tahun semasa PKP. Saya selalu perasan, mertua akan pergi ke daerah lain yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah ibu mertua.

Bila saya bertanya kepada kakak ipar, mertua pergi ke tempat saya namakan Batu 2.

Setiap 2 minggu mertua wajib pergi ke sana dan tiap kali ke sana akan ada perubahan kepada suami.

Tapi baru baru ni, saya sakit timbul bisul kat payudara – nanah bercampur drah. Sakit perut terutama area czer dan pendrahan sedangkan tidak peri0d. Pening semasa Asar. FYI, tidak mengandung.

Semasa bersama suami, suami tanya napa bersama sedangkan period. Saya cakap tempoh nak period ada 2 weeks lagi.

Tapi masa bersama tu tidak sakit langsung cuma ada pendrahan. Ada bersama beberapa kali dan sentiasa ada fresh blood, bukan seperti haid yang drahnya agak gelap.

Saya bagitau nurse kat KKIA nak check Pap smear sebab ada pendrahan semasa bersama takut tetiba nanti cervix cncer.

Buat appointment dengan nurse sehingga 3kali still tak dapat nak ambil sample sebab sentiasa ada drah dekat pangkal rahim.

Kali ke 4 appointment, terpaksa ambil juga sebab nurse nak tahu apa sebab ada pendrahan sedangkan tidak haid.

Sepanjang saya check kat KKIA, saya sentiasa share dengan ibu mertua process appointment tersebut.

Muka ibu mertua seperti takut dan mengelak bila saya bercerita.

Sekali lagi saya ke tempat ustaz tersebut, rupanya kali ini mertua nak kami bercerrai dengan cara suami cari perempuan lain dan saya akan meminta cerrai sebab daa curang dengan orang lain.. sungguh hebat fikiran mertua.

Sekarang ni saya daa jarang ke rumah mertua, bercerita pun sekadar berbasa basi. Sekadar hormat sebab ibu kepada suami. Kalau boleh nak ja tampar2 mukanya. . Haha

Pernah sekali, konon nya ibu mertua bawa suami pergi berubat rukyah dengan seorang ustaz sebab suami ada Psoriasis dan makin hari makin teruk.

Ibu mertua tanya saya, napa makin teruk kulit suami.

Saya jawab, tidak tau maybe stress kerja. Tapi dia mention yang ex-husband dia yang buat kulit suami jadi begitu.

Aduh ibu mertua ku, suka hati fitnah ex-husband nya.. emm tak tau nak cakap apa masa tu.. saya diamkan saja la.

Doakan hubungan kami suami isteri kuat dam bekekalan hinggah ke Jannah.

Moga yang baik baik juga untuk korang semua. InShaAllah.

P/S: kalau nak kecam tu berpada pada la je.. sila komen murni2 ye.. Jangan tambahkan stress kat fikiran Siti ni..

Reaksi Warganet

Fahime Hanim –
Nafkah tak bagi, main sihir, Kena hina. kalau saya dah lama blah.

Kalau orang tak sudi, aku 10 ribu kali tak hadap, kita pun ada mak ayah ada maruah diri. Hidup tenang tenang dengan anak lagi bagus, no drama.

Aini Mohamad –
Bagi saya la.. sekalipun suami tidak disihir, jika suami tak bagi nafkah, belanja rumah tangga, anak anak semua atas bini.. suami tt saya boleh katakan tidak bertanggungjawab.

Setakat sumbang benih dan jasad saja tak cukup untuk kelangsungan rumah tangga yang harmoni.

Lebih baik suami tu fokus jadi anak mak yang berbakti 100% kepada maknya.

Myzatul Akma –
Kalau suami baik dan nak teruskan hubungan teruskan berubat dgn perubatan Islam + pedinding diri kena kuat.

Solat jgn tinggal. Dekatkan diri dengan Quran, kerap bangun awal pagi buat solat sunat biasa setan suka buat keje time tahajjud.

Allah sebaik baik pelindung, Allah berkuasa, mak mertua dan jin tiada kuasa. Sentiasa ajak suami buat benda yang sama. Cari juga perubatan Islam yang boleh buang dan lawan sihir jahat tu.

Kalau rasa tak tahan beralahlah dari hubungan ni. Lagi lagi yang buat tu mak mertua, sampai bila mampu bertahan.

Doakan semoga dia sempat bertaubat sebelum dipanggil ‘pulang’.

May Allah ease u…

Sumber – Siti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *