SAYU, ‘Tragls pemergianmu Aisyah’ – Wanita m4ut aklbat kereta dir3mpuh lori

IPOH – Seorang wanita m4ut setelah kereta dipandunya terper0sok dir3mpuh l0ri muat4n palet makanan ayam dalam kemal4ngan di Jalan Jelapang di sini hari ini.

Nahas tersebut meng0rbankan Noor Aishah Mohd. Tahir, 26, yang m4ut di tempat kej4dian aklbat keced3raan par4h di kepaIa.

Difahamkan, kemal4ngan berlaku ketika l0ri 24 tan itu dalam perjalanan dari Jalan Ipoh-Lumut ke arah Meru sebelum mer3mpuh kereta jenis Proton Persona dipandu m4ngsa dari arah Meru ke Batu Gajah.

Pemandu lori berkenaan dipercayai telah melarikan diri dan usaha mengesan sedang dijalankan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Nor Rasidamayati Abd. Rasid berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kejadian melibatkan dua kenderaan di mana sebuah kereta remuk dan berada di bahagian bawah lori berkenaan.

“Anggota telah mengambil tindakan awal dengan membuat pembersihan tumpahan minyak dan memotong punca elektrik di kawasan itu bagi memastikan operasi menyelamat dijalankan dalam keadaan selamat.

“Pada awalnya, kita menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mangsa ekoran muatan lori berkenaan namun mangsa berjaya dikeluarkan selepas kenderaan itu dialihkan dengan bantuan kren,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Kredit: WB Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini