SAYU, Bek4s b0mba meningg4l dunia ketika tunaikan solat di masjid

ALOR SETAR – Kem4tian yang dicembvrui. Itulah yang berlaku ke atas seorang pesara b0mba apabila meningg4l dunia ketika solat sunat selepas solat Isyak berjemaah di Masjid Al-Ghufran, di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini, malam semalam.

Arw4h Jamaluddin Hashim, 63, yang tinggal di Tanjung Bendahara di sini ke masjid itu untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat tar4wih pada Ramadan ini.

Pada sep4njang bulan Ramadan ini, pesara b0mba itu akan menunaikan solat sunat tarawih di masjid-masjid di sekitar bandar ini.

Anak sulung arw4h, Mohd. Fariz, 36, berkata, arw4h bapanya yang tinggal bersendirian di rumahnya menaiki kereta bersama seorang rakannya ke masjid tersebut selepas berbuka puasa pada pukul 8 malam.

Katanya, arw4h ayah tinggal bersendirian di rumah tersebut selepas berpisah dengan ibunya sejak lama.

“Arw4h bapa saya akan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih dengan mengunjungi masjid yang berlainan di sini pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kesihatan arwah ayah saya sebelum meninggal dunia difahamkan dalam keadaan baik dan selama ini tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepai di sini, hari ini.

Arwah meninggalkan tiga orang anak termasuk Nurul Fahanis, 33, dan Mohammad Fadli, 31.

Mohd. Fariz yang tinggal di Kuala Kedah di sini berkata, dia menerima panggilan daripada rakan arwah ayahnya kira-kira pukul 9 malam yang memaklumkan arwah pengsan di masjid.

 

 

Menurutnya, dia yang terkejut dengan berita itu kemudian bergegas ke masjid tersebut untuk melihat keadaan arwah, namun sejurus tiba mendapati ayahnya telah meninggal dunia.

“Bagaimanapun, apabila sampai di masjid, ayah saya telah meninggal dunia dan ditutup dengan kain putih,” katanya.

Tambahnya, jemaah masjid itu memberitahu arwah ayahnya didengar menyebut nama Allah beberapa kali ketika sujud sebelum terjatuh.

“Cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara sebelum ini,” ujarnya.

Beliau menambah, jenazah arwah bapanya selepas itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh pihak polis untuk siasatan.

Katanya, jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Huda, Kampung Lepai di sini pada pukul 11.30 pagi. -UTUSAN ONLINE