Si Jelita Ini JeIaskan Kenapa Dia Akan “Bl0ck” Bila Wanita Add Fb Suaminya. Ini Respon Meng3jutkan Dari “BroOhsem”

Aku jenis tak suka perempuan add suami aku. Dan aku jenis halang suami aku approve perempuan. Berapa banyak perempuan kena block dalam facebook laki aku. Sebab aku perati yang add pun friend dari facebook aku jugak.

Nak kata aku cemburu? Ya emang la, suami aku kot. Nak kata aku kawal? Ya emang, suami aku kot. Perempuan sekarang miang weyyy acah add bagai untuk apa

Apa yang laki aku tak suka memang aku tak buat. Jadi benda apa aku tak suka dia pun tak payah buat laaa. Benda yang boleh datangkan gaduh tu la kami selalu pesan elakkan so kami kalau nak kata bab gaduh ni memang payah wujud lah.

Sebab kami sama sama jaga.. So aku kalau tak minat tengok mmg aku block bukan sebab aku dengki dia cantik ka apa ka. Da aku tak suka

Dulu tak nikah lagi rasa lantak p lah. Lani dah jadi laki aku suka hati aku lah. Kadang org tengok fb laki aku takdak pun gambaq aku. Mula nak kata aku dok syok sendiri?

Aku nak bagitau sikitla. Dari couple sampai menikah memang dia jarang nak upload, bukan acah bujang. Memang jenis dia tak tunjuk.
(Janji dia tau dia ada bini, jaga batas dia p kerja ka dekat luar ka )

Tp ramai puji bagus kalo jenis tak show gambaq kerap selalu, sebab lani banyak mata memandaGeleng kepala saya dibuatnya bila baca komen mengenai posting seorang isteri yang tidak suka perempuan add suaminya sebagai friend.

Ramai yang pandang serong, yang perli dan yang memperkecilkan apa yang si isteri ini lakukan.

Saya sebagai seorang suami bersetuju dengan apa yang dia buat dan sebab-sebabnya.

Bila orang kata, “kawal macam mana pun kalau suami nak curang, dia curang jugak” adalah satu kenyataan yang tidak bagus.

Ditambah dengan, “kalau diuji, dengan jiran belakang rumah pun jadi”.
Si isteri yang cuba mempertahankan perhubungan dengan suaminya pula dikecam dan dipandang serong.

Kita kena ada usaha untuk pertahankan perhubungan kita. Kalau kita tak peduli, kita membuka ruang dalam hati pasangan untuk menerima orang lain.

Tak salah pun dia nak jaga suami dia. Tak salah juga jika suami pun nak jaga isteri.

Setiap pasangan ada cara masing-masing. Apa yang suami dia buat selepas itu walaupun selepas dijaga, memang satu benda yang di luar kawalan. Itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Tetapi ini tak sepatutnya menjadi sebab untuk kita biarkan dan berpeluk tubuh sahaja.

Nasihat saya, jika anda sudah berkeluarga, jangan malu untuk tunjuk yang anda sudah berkeluarga.

Ini adalah filter pertama dalam menapis keinginan orang yang ingin mendekati pasangan yang sudah berkahwin. Tuan empunya badan perlu buat langkah ini.

Filter kedua adalah dari betapa mudahnya orang luar untuk masuk ke dalam perhubungan. Contohnya dari friend request, whatsapp dan sebagainya. Pasangan boleh bantu pantau perkara ini.

Tetapi, jika kerja dan mata pencarian adalah berkenaan dengan berjumpa dengan orang, membina networking, menjadi prospek dan sebagainya, ini satu benda yang tidak boleh dielakkan. Contoh paling mudah ialah saya. Apabila di dalam situasi ini, tak relevan dah kalau nak block bagai, tapi tak salah pun kalau nak pantau dan jaga sama-sama.

Percaya mempercayai dalam perhubungan memang kena ada, tetapi ketenangan jiwa, rasa selamat dan kepastian itu pun penting juga. Memeriksa aktiviti pasangan bukan satu perkara yang buruk. Jika kita tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, kenapa anggap itu sebagai satu kesalahan?

Filter terakhir yang paling besar adalah dari hati dan iman sendiri. Ini adalah perlindungan terakhir. Jika hubungan sesama pasangan tidak rapat, jika komunikasi tiada, jika hati itu ada ruang-ruang kosong yang boleh orang lain penuhi, ia akan jadi rapuh dan mudah ditembusi.
Jadi, rapatkanlah perhubungan. Di dalam perhubungan tiada satu, tetapi dua. Kedua-duanya harus berusaha mempertahankan diri dari anasir yang tidak baik.

Janganlah kita pandang serong pada orang yang berusaha untuk mempertahankan perhubungannya. Sama juga dengan pasangan kita, jika kita sayang, kita akan jaga sebaik mungkin. Betul tak? Buatlah ikut kesesuaian perhubungan masing-masing.
Semoga dapat memberi manfaat.ng kiri kanan dengki iri hati.

So aku nak pesan sikit laa kepada perempuan/lelaki yang acah acah nak add suami/isteri org: Berhenti la. Tolong hormat hubungan org

____________________

Ini Pula pendapat dari BroOhsem

Geleng kepala saya dibuatnya bila baca komen mengenai posting seorang isteri yang tidak suka perempuan add suaminya sebagai friend.

Ramai yang pandang serong, yang perli dan yang memperkecilkan apa yang si isteri ini lakukan.

Saya sebagai seorang suami bersetuju dengan apa yang dia buat dan sebab-sebabnya.

Bila orang kata, “kawal macam mana pun kalau suami nak curang, dia curang jugak” adalah satu kenyataan yang tidak bagus.

Ditambah dengan, “kalau diuji, dengan jiran belakang rumah pun jadi”.
Si isteri yang cuba mempertahankan perhubungan dengan suaminya pula dikecam dan dipandang serong.

Kita kena ada usaha untuk pertahankan perhubungan kita. Kalau kita tak peduli, kita membuka ruang dalam hati pasangan untuk menerima orang lain.

Tak salah pun dia nak jaga suami dia. Tak salah juga jika suami pun nak jaga isteri.

Setiap pasangan ada cara masing-masing. Apa yang suami dia buat selepas itu walaupun selepas dijaga, memang satu benda yang di luar kawalan. Itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Tetapi ini tak sepatutnya menjadi sebab untuk kita biarkan dan berpeluk tubuh sahaja.

Nasihat saya, jika anda sudah berkeluarga, jangan malu untuk tunjuk yang anda sudah berkeluarga.

Ini adalah filter pertama dalam menapis keinginan orang yang ingin mendekati pasangan yang sudah berkahwin. Tuan empunya badan perlu buat langkah ini.

Filter kedua adalah dari betapa mudahnya orang luar untuk masuk ke dalam perhubungan. Contohnya dari friend request, whatsapp dan sebagainya. Pasangan boleh bantu pantau perkara ini.

Tetapi, jika kerja dan mata pencarian adalah berkenaan dengan berjumpa dengan orang, membina networking, menjadi prospek dan sebagainya, ini satu benda yang tidak boleh dielakkan. Contoh paling mudah ialah saya. Apabila di dalam situasi ini, tak relevan dah kalau nak block bagai, tapi tak salah pun kalau nak pantau dan jaga sama-sama.

Percaya mempercayai dalam perhubungan memang kena ada, tetapi ketenangan jiwa, rasa selamat dan kepastian itu pun penting juga. Memeriksa aktiviti pasangan bukan satu perkara yang buruk. Jika kita tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, kenapa anggap itu sebagai satu kesalahan?

Filter terakhir yang paling besar adalah dari hati dan iman sendiri. Ini adalah perlindungan terakhir. Jika hubungan sesama pasangan tidak rapat, jika komunikasi tiada, jika hati itu ada ruang-ruang kosong yang boleh orang lain penuhi, ia akan jadi rapuh dan mudah ditembusi.
Jadi, rapatkanlah perhubungan. Di dalam perhubungan tiada satu, tetapi dua. Kedua-duanya harus berusaha mempertahankan diri dari anasir yang tidak baik.

Janganlah kita pandang serong pada orang yang berusaha untuk mempertahankan perhubungannya. Sama juga dengan pasangan kita, jika kita sayang, kita akan jaga sebaik mungkin. Betul tak? Buatlah ikut kesesuaian perhubungan masing-masing.
Semoga dapat memberi manfaat.

Sumber: FB Alisa Nadia / BroOhsem