Sayu, Khabar Duk4 Siti Sarah Dis4hkan mninggal dunia

DUNIA hiburan pada Isnin bersedih selepas penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat Covid-19 gagal diselamatkan lalu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.15 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dia ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Lebih menghibakan, Sarah, 37, pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan yang dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa.

Perkara itu dimaklumkan sensdiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagram.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi tersebut selama tiga jam bermula pukul 2 petang Jumaat selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi Rabu lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit: M.star

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini