Seringkali DiperIi Kerana Belum Dapat Anak, Suami Sebak Isteri Disahk4n HamiI Selepas Tujvh Tahun Kahwin

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mempunyai impian untuk memiliki anak, namun tidak semua orang ditakdirkan memiliki anak kandung dalam waktu yang singkat. Seringkali apabila berkahwin, pasangan suami isteri akan sentiasa dihujani pertanyaan tentang anak.

Segelintir orang dalam masyarakat kita mempunyai tabiat buruk apabila suka mengata mengenai suami isteri yang belum mempunyai anak meskipun sudah lama kahwin, seperti yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini.

Akhirnya selepas 7 tahun penantian mereka bakal berakhir apabila si isteri disahkan hamil. Hal tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai cikvee93 apabila diberi nikmat hamil selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah reaksi suaminya apabila diberitahu bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Dalam video tersebut kelihatan dia terkejut dan menangis dengan khabar gembira itu.

Selepas melihat alat ujian kehamilan, dia langsung berasa terkejut dan terus sebak lebih-lebih lagi menerima sebiji kek bertulis “Mom and dad to be.”

Mereka merasakan apa yang berlaku adalah satu kenangan yang indah buat mereka berdua dan sangat terharu dengan kurniaan daripada Tuhan.

VIDEO 1:

Pengguna TikTok itu juga memaklumkan yang khabar gembira ini menjadi pengubat setiap kedukaan yang mereka lalui sebelum ini apabila sering diperli kerana belum mempunyai anak.

VIDEO 2:

Justeru itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah diatas kehamilannya dan mendoakan agar dia terus sihat sehingga hari bersalin juga.

Ramai juga yang berharap turut dikurniakan cahaya mata dan mereka juga sempat berkongsi kisah yang hampir sama dengan @cikvee93.

Tahniah, Doakan juga buat mereka yang belum ada rezeki..

Moga dipermudahkan urusan

Tahniah buat wanita ini dan suaminya, moga dipermudahkan urusan ketika hamil dan bersalin nanti.

SUmber: TikTok cikvee93, OMM Via SG

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini