Suami beria2 cakap nk pegi main futsaI, rupanya kant0i bwk jiran tudvng Iabuh d4ting tepi pantai

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku agak p4njang sebab rasa nak luahk4n segalanya di sini sebelum nak buka lemb4ran baru dalam hldup kami. Kami ps4ngan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pur4-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tah4p kr0nik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.

Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat2, tak ada masalah apa pun.

Kntoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main futsal.

Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.

Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap.

Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Suami beria cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bodoh.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.

Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.

Sumpah rasa nak piijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.

Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang.

HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.

Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.

Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia tak nak duakan aku dan sayang anak kami.

Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang, suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu,

suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.

Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis syarikat.

Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.

HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.

Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah ceritanya.

Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagu-lagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.

So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia dah boleh lupa.

Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nak buat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.

Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.

Aku share sini untuk pengajaran bersama :

Suami

1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada feeling.

Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.

2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja suka-suka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat. Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.

Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau macam tu?

Isteri

1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.

Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.

2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.

Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena cvrang jugak.

Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas sama-sama supaya ada rasa tanggungjawab.

Suami & isteri

1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang, apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk sangka & overthinking.

Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.

2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.

Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan. Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada cuurang.

Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.

Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat. Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.

Baca Part 2, sambungan kisah di atas

Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah, dah lebih 6 bulan aku survived lepas kess kami. Aku Rasa lega sangat-sangat bila dapat kongsi kat sini dan baca respon bernas dan rasional dari pembaca di confession sebelum ni.

Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang menyenangkan yang mungkin perluukan penjelasan.

1. Kenapa mesti jiran?

Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung walaupun lepas projek dah tamat.

2. Bagaimana bermula?

Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012. Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok mslimah pemalu bertudung bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.

Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku & ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam mendatang lah ceritanya.

Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais.

3. Macam mana aku boleh tenang?

Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku sangat2 malu dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku simpati dengan dia.

Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH. Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup undur diri sebab aku tak nak bermadu.

4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?

Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku. Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku paling benci suami aku.

Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami pilih aku, bukan HH.

Jujur, mula-mula memang atas dasar eg0 & rasa nak menang, tapi lama-lama Allah tunjuk aku jalan yang sepatutnya.

5. Apa aku buat untuk legakan hati?

Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangat-sangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda & boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?

Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar.

Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.

6. Kenapa tak pindah rumah?

Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak.

Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.

7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?

Gila tak seram. Hahaha.. Allah jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba lawan & tenang. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, tak pernah lagi aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke, kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke.

Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku. Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.

8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?

Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama Allah yang mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas dasar penampilan HH yang lebih alim & mslimah dari aku, aku pilih untuk percaya HH.

HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.

9. Apa khabar suami aku sekarang?

Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas & ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada lagi nak keluar malam lepak mamak.

Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan pengetahuan suami ye).

Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut. Tiap-tiap bulan aku check bil telefon.

Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah. Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.

10. Apa khabar aku sekarang?

Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku luah.

Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gduh pulak. Aku usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena mengalah tegur dulu & buat pas4ngan gelak. Dan biasanya suami aku yang mengalah.

11. Apa khabar HH sekarang?

Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact sepupu dia sebagai langkah berjaga-jaga.

Hari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set public).

Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH.

Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau lah. Just in caase perlu contact, aku dah ada nombor mereka.

Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi sekurang-kurangnya Allah uji aku dengan perempuan yang sedar diri & tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba jadi lebih baik.

Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara baik jugak.

Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan, mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk mempertahankan, dengan izin Allah aku berjaya. Semua terserah pada anda sebab anda yang menentukan hidup anda.

Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni. Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk mengajar kami jadi manusia lebih baik.

Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku takut beria membenci, tiba-tiba Allah uji aku perlu minta bantuan HH ke kot anak aku skit, atau aku yang skit.

Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya Allah.. seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang. Simpang malaikat 44.

Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia, sampai syurgaNYA. InsyaAllah.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Haya Ross, Sis nak bagi tahu nie… kebanyakan permpas Mula cakap nak putus last2 still contact siap ajak nikah Kat Thailand lagi…pengalaman rakan-rakan yg pernah bermadu Dan hampir bermadu…. jaga2 sis…untuk jiran sis tu..Satu aje nak bagi tahu JODOH BUKAN BODOH.

Mohd Faiz, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my social media.

Pesan aku pada semua. Jangan blme jantina. Ini masalah individu tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam mana masa depan kita.Ambil yang baik, buang yang buruk.

Suraya Dolah, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali, jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya.

Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar.

Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak krus sorang2 kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah berdua.

Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi pantai tu pun tak boleh jugak la HH.

Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rampas, hmm

Maria Huda, Suami kau tu yg gatal n mainkan perasaan org. Dgn kau ckp tk nk HH, dgn HH dia ckp lain. Kalau dia tk nk HH, krnapa dia sanggup tipu kau n gi dating dgn jiran kau?

Kau sound jiran kau , pdhl yg salah 100% suami kau. Dh tahu ada isteri n anak2 jaga lah elok2. Dia boleh plak melayan anak dara.

Nurul Fazlina, Zaman sekarang, tak boleb percaya dah. Perempuan lindungan kaabah ke, wanita teduhan neraka jahanam ke,

kalau dah spesis menyondol tu ada dalam sifat azali mereka, maka kita lah yang kena memainkan peranan untuk cantas pergerakan spesis ni.

Kinah Zul, Tahniah puan sbb pilih utk bertahan. Terima kasih bg peluang kami yg bujang cuba selami kehidupan berumah tangga.

Makin banyak membaca kadang makin down,tapi cuba positif sbb pegang 1 kata2 sahabat “hidup rumah tangga bukan bahagia sepanjang masa” semoga terus dipelihara hubungan puan & pasngan. Aamiin

Lin Leen, Perghh best btul cite tt ni. Tahniah sbb memilih utk menjadi positif wlaupun sush tp hasilnya berbaloi. Pucuk pangkal tt jd lembut hati sbb suami sendiri berubah.

Alhamdulillah. Kalau masih miang ak rse xd maknanya nk berbalik semula kan. Pape pn smoga ap yg jd ni jd pengajaran utk suami tt n tt jgak.. tuhan nk uji skit je tu utk kuatkan kembali ikatan rumahtgga tt. Smoga bahagia hingga syurga.

Nur Hasni, Asyik kahwin . Crai. Mak mertua. Pak mertua. Keluarga 69 jer manjang. Saya ni yg xkawin lagi macam mana min. Muda lagi tau 24. Saya suka baca IIUM ni.

Tapi kisah rumahtangga je. Xde ke cerita pasal bisnes ke. Kemajuan islam ke. Yg berilmu sikit. Baca tadi ada sesetengah kata mcm KRT page dah. Share yg berilmiah la sikit. Ni dah macam diari pulak

Sarinah Salleh, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk awak mempertahankan. Ada yang x diberi peluang sebab suami kahwin senyap-senyap kat sempadan.

X apa, lain org lain dugaanNya. Akak doakan semoga Mawar dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. selalu. Aamiin.

SUmber: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini