Si adik baru 2tahun, nenek dah ajar jadi jahat. Seluar kakak, akak ipar cabut. Depan2 terus aku sound

 Foto sekadar hiasan

Pilih Kasih Pada Cucu

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Nama aku Jonet, ada anak sepasang. Si kakak 5 tahun, adik (lelaki) 2 tahun lebih. Aku surirumah sambil sambil berniaga online.

Saja la aku nak confess dekat sini pasal mak mentua merangkap nenek kepada anak anak aku.

Aku tak boleh nak complaint lebih lebih pada suami aku, yela mak dia kan. So aku confess jela dekat sini, aku boleh luahkan semua.

Family belah laki aku ni, cucu perempuan lagi ramai dari lelaki. Mungkin tu la salah satu alasan dia ni pilih kasih.

Dari dulu dah aku perasan mak mentua aku kalau dengan cucu lelaki, dia suka membeza bezakan.

Aku bersyukur dia sayang anak aku, tapi biarlah berlaku adil dari segala segi.

Aku taknak budaya ‘merajakan lelaki’ dalam rumah aku ni.

Mak mentua aku lima bulan duduk sekali dengan kitorang. Semenjak dia sakit sakit, suami aku bawak dia balik duduk sekali dengan aku memandangkan aku sorang je menantu yang surirumah. Anak anak dia semua bekerja.

Aku tak kisah nak jaga, tapi mulut dia kadang kadang buat aku sakit hati. Hihihi.

Berbalik pada topik, mak mentua aku ni selalu ajar benda benda yang tak sopan pada anak anak aku.

Dari si kakak baby lagi, dia akan ajar jelir jelir lidah dan mengejek pada orang. Sekarang, dia ajar pula pada anak aku nombor dua pulak.

Resultnya, anak aku akan buat benda tak berakhlak tu pada orang lain.

Aku ni pantang nampak budak suka ejek ejek jelir jelir lidah pada orang ni, automatik aku rasa nak sepak mulut tu.

Kedua, dia akan ajar anak aku yang lelaki ni supaya buli kakak dia. Benda ni aku selalu sangat nampak dia buat. Dia akan ajar si adik supaya pukul anak aku.

“Adik, pukul kakak dik. Pukul kakak”

“Adik, pijak perut kakak dik”

“Adik, pukul bisul kakak dik”

Si adik tu pun ikut je cakap nenek dia. Budak tengah suci lagi tak tau benda yang dia buat tu betul ke salah.

Maka aku yang dengar ajaran bukan bukan dia tu akan cepat cepat tegur anak aku.

Bila kakak nangis kesakitan, mak mentua aku akan ejek si kakak. Dia gelarkan kakak budak kuat nangis.

Bisul dekat punggung kena tepuk, ko ingat sedap ke? Babun betul.

Ketiga, mak mentua suka mention “biasalahhh, anak lelaki”. Kalau anak aku nakal nakal, dia akan kata “alaa anak lelaki kannnn”. Satu hari kalau tak sebut ayat tu tak sah.

So what kalau anak lelaki? Aku nak ajar anak aku hormat perempuan. So dah besar karang dia jadi gentleman, tak buli perempuan sesuka hati.

Dengan perangai mak mentua aku ni, visi dan misi aku ni susah nak tercapai. Lagi lagi kalau dia serumah dengan aku.

Keluarga suami aku jenis tak hormat perempuan, cucu cucu lain boleh main gurau gurau cabut seluar dari belakang lelaki-perempuan.

Aku terkejut ya, sebab aku memang tak diajar bergurau macamtu. Aku memang ajar anak aku pasal sentuhan selamat / tak selamat.

Aku cakap, kalau ada sesiapa bergurau bukan bukan, cakap NO! Lari dan jerit bagitau ibu. Anak aku ikut.

Seluar anak sulung aku pernah kena cabut dengan kakak ipar aku. Menangis anak aku malu dan marah.

Kakak ipar aku ejek si kakak, konon konon benda dia buat tu tak salah. Aku cakap, dia tak suka orang bergurau macam tu.

Terus malu muka kakak ipar, dah tak gurau macamtu lagi dekat anak aku.

Sekarang ni, dah seminggu mak mentua aku tak datang rumah aku. Dia balik rumah dia terus tak datang datang lagi dah.

Maybe sebab aku rotan cucu kesayangan dia depan mata. Mencuka muka mak mentua. Ahahahhahaja.

Saja je aku rotan masa si adik sibuk membuli si kakak sebab nak bagi signal yang apa aku ajar ni semua serius.

Aku taknak anak aku ikut perangai nenek dia. Boleh nenek dia jadi penonton je masa si adik membuli.

Menangis si kakak. Sikit pun dia tak tolong tegur. Cucu cucu yang lain pun dah besar, masing masing dah sekolah menengah. Memang adab tu kelaut aku tengok.

Cakap dengan orang lagi tua pun tengking tengking, tak hormat orang. Kesan daripada orang tua yang tak hormat diorang sejak kecik.

Mak bapak diorang pun tak kisah nenek diorang ajar bukan bukan, tapi aku kisah. Sporting aku pun ada batasan.

Hari hari aku nak kena recall balik dekat anak anak apa yang baik dan tak baik.

Sangat penat ya sebab ada pengacau. Anak lelaki aku ni sebenarnya baik je, senang nak jaga.

Tapi sejak nenek dia duduk sekali memang bukan bukan perangai keluar. Ni dah duduk asing, dah okay balik.

Aku dah sedia maklum perangai family in law aku ni semacam sikit. So aku memang dah jarang jarang datang rumah mak mentua walaupun dekat.

Suami aku pun dah kena brain wash dengan aku, budaya pilih kasih ni memang takde dalam hidup aku. Jangan cuba cuba nak ikut perangai mak dia.

Aku memang jenis sound direct je suami aku, cepat sikit main point tu sampai. Ahahahhahah.

Ingat ye, budak budak ni umpama kain putih. Jangan biar orang luar sibuk nak corakkan kain kita sekali, carca marba jadiknya.

Nak corak biar pakai cat, bukan pakai tahi. Nak ajar boleh, tapi biar ajar benda yang betul.

Sekian cerita aku. Jonet

Reaksi Warganet

Noor Hidayah Awang –
Kalau aku sound sekali mak tu.. ” tak boleh mak, zaman merajakan lelaki dah berlalu ”

Hidup kene adil.. anak laki ke pompuan ke same je. Salah tetap salah, betul tetap betul! Xde diskriminasi.

Tu pasal nanti anak tak jadi manusia jadi perangai binatang sebab dia tau ade je org backup dia. Contoh dah belungguk keliling kite. Btw goodjob TT.

Diana Nabila –
Ada ye org tua mengajar budak jadi jahat? Heran betol.

Mak saya dekat rumah memang suka bisingkan budak budak juga tapi untuk mengajar benda betul, akhlak, adab dsb. So bisinglah sesuka hatimu mak, ajarlah anak anakku itu.

Saya kecik dulu pun sangat disukai segenap lapisan masyarakat sampaikan nenek sihir pun suka. Sebab apa, sebab mak ajar jadi sangat sangatlah beradab. Terima kasih mak.

Sue Ieda –
Gila mentua sis ni ajar budak jadi jahat. Saya sokong sis tegur depan mentua. Biarlah dia nak terasa pon.

Kalau tak jalan teguran tu, sis suruh suami tegur mak dia. Tak elok macam tu.

Kalau kebetulan dekat rumah mentua ramai ramai, sape yang buat tak senonoh dekat anak pompuan, sis jangan diam.

Samada kak ipar ke, sepupu ke, tegur je. Biar diorang tahu.

Giler! Geram btul Saya.

Faranisyah Hakim –
Betul lah tu Jonet buat tu. Kadang kadang kena sound direct jugak.

Dulu mak mentua akak masa duk sekali, ada sekali tu dia saja lah main dengan anak akak, dia sebut..” Cian dia nangis. Ibu buat yer. Ibu jahat yer..”

Kalau ikutkan, bukannya benda besar sangat. Biasalah nenek nenek kan, tapi akak terus sound dekat situ.

“Jangan ajar budak cakap bukan bukan dekat ibu dia sendiri mak”. Tak fikir dah masa tu dia nak kecik hati.

Nada yang akak guna pun lembut. Tapi kalau dia still nak kecik ati, i dun care pun. Yang penting orang tau pendirian kita.

Lepas pada tu, dia takde dah cakap macam tu dan kitorang okey jer.

Kadang kadang bukan apa, dia pun dibesarkan macam tu jadi dia rasa tak salah.

Jadi, kita lah yg kena stop kan. Cukup hanya pada generasi dia saja.

Sumber – Jonet (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *