Seor̷ang Pesert̷a ny̷alaan lilin d̷akwa p0lis guna keker̷as̷an

Seorang peserta acara nyal4an liIin di Dataran Merdek4 pada malam Khamis lalu membuat lap0ran p0lis berhubung keceder4an fizikal yang dial4mi apabila lima angg0ta p0lis meng4ngkat dan menyeretnya ketika dit4han.

Angg0ta jawat4nkuasa pus4t Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan berkata, p0lis Kuala Lumpur menafikan peserta terbabit ditah4n n4mun dia mend4kwa tind4kan p0lis adalah sebaliknya.

Ketika dihubungi, Chong, yang merupakan antara 31 peserta yang dibawa ke Ibu Pej4bat P0lis Daerah Dang Wangi berkata dia menuntut agar p0lis menyatakan sebab pen4ngkapan tetapi tidak diendahkan.

P0lis sebaliknya menegaskan semua peserta ditah4n untuk tujuan “d0kumentasi” dan Chong, yang enggan mengikuti mereka diseret oleh lima anggota polis wanita ke dalam Black Maria.

“Mereka menyeret saya sehingga baju saya terangkat dan seluar saya ditarik ke bawah, yang mendedahkan seluar dalam saya.

“Selepas itu saya dibawa ke Black Maria,” katanya.

“Kerana tindakan polis yang ganas, saya alami beberapa lebam di lengan kiri, kanan, bahu, belakang, leher, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki dan bahagian lain yang tidak dapat saya pastikan.

“Telefon bimbit saya juga jatuh ke tanah semasa kejadian dan kamera rosak,” katanya kepada Malaysiakini.

Sepasukan hampir 50 anggota polis berpakaian seragam dan berpakaian preman mengawasi Dataran Merdeka sejak kira-kira jam 8 malam pada Khamis lalu berikutan acara nyalaan lilin yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat, yang juga penganjur perhimpunan #Lawan baru-baru ini.

Jurucakap SSR, Mohd Asraf Sarafi menyampaikan ucapan untuk memperingati mereka yang meninggal dunia kerana Covid-19 ketika kumpulan itu meletakkan bunga mawar di atas padang.

Asraf sebelum ini berkata polis cuba menyuraikan para peserta walaupun mereka bersedia untuk beredar dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan telah memberikan kerjasama terhadap siasatan pihak polis.

Polis dalam usaha menyuraikan perhimpunan itu membahagikan kumpulan itu antara 17 lelaki dan 14 wanita, manakala anggota media diarahkan berada jauh dari tempat kejadian.

Seorang lagi peserta, Setiausaha Sayap Wanita DAP Selangor, Nalina Nair, juga berkata para peserta tidak diberitahu secara rasmi mengenai penangkapan mereka, sama ada di Dataran Merdeka atau IPD Dang Wangi di mana keterangan mereka direkodkan.

“Oleh kerana tidak ada tangkapan rasmi, saya beritahu mereka bahawa saya akan meninggalkan IPD Dang Wangi dan kembali esok untuk ambil IC saya.

“Tentu saja mereka kata tidak dan tak benarkan saya beredar,” kata Nalina.

“Setelah bertanya berulang kali adakah saya ditahan, mereka menggari saya dengan rakan seperjuangan yang juga menanyakan soalan yang sama.

“Kami digari bersama, tidak ada penjarakan fizikal,” kata ahli majlis Petaling Jaya itu.

Chong dan Nalina mengesahkan pihal polis telah merampas kad pengenalan dan telefon bimbit mereka, yang meyebabkan mereka tidak dapat menghubungi peguam dan ahli keluarga.

Portal dalam talian The Vibes pada malam kejadian melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim menafikan bahawa peguam dilarang berjumpa anak guam mereka.

Portal itu juga memetik sumber polis Dang Wangi yang mengatakan bahawa semua 31 individu itu tidak ditangkap.

Walaupun pihak polis menafikan, peguam Rajsurian Pillai berkata tindakan mereka menunjukkan terdapat penangkapan terhadap para peserta berkenaan, dengan kekerasan digunakan untuk menghalang pergerakan mereka.

Dalam situasi ini, dia berkata pergerakan peserta dihadkan dan mereka dipaksa memasuki Black Maria.

“Beberapa anggota polis mengatakan mereka tidak ditangkap, tapi pada masa yang sama mereka tidak dibenarkan keluar.

“Lagi, jika mereka tidak ditangkap, mengapa mereka tidak bebas menemui peguam mereka ?” kata Rajsurian.

Hanya Rajsurian salah seorang daripada dua peguam yang dibenarkan bertemu 31 peserta terbabit.

Semua 31 individu itu dibebaskan sekitar jam 1 pagi Jumaat lalu.

Mereka masing-masing ditangkap dengan dikenakan kompaun RM2,000 dengan jumlah keseluruhan RM62,000 – kerana melanggar peraturan dengan melakukan demonstrasi ketika wabak melanda negara.

Kredit: w0wberita

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini