SAYU, Suami m4ut, manakala isteri ced3ra dalam nah4s dua kereta di Batu Pah4t

BATU PAH4T – Seorang lelaki m4ut apabila kereta yang dip4ndunya terlib4t dalam kemal4ngan di KM110 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Kampung Koris di sini pada Selasa.

M4ngsa Mohd Nor Hakkim Shariff, 27, yang mem4ndu kereta Perodua Viva meningg4l dunia di tempat kej4dian aklbat kec3deraan par4h pada bah4gian dal4man b4dan.

Ketua P0lis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Perodua Axia dari arah Senggarang ke Batu Pahat masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Isteri mangsa Fatin Nur Suhadah Suryan 24, yang juga penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta Perodua Axia yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun mengalami turut kecederaan pada bahagian dalaman badan dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan seramai 10 anggota bomba, sebuat jentera FRT, sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi tamat pada jam 4.13 petang,” katanya.

SUmber: WB

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini