Selain Semak Jumlah Kereta Dan Selip4r Di Rumah, P0lis Sedia Perik$a Kadar Bayar4n Tol Pem4ndu

Gambar: Vocket

Jika sebelum ini Polis Kedah memaklumkan akan menyemak rumah dengan jumlah selipar dan kereta yang banyak sewaktu sambutan Aidilfitri sebagai langkah untuk mengelakkan penularan COVID-19, kini Polis Perak tampil dengan sebuah lagi inisiatif terbaru.

Dimaklumkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihak mereka sedia menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol bagi memeriksa baki tambah nilai untuk memastikan tidak terdapat individu yang merentas negeri sewaktu perayaan Aidilfitri.

Difahamkan strategi untuk menyemak kadar bayaran tol ini dibuat bagi mengetahui perjalanan seseorang individu sekaligus mengelakkan kepada masalah melibatkan lalu lintas.

Individu yang melalui Jalan Duta dan tidak mempunyai surat merentas negeri juga bakal dikenakan tindakan kompaun serta diminta untuk berpatah balik.

Selain itu, penguatkuasaan di setiap keluar masuk daerah akan diperketatkan dalam usaha untuk mengekang orang ramai dari negeri luar pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Sumber: vocket

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini