“Sed̷iH Tengok Pakc̷ik Mer̷aYu Nak Solat Jumaat Tapi..”- Khai AF

HAJAT penyanyi Khai menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia tidak dibenarkan masuk ke masjid bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai umat Islam itu.

Lebih membuatkan Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 41, kece.wa apabila melihat beberapa lagi jemaah yang lebih berusia turut tidak dibenarkan memasuki masjid kerana had jemaah sudah mencapai kuota yang ditetapkan.

“Saya berada di sebuah masjid besar di Bangi, Selangor seawal pukul 12 tengah hari tapi tak dibenarkan masuk. Ramai lagi kat luar masjid tu terutamanya pakcik-pakcik yang menunggu.

“Kasihan ada pakcik yang datang mera.yu, kami semua tak boleh masuk solat walaupun sudah menerima vak.sin lengkap.

“Saya tak protes atau marah cuma kece.wa dan se.dih sahaja sebab sekarang rasa dah macam tak ada beza hari lain dengan hari Jumaat yang mulia ni,” kata bekas peserta program Akademik Fantasia musim pertama itu kepada mStar.

khai rosma 1

Khai bersama jemaah lain tunggu di luar masjid.

Sementara itu, menerusi Instagram suami kepada penyanyi Rosma ini meminta kerajaan membuat semakan semula mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat di masjid.

Kata Khai peraturan sedia ada sudah tidak relevan, lebih-lebih lagi ramai penduduk Lembah Klang sudah melengkapkan dua dos vak.sin.

Had cuma 100 orang sedangkan masjid besar. Tolong la Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil berat isu solat Jumaat ni!

KHAI

PENYANYI

“Berbeza-beza peraturan di masjid sekarang ni. Ada sesiapa cepat boleh masuk dan ada yang kena daftar dulu baru boleh masuk. Ingatkan dah dos kedua boleh masuk macam di pusat beli-belah tapi kenapa masjid masih diperketatkan lagi.

“Had cuma 100 orang sedangkan masjid besar. Tolong la Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil berat isu solat Jumaat ni.

“Seminggu sekali je bukan hari-hari macam di mall. Sedangkan mall pun tak ada had langsung sekarang ni janji dah sun.tik vak.sin.

khai rosma 3

Khai bersama isterinya Rosma.

“Rasanya tempat-tempat lain banyak dah lon.ggar tapi masjid saja masih SOP sama. Rakyat Selangor 80 peratus dan terima dos kedua,” ujarnya.

Pada 8 Ogos, kerajaan mengumumkan individu lengkap dos vak.sin boleh menunaikan solat di masjid dan surau tertakluk kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kerajaan negeri Selangor membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu dilakukan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Menerusi surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kehadiran solat Jumaat boleh disertai 50 hingga 100 jemaah sahaja.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:mstar

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini