Semua Baju Dan Seluar Dir4mpas, Ini Gambar Wawa Dari Wahid Enterprise Selepas Dit4han. Ini Puncanya

Wanita yang tuIar dalam rakaman mengug0t anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, di Kota Kinabalu, pada 17 Jun lalu direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Menerusi lap0ran Harian Metro, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, jam 11.20 pagi semalam.

Artikel berkaitan:[VIDEO] Wanita Tinggi Suara Pada Polis Tampil Beri Penjelasan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.

“Ketika ins!den itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesaIahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun berlaku kekec0han sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Kesksaan dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendkwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

Terdahulu, wanita yang berasal dari Sabah tuIar di media sosial berikutan tindakannya meninggi suara dengan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman kerana cukai jalan dan insuran tamat tempoh.

Tinggi suara pada anggota polis

Di dalam klip video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan tiga orang anggota polis berdiam diri saat ‘dibebel’ wanita tersebut.

Difahamkan, wanita itu yang turut tersenarai di dalam 100 Wanita Inspirasi Sabah Tahun 2021 ini menggunakan cukai jalan yang sudah tamat tempoh sejak Januari lalu.

Sumber Yoy Network / mytvviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini