Foto sekadar hiasan
Dilemma Selepas Kifarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ni antara confession aku yang paling latest. Aku rasa macam aku tak tau nak luah dekat siapa.
Oh lupa nak cakap, aku Bourne. Duda, anak 3.
Dah hampir 2 tahun setengah aku hidup menduda. Anak anak ada bersama ex wife aku.
Hak jagaan dapat pada dia. Aku yang beri, sebab family mertua aku minta nak jaga.
Aku akur sebab kenangkan kondisi aku yang sendiri tak stabil.
Perkahwinan diusia yang sangat muda sememangnya sangat mencabar. Tapi aku yakin, Allah sebaik baik perancang.
Aku dikurniakan 3 orang anak selama 7 tahun perkahwinan. Aku kerja biasa, ofis boy dan niaga malam minggu.
Sebagai seorang suami dan ayah aku sedar yang tanggungjawab aku besar so aku agak struggle nak survive dalam ekonomi yang keras ni.
Semua berubah bila PKP bermula. Time tu la aku berpisah dengan ex bila dia kantoi curang dengan client dia.
Sakit? Ya sakit. Aku trauma nak hadap, sebab dia ibarat aku tak sangka langsung yang dia tergamak belakangkan aku sebab kehidupan kami memang takda masalah.
Memang takda problem yang besar besar sebab kami jenis selalu bincang kalau ada isu.
Gaduh gaduh sikit tu biasa la rumahtangga. Jadi perpisahan yang berlaku ni memang 1 perkara yang tak pernah aku jangka. Cerrai takda dalam kamus hidup aku.
Aku tersentak bila terima surat dari mahkamah yang mengatakan aku kena hadir untuk proses pencerraian.
Dipendekkan cerita, segala proses tu dipermudahkan lancar je.
Maybe sebab aku da hilang rasa waktu itu, even aku tak pernah niat nak cerraikan dia.
Tapi dia yang filekan so pada aku, dia dah takda hati dah pada aku. Orang dah tak sudi, untuk apa kita tunggu lagi.
Selepas lafaz cerrai, urusan hak jagaan anak. Aku terus bawa diri.
Dalam hati yang membara time tu, aku pernah bersumpah yang kifarah akan ajar dia. Sebab sakitnya hati ini Tuhan je yang tahu, so biar Tuhan yang ajar dia pada aku.
Walaupun sudah bercerrai, aku still contact lagi la dengan dia sebab kami ada anak bersama dan hubungan aku dengan dia pun masih ok, boleh bercakap lagi.
Sampailah baru baru ni, setelah 2 tahun lebih kami berpisah. Aku masih sendiri, tak da contact, takda cari atau terfikir nak berkawan dengan mana mana perempuan.
Hati aku da kosong, maybe sebab trauma peristiwa lalu.
Selama ketiadaan aku tu. Berbeza sekali dengan dia. Dia dah bertukar tukar pasangan.
Aku tau pun, sebab dia kadang kadang ada cerita dekat aku. Ye lah, selama aku kenal dia, aku lah tempat dia luah segalanya.
So bila da bercerrai pun, aku still lagi boleh dengar kisah dia even sakit.
Tapi hati aku kata nak buat macam mana, dah dia je wanita yang satu satu nya aku pernah sayang. Aku kuatkan juga dengar cerita dia.
Sayang? Mungkin?
Baru baru ni dalam tengah tengah pagi kul 4 macam tu dia wasap aku kata dia kena pkul.
Aku bagai nak giila bila dengar khabar tu. Aku try untuk call dan wasap dia berjela jela tapi tak da respond.
Dalam berapa jam lepas tu dia cakap dia ok. Dia nak rest. Aku macam blank kejap. Apa yang dia cuba sampaikan ni?
Sebenarnya aku dah hampir boleh move on dah. Aku dah tak teringat dah tentang dia.
Tapi tu lah, tiba tiba setelah lama tak contact dapat wasap macam tu. Hampir gugur jantung aku. Dengan tengah malam lagi. Mau tak risau?
Hari tu, dia bagi aku gambar muka dia yang lebam sebab kena pkul dengan BF dia.
Aku jadi berang juga. Sebab selama aku bersama dia, jentik dia pun aku tak pernah.
Bila aku desak nak tau laki tu siapa, dia mengelak. Dia cuma cakap ini kifarah yang dia dapat. Dia dah dapat balasan dia katanya.
Selama perkahwinan kami, aku boleh dikatakan sentiasa dengar dan ikut cakap dia. Aku turutkan sebab tak nak panjangkan cerita. Dia jenis kepala angin.
So da takdir aku dulu, aku hadap je la sebab aku anggap ni ujian dalam rumah tangga.
Sampai la bila dia kantoi berskandal dengan client dia. Aku terus hilang rasa pada dia dan kami pun bercerai.
Betul la, ada quotes yang kata orang yang berpisah, yang setia akan single buat beberapa ketika. Yang curang akan terus berpasangan. Seperti kami.
Dia dah ada pasangan. Aku sampai ke hari ini, nak ayat perempuan pun da lupa nak buat macam mana. Hahaha.
So lepas peristiwa dia kena pkul tu, dia kata yang bf dia yang dia sangkakan boleh bahagia. Tapi dapat yang kaki pkul. Tak macam aku katanya.
Aku bila dia mengeluh tu aku dengan nada yang gelak gelak aku pun cakap lah, dulu da dapat yang elok elok gi buat hal. Kan da mendapat.
Angin dia time tu. Tapi dalam perbualan kami tu aku tau, riak dia boleh nampak yang dia menyesal.
Kalau la dia tau, perasaan aku masih sama macam dulu.
Tapi aku tak da kekuatan nak ungkap kata rujuk. Sebab aku risau, trauma dengan kejadian dulu.
Now aku dalam dilemma nak cakap atau tak.
Mungkin kedengaran agak kejam kalau aku anggap apa yang dia dapat sekarang ni tak setimpal dengan perbuatan dia terhadap aku.
Aku dicurangi tatkala aku tak tau apa dosa aku pada dia. Sampai sekarang dia tak pernah cakap kenapa dia curang.
Maybe dia terikut nfsu dan circle dia yang tak berguna tu. Tapi damage already been done. Luka berparut masih ada.
Tapi rasa cinta aku pun masih ada. Aku buntu.
Perlukah aku cakap untuk get back balik?
Atau biar dia terlusuri kehidupan ni supaya dia belajar?
Aku kenangkan anak anak. Aku nak balik semua kenangan yang ada dulu.
Sebab anak anak tengah membesar, diorang perlukan father figure dalam kehidupan.
Maybe sebab tu la ex aku desperado nak cari pasangan. Kut? Aku bersangka baik je la.
Now aku dalam perhitungan hari mencari kekuatan nak cakap yang aku rindu sangat dengan dia dan anak anak.
Aku risau aku beria ria cakap rupanya dia pulak takda perasaan dah dekat aku, kan ke naya? Hahaha.
So akhir kalam, aku perlukan doa korang semua. Hidup ni singkat, jadi aku perlu keputusan yang tepat.
Aku ada bagi syarat pada dia. Dia mintak masa nak settle dengan BF dia.
Aku boleh bagi masa seberapa banyak pun dia boleh nak ada. Sebab aku boleh sabar bertahun tahun.
Kalau dia bersedia untuk berubah, aku akan ajak dia rujuk. Kalau dia masih sama lagi macam dulu. Takda sebab lagi untuk aku sayang dia.
Doakan aku. Assalamualaikum..
Reaksi Warganet
Faiz Aiman –
Bercerita berdasarkan pengalaman, move on bang.
Takde apa pada perempuan tu melainkan kenangan semata mata. Hidup abang luas lagi ke depan.
Faris Haikal –
Aku faham. Benda melibatkan perasaan complicated bro!
Walaupun ex dah ditebuk berkali kali oleh orang lain pun, sebab hati dah sayang, benda Macam tu pun kita boleh letak tepi.
Bagi aku, kena letak kewarasan dalam hal hal macam ni. Sikap paling utama.
Kalau kau rasa sikap dia masuk dengan kau, dan kau pun masuk dengan dia, carry on.
Kalau tak, better move on. Ramai lagi wanita lain yang baik di luar sana..
Dalita Dalling –
Jangan rujuk nanti akan timbul masalah mengungkit, sentiasa curiga dan hilang kepercayaan sebab ex TT dah pernah buat onar..
Ambik turn untuk jaga anak anak in shaa Allah diorang takkan hilang father figure in their lives.
Once a cheater always a cheater. Takut ex TT akan buat semula perkara terkutuk tu. Move one TT.
Era Syahirah-
Istikharah, mintak petunjuk.
U r a good husband, nampak betul sayang bini. Ruginya ex u. Dah dapat suami baik pun nak jantan lain jugak.
Maybe u should move on. Pompuan macam tu tak layak buat bini. Apa pun istikharah dulu..
Is Marissa –
Boleh nampak betapa sayang nya TT dekat ex wife.
Tapi boleh nampak jugak apa perasaan ex wife dekat TT.
Yang lebih tau situasi sebenar, abang sorang je.
Betul ke kalau abang terima dia balik, abang sanggup nak hadapi lagi dugaan sebab tak nampak pun macam ex wife abang nak berubah.
Sedihnya suami kene buat macam ni. Esok lusa abg dah tak ada kat dunia baru exwife tahu langit tinggi ke rendah
Mischa Pershop –
Ko dah wassap dia hari hari dengar luahan manenye takleh move on.
Tak payah lah nak bersame balik orang cenggitu.
Kalau dia sayang, dia patut pikir time nak scandal tu kenape nak menduakan suami.
Perempuan kalau sayang laki, nak wassap wasap orang laki beriya pun takut tau.
Yihhh kuat la sikit bro. Ex ko pun pelik, banyak sangat dah tukar tukar bf. Tak paham aku
Adnidail Kitchen –
Ambillah anak anak dan jagalah mereka tuan..
Jangan dikenang kenangan lama melainkan tiba tiba isteri diberi hidayah untuk berubah.
Kalau BF isteri berani pkul, mesti hubungan mereka dah jauh. Berani pkul2..
Percayalah bunga bukan sekuntum, Yang sebelum ni mungkin bunga teratai, nampak lawa akarnya buruk.
Cubalah cari bunga ros ke bunga raya ke supaya circle yang sama tak berulang.
Sumber – Bourne (Bukan nama sebenar) via IIUMC