Seorang Bapa kcewa slepas anak ditvduh meniru kerja sekoIah rakan

Sebagai seorang ayah, ketenangan hati saya agak terganggu juga hari ini.

Kisahnya, anakanda saya tahun 4, bawa pulang buku karangan Bahasa Melayunya. Katanya, dia kena marah dan gurunya tuduh dia meniru karangan.

Dalam buku karangan anakanda saya juga tertulis dengan pen merah ‘Meniru!’

Apa yang mengganggu ketenangan hati saya ialah karangan itu adalah karangan yang benar-benar dibuat oleh anakanda saya yang dipantau oleh Puan Isteri.

Jadi memang kami tahulah ia adalah hasil kerja anakanda kami. Puan isteri saya jadi saksinya.

Anakanda ini pula, masa sampai sekolah, ada kawan minta pinjam bukunya. Dengan sukacitanya anakanda ni berilah pinjam.

Rupanya bukan pinjam sahaja, disalinnya jawapan karangan anakanda saya ini.

Hasilnya, anakanda saya yang dituduh meniru sedangkan menurut anakanda saya, perkataan ‘meniru’ itu tidak ditulis dalam buku kawannya itu.

Sebagai ayah, nak tak nak, sebak jugalah rasanya bila perkara ni berlaku. Ada rasa bimbang kalau-kalau anak saya jadi lemah semangat atau semakin benci subjek ni.

Tapi saya & Puan Isteri terfikir, kenapa cikgunya andaikan anakanda kami yang meniru, bukan kawannya?

Besar kemungkinan ia disebabkan anakanda kami ini agak lemah penguasaan subjek Bahasa Melayunya berbanding kawan yang lain.

Jadi bila Cikgu baca karangan kawan yang meniru terlebih dahulu, sangat besarlah kemungkinan cikgu akan terus fikir bahawa anakanda saya yang meniru.

Saya tanya anakanda saya, kenapa tak bagitau Cikgu? Jawabnya, “Tak tau nak cakap macam mana.”

Hmmmm… Inilah bahayanya plagiat.

Yang MENIRU dapat NAMA, yang DITIRU teruk DICACI DIHINA.

Apa saya buat bila tahu perkara ini? Pergi hubungi Cikgu? Cuba terangkan keadaan sebenar?

Hantar mesej ke whatsapp group? Serang ibu bapa kawan yang meniru tu?

Tidak. Itu bukan caranya.

Cerita ini dan perkara ini sebenarnya adalah pengajaran untuk anakanda saya.

Jadi perkara ini adalah antara saya dengan anakanda saya, bukan dengan guru atau dengan kawan yang meniru tu.

Pengajaran pertama untuk anakanda saya, janganlah bermurah hati sangat bagi kawan pinjam buku sebelum hantar kerja sekolah.

Kedua, jika berada di pihak benar, beranikanlah buka mulut untuk memberi penerangan.

Ketiga, cepat-cepatlah majukan penguasaan subjek tu.

Nanti bila betul-betul dah pandai, tak adalah cikgu ada syak wasangka bahawa itu kerja hasil meniru atau tidak.

Sumber: Osman Affan / Via cempedakcheese

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Yang Subscribers Channel Admin. Admin Doakan Dimurahkan Rezeki Selalu. Aamiin. TQ (^_^)

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini