Sanggup Bergilir jaga durian baka bantal emas elak dlgigit tupai

Dua beranak bergilir jaga ‘bantal emas’ elak digigit tupai

JERANTUT, PAHANG: Saiznya yang besar hingga mencapai berat 10 kilogram sebiji, menjadikan buah durian Bantal Mas atau Monthong, kini mendapat permintaan menggalakkan daripada penggemar raja buah itu.

Walaupun buahnya yang terhad, namun kebanyakan pekebun di daerah ini menjualnya pada harga yang berpatutan, berbanding beberapa durian klon terkenal seperti Musang King, D24, IOI dan Tekka.

Pekebun Zulkifly Mahmud, 55, yang memiliki empat pokok durian jenis itu yang berusia lebih 20 tahun, kini menanti hasil lebih 1,000 biji buah yang belum masak.

Beliau berkata, pokok miliknya boleh dikatakan hampir setiap tahun mengeluarkan hasil yang banyak, kerana dibantu faktor penjagaan terutama pembajaan yang mempengaruhi pengeluaran hasil secara berterusan dan bersaiz besar.

Katanya, untuk memastikan musuh terutama tupai tidak menyerang buah berkenaan, dia dan anaknya, Noor Haffiz Idzhar, 20, secara bergilir berkawal di dusun mereka setiap hari dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi mengusir haiwan itu yang menyerang tanpa mengira masa.

“Isi durian Bantal Mas tebal dan berwarna kekuningan, ia amat sesuai di makan secara beramai-ramai kerana ulasnya saiznya besar.

“Tahun lalu pokok durian ini mengeluarkan buah yang banyak, saya menjual dengan harga antara RM15 hingga RM18 sekilogram sebiji,” katanya, di sini semalam.

Beliau yang menetap di Kampung Belukar, dekat sini berkata, tupai memang meminati isi durian Bantal Mas mungkin kerana rasanya yang sedap, selain tarikan bau raja buah bersaiz besar itu.

Zulkifly berkata, disebabkan buah yang besar menyebabkan dahan mudah patah seperti kejadian yang berlaku minggu lalu menyebabkannya kerugian RM8,000 apabila lebih 30 biji durian itu gugur sebelum masak.

Dia yang mempunyai kebun durian seluas 0.8 hektar, berkata kali ini hampir semua 40 pokok durian pelbagai jenis mengeluarkan hasil yang banyak, namun hanya beberapa pokok sahaja buahnya mulai gugur.

“Saya berharap semua buah durian Bantal Mas tidak dirosakkan tupai, rezeki saya tahun ini akan bertambah sekiranya musuh tidak menganggu,” katanya.

Noor Haffiz Idzhar berkata, tupai biasanya menyerang durian Bantal Mas ketika apabila buahnya hampir masak dan berbau, menyebabkan ia rosak dan gugur.

“Saya menggunakan pelbagai cara bagi menghalau tupai termasuk mengetuk tin kosong dibawah pokok,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini