Sejak kawin, adik dan isterinya duduk dengan mak ayah. Anak dah 2. Taknak bibikkan isteri, mak pula dibibikkan

 

#Foto sekadar hiasan

Makan Hati Dengan Sikap Adik dan Isteri

Aku Amee. Aku nak kongsikan kisah keluarga aku. Mungkin ada yang boleh bagi pandangan membina.

Kisahnya, adik aku (anak ke 4) duduk dengan ibu bapa kami. Dah kahwin, anak 2.

Dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di rumah ibu bapa aku sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Kami 5 beradik. Aku anak ke 2. Selain adik no 4 ni, adik lelaki (anak no 3) yang masih bujang juga tinggal di rumah tu.

Masalah timbul bila adik dan isteri langsung taknak buat apa apa dekat rumah. Mak aku sakit lutut yang teruk hingga berjalan pun senget.

Bayangkan macam mana mak aku selesaikan semua kerja rumah dengan keadaan macam tu.

Mak aku umpama bibik. Mak aku yang masak, basuh dan sidai pakaian termasuk pakaian anak menantu.

Elok mak aku siap masak, anak menantu selamba je ambik pinggan, cedok nasi, makan. Bahagia hidup, kan.

Pernah aku minta adik aku slowtalk dgn isteri dia untuk bantu mak aku. Dan aku takde niat nak buat isteri adik aku sebagai bibik. Cukup jika isterinya sudi bantu mak aku buat kerja ringan.

Sapu sampah, kemas ruang tamu, sidai pakaian. Kurang beban kerja mak aku. Kalau isterinya memang taknak buat apa apa, it’s ok tapi adik aku lah yang kena buat kerja rumah. Betul, tak?

Tapi adik aku melenting. Aku dibahasakan secukupnya. Dia kata dia kahwin bukan untuk jadikan isteri dia bibik keluarga kami.

Bingai punya adik! Habis kau buat mak kau jadi bibik kau laki bini tu, kau tak fikir ke?

Adik aku buta perut. Lupa diri. Selamba tutup mata dan buat mak kami seperti babu!!

Bapak aku?

Ini kalau aku cerita, buat tambah sakit hati. Bapak aku lebihkan anak lelaki. So apa adik aku buat, dia diam. Yang tersiksa, mak aku.

Mak aku jenis lembut. Tak sampai hati nak tegur, atau minta anak menantu bantu. Sanggup penat sendiri. Makan hati dalam diam.

Aku tinggal jauh dari rumah mak aku. 2 jam perjalanan. Sebulan, dua tiga kali aku balik jenguk mak aku. Rumah wajib bersepah dan berhabuk.

Pakaian adik sekeluarga berlonggok di ruang tengah. Aku dan suami serta anak anak akan kemas rumah.

Aku memang tau adik dan isteri rasa mereka tak perlu buat apa apa kerana ada bibik part time yang akan selesaikan.

Pernah juga aku balik rumah parents dan tak buat apa apa kerana aku nak mereka tahu yang mereka kena bantu uruskan rumah.

Tak jalan daa.

Akhirnya aku mengalah.. Tiapkali balik, aku kemas rumah macam biasa, kerana kesiankan mak.

Pindah?

Dah berbuih mulut aku bagitahu adik suruh pindah. Anak dah 2 orang. Pergi cari rumah lain dan urus kehidupan sendiri.

Bila dah pindah, kalau isteri dia tak nak bangun dari katil pun takpe. Ikut suka hati kalau nak melekat sekali dengan anak anak diaorang dekat tilam.

Boleh pula adik aku bagi alasan, takde bajet untuk sewa rumah.

Hangguk dia!

Dah tau macam tu, ajar diri dan isteri bantu mak buat kerja rumah! Mak bukan orang gaji kau berdua!

Si isteri tu pun tak padan dengan sengal ubi. Bab urus rumah, besar kemalasannya. Tapi handphone 24 jam dekat tangan.

Bab gosip artis, masalah dalaman jiran jiran, serba serbi dia tau.

Paling aku bengkek, segala isu dalaman keluarga kami, habis diceritakan pada keluarganya. Pakcik makcik sepupu sepapat dia semua tau.

Pernah kantoi yang dia cerita fasal aku pada mak dia. Dia tengah bergayut dengan mak dia, loud speaker. Mak dia main hembus je kutuk aku.

Terus dia tamatkan panggilan dengan muka cuak. Eiiii rasa nak lempang!!

Aku seorang je perempuan dalam adik beradik. So bila ada masalah, memang aku yang akan bising.

Abang aku memang tak ambik tau. Dia buat hal dia je. Aku pun takde bincang hal ni dengan abang aku. Macam bercakap dengan tunggul.

Sebab tu aku luahkan dekat sini. Isu ni bukan baru. Dah bertahun tahun. Mujur tak boleh sumpah orang. Hanya mampu menyumpah dalam hati je.

Kalau selalu tegur, boleh jadi gaduh.

Bila diam, pijak kepala.

Hmmm.

Reaksi Warganet

Malina Norm –
Ye aku faham. Sebagai anak perempuan sulung kita tak mampu tengok mak dijadikan orang gaji.

Tolong la wahai orang lelaki. Tolongla nasihatkan isteri masing masing. Datang rumah mertua jangan buat macam datang hotel.

Jangan sebab alasan taknak membibikkan isteri dibibikkan mak sendiri.

Kalau kena dekat mak aku, harus aku bawa lari mak. Duduk la adik beradik aku yang mana tak pakai otak tu berkulat. Nasib baik adik beradik aku pakai otak lagi setakat ni. emo kalau orang bibikkan mak kita.

Awak bawa la mak ke rumah dulu, boleh seminggu dua bagi dia rehat dan bagi orang orang atas rumah tu muhasabah.

Bila mereka bising bising awak bagitau la itula pentingnya mak. Ni baru ambil seminggu, kalau tuhan ambil baru nak nangis tak ada gunanya. Sila buat kerja rumah tu juga

Sriwani Ramly –
Mak jenis lembut. Saya faham kenapa mak tak berani bersuara. Sebab saya ada kenalan yang sifatnya begitu.

Adk dan isteri tu hurmm. Jangan dibantu bila melibatkan barang barang mereka. Untuk rumah, cukup pesan pada mak, bior dapur dan bilik sendiri je yang bersih. Bahagian lain biar.

Saya faham perasaan mak, tak sanggup tengok rumah bersepah, kotor berhabuk. Tapi mak kena rehat.

Awak pula bila balik pun sama. Buat buat tak nampak je yang berselerak tu. Pastikan bilik mak bersih je.

Awak balik rumah mak, bawa mak pergi jalan jalan, ajak shopping, ajak dia pergol makan sembang sembang. Takyah kisahkan rumah tu.

Nazira Mylisa –
Aku baca pun rasa nak hempuk binatang dua ekor tu. Tolong mak mertua buat kerja rumah tak menjadikan kita ni babu lah.

Aku ni menantu yang tinggal hujung minggu dengan mertua. Sebab aku PJJ dengan suami.

Balik hujung minggu aku akan kemas rumah dia yang mana mampu. Pakaian laki aku pun hujung minggu baru aku basuh.

Bab masak, kalau aku rajin aku masak, kalau tak rajin aku beli. Tak de lah nak suruh mak mertua aku masak.

Ini sampai pakaian sendiri pun mak mertua yang kena uruskan tu namanya melampau lemak.

Orang dulu dulu cakap, banyak cantik muka dia nak jadi permaisuri. Eh, permaisuri pun masak sendiri dekat laki dia tau.

Kalau aku jadi TT, aku bawak mak tu datang rumah aku. Kalau duduk KL lagi senang buat alasan. Nak check up dekat hospital pakar.

Tulis dalam wassap besar-besar LUTUT MAK SAKIT PERLUKAN RAWATAN PAKAR. KEMUNGKINAN BESAR OVERUSE SEBAB BANYAK BUAT KERJA RUMAH.

Lepas tu suruh mak rehat sebulan dua dekat rumah kita. Si bapak tu, kalau tak reti ngajor anak jantan dia tu, tinggal je dekat rumah tu sendiri. Eh, geram pulak aku.

Cik Puan Ria –
Kalau mak sendiri yang tak open mulut untuk berkata tidak, dan tak cakap dekat adik perkara atau perasaan penat itu, malah sebaliknya depan adik selalu cakap tak apa, tak apa. Dan seumpama dengannya, memang korang adik beradik bergaduh sampai ke sudah je…..

Dia memang kena mak sis sendiri yang bersuara. Baru ada akal adik dan isteri tuh.

Kalau dah cakap pun adik still buat tak tahu, bawak je mak pindah duk sekali sebulan dua…. Bagi pengajaran… haha…

Tapi kebanyakkan mak memang macam tuh kot. Dengan anak lain mengadu, tapi anak yang sepatutnya tahu, tak diberi tahu…

Sumber – Amee Leyli (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *