Sayu, Seorang lagi penuntut UiTM mninggal dunia aklbat tekanan

Ketika masih ramai pekerja yang tertekan demi mencari sesuap nasi, tidak kurang juga tekanan yang dihadapi para pelajar universiti yang terpaksa menjalani pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL).

Kaedah pembelajaran ini tidaklah semudah yang disangka, malah ada di antara mereka mengaku hampir putus asa untuk meneruskan pengajian.

Lebih malang apabila ada pelajar yang meninggal dunia dek kerana tekanan yang dihadapi.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelajar di Kedah, kejadian yang sama berulang melibatkan pelajar UiTM Jengka bernama Adham Hazim.

Menerusi posting seorang individu dipercayai jirannya, mangsa dikatakan ditemui pengsan oleh keluarganya pada jam 4 pagi dan terus dibawa ke unit kecemasan.

Walau bagaimanapun, pelajar berusia 19 tahun itu menghembuskan nafas yang terakhir pada 10.55 malam akibat pendarahan di dalam otak.

Menurut rakannya, mangsa ada mengadu pening kepala selepas perlu menjawab satu bagi subjek programming.

Malah mangsa yang juga seorang pelajar yang rajin pernah berjaga sehingga jam 2 pagi bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Via cempedakcheese

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini