Foto sekadar hiasan
Mak Mentua Ku Karen Rupanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dalam proses cerrai dengan suami sebab campur tangan third party. Mak mentua dan anak dara dia yang suka sangat masuk campur hal aku laki bini.
Aku tergerak nak buat confession ni, nak nasihat sikit adik adik yang masih berkepit dengan mak, yang duduk serumah dengan mak, nikah pun tidak, tak payah nak masuk campur hal rumah tangga orang lain dengan kata lain jadi batu api.
Ye hati aku sakit. Aku dah sound tuan punya badan. Tapi aku nak melepaskan juga rasa di hati.
Hanya kerana aku tak turuti kehendak mereka dan keluarga mereka aku diherdik, dihina sesuka hati mereka.
Gambar keluarga yang ada aku, muka aku kena liquid pas tu color pulak dengan marker pen hitam. Ada gambar yang kena mark tanda X dekat muka.
Terjadi pergaduhan mulut, suami aku pilih keluarga dia. Yang jadi mngsa aku.
Iyalah ayat MIL bini boleh dicari hanya di atas kertas jer, hubungan anak dengan mak kekal sampai bila bila. Guna modal syurga anak bawah tapak kaki mak, nanges sikit. Settle.
Aku paham tanggungjawab anak lelaki dekat mak. Paham. Mak yang lahirkan dia, besarkan dia. Paham.
Sebab aku pun ada mak ayah, tanggungjawab kat mak ayah bukan khas untuk anak lelaki jer tapi dah nama anak tanggungjawab pada ibu bapa tu jangan abaikan.
Aku tak larang suami balik rumah mak dia everyweek. Sampai payah nak balik kampung aku ziarah mak ayah.
Kalau aku nak jenguk mak ayah tanpa suami di sisi sebab dia walau macam mana pun mesti nak balik kampung tengok mak dia tiap minggu.
Aku mengalah. Laki aku pangkah duit aku semata nak balik kampung dia pun aku layankan jer, duit tol, duit minyak.
Mula mula aku okay. Yang buat aku tak okay bila pihak belah sana tak boleh langsung nak tolerate dengan aku.
Kalau boleh nak berkumpul tiap minggu tanpa gagal anak beranak dia jer, nak semua ada.
Kalau seorang anak menantu takde akan ada drama nangis dan air mata kata menantu ni tak suka balik kampung jenguk dia walhal everyweek balik tunjuk muka.
Apalah salah mengalah kasi can kita nak bermesra dengan mak ayah sendiri. Selfish!!!!
Gaji aku RM3500. Loan rumah aku bayar RM1200 sebab nama aku. Kereta RM850, duit petrol aku gi keje RM300, telco RM35, cukai pintu RM13 sebulan simpan, cukai tanah RM9 sebulan aku simpan, iwk RM8,
Aku gi keje bawa bekal. Barang dapur RM300, barang kering, barang basah RM100 seminggu, sebulan dah RM400.
Balance RM385 ni laa guna untuk berhuhu kot kereta meragam ke. Takde aku mewah mewah. Aku ada buat dropship juga roughly dapatlaaa pendapatan tambahan RM400 hingga ke RM800 sebulan.
Tu pun orang tohmah kata aku abiskan duit gaji laki aku sebab tu laki aku tak dapat berbakti kepada ibu terchenta. Whaaatt???
Aku ni ada hulur jugak la dekat mak mentua tu kalau balik kampung. Lain laa gaji aku nam juta boleh je aku sumbang sorang sejuta.
Gaji laki aku RM4500 sebulan. Aku dengar masa mula mula kawen mak mentua dengan anak dara dia sekolahkan laki aku sebab dia dapat tau yang laki aku bayar half duit ansuran rumah.
Mak mentua bising. Dia kata duit kau, kau punya, duit bini kau dia punya. Aku merasa 6 bulan je duit suami.
Sebulan laki aku sumbang RM1000 dekat mak dia. Aku tak kisah, tapi yang aku kisah nafkah aku takdek. Kasilaa RM10 pun kalau terselit sangat pun. Kira kau tunaikan tanggungjawab sebagai laki.
Tapi dia ulang ayat mak dia kata u kan bekerja ada duit sendiri. Sungguhpun aku kerja tanggungjawab kau mana???
Oh my kenapa lah ada mak yang ajar anak culas dari menjalankan tanggungjawab. Siap hasut anak tu beli rumah lain letak nama satu jer.
Rumah yang sekarang ni nama bini kau, kot jadi apa apa sehelai sepinggang kau. Aku dengar pulak tu masa dia nasihat anak tu. Bayar bulan bulan RM1800 lepas tu sengkek takde duit.
Bila anak tu tak dapat nak sumbang RM1000 sebulan kata bini dia abiskan duit laki. Pada hal aku keje kena pangkah je dengan laki aku.
Dah beli rumah baru, mak dia pulak pindah anak beranak duduk situ dengan anak dara tu. Lepas tu keja bawang aku memacam.
Nak bercuti tiap tiap tahun dah macam orang kaya. Bila menantu tak bagi sumbangan, kita pulak kena kecam. Yang nak berjalan mereka dan keluarga mereka.
Aku sedar diri duit gaji aku memang takde bajet nak jalan sana sini sebab tanggung laki.
Yang paling tak menahan aku kena scam, kesian mak mentua selalu mengeluh takde duit nak menunaikan haji. Aku kasi untuk mak dan pak mentua RM5000 sorang.
Sebab masa PKP kan boleh keluarkan KWSP. Kesian bila dia cakap umur dah tua nak mampos bilalah nak gi haji, ntah sempat ke tak.
Lepas bagi duit dia kata tak nak pi haji sebab daftar haji pun tak macam mana nama nak masuk list.
Alasan kalau nak tunggu nama naik kot dijemput Ilahi dia nak pi buat umrah amek pakej RM9900 sorang.
Kos nak gi haji RM13000++ ada subsidi kerajaan kan??? Baik gi daftar haji. Menunaikan haji sekiranya mampu.
Sebenarnya nak menggebang je keje. Takde nak gi haji sangat. Umrah tu tak wajib. Duit yang aku kasi bagi tujuan menunaikan haji tu dia guna beli emas. Tak masal aku kene scam!
Satu hari aku tak tahan, aku sembur adik perempuan laki aku. Kau baru umur 19 tahun dah sibuk masuk campur rumah tangga orang.
Takkan rumah aku beli tv 60 inch guna duit aku, kau nak aku belikan untuk mak kau???
Sampai ungkit masa aku tengah makan, kata aku menantu tak sedar diri keja abiskan duit laki.
Barang rumah aku semua aku beli guna duit gaji aku sendiri, yang kau sibuk nak odet segala benda ape hal??? Dah duduk rumah free pun banyak cerita. Yang cuci bilik air pun mak kau banyak hal plak.
Kata aku kulikan laki aku sidai kain baju ape kejadah budak ni. Abis yang housework yang selama ni aku buat takde pulak kata aku ni hamba suami sendiri???
Bila aku kerja out station tak dapat balik kampung, dikatanya aku pergi berscandal sana sini tak suka balik kampung sampai aku laki bini bergaduh!
Macam macamlah aku ungkit sampai mak mentua aku kata aku ni mandul!!! Patut laki aku cari bini baru jer.
Hello, tak yah nak jadi Karen sangat aku baru kawen 3 tahun dah cop aku mandul!!! Terus aku naik hantu hilang kesabaran aku, aku bergaduh dengan mak mentua aku.
Laki aku tengking aku balik. Ntah apa yang merasuk aku hari tu, aku mengamok macam orang hilang akal!!!
Too much!!! Sebabkan makhluk perosak tu, laki aku selalu marah aku. Kadang tak bertegur dan atas alasan aku tak beranak lagi mak mentua aku galakkan suami cari bini baru.
Dia siap kata lelaki kalau nak tambah bini itu hak dia, boleh kawen 4.
Apa sekali tu bapak mentua aku kantoi berwhatsap call dengan janda meniaga kedai makan tau pulak dia mengamok sampai pengsan pengsan.
Aku gelakkan jer depan MIL aku kata, mak kan kata laki boleh kawen 4, bagilaa ayah nikah lagi satu. Hak lakikan???
Tu yang mil aku jadi karen dan hilang kawalan dengan aku kena sepak terajang dia.
So aku malas dah nak layan drama karen ni aku amek keputusan untuk berpisah cara baik dengan laki aku ni. Dalam proses. Malas aku nak layan.
Aku tertekan. Sedikit sebanyak aku mental sebab apa aku buat takde orang nak hargai baik aku cari bahagia sendiri bak kata mereka dan keluarga mereka isteri ni hanya di atas kertas sahaja bila bila boleh putus. Silakan.
Buat adik adik yang belum melayari kehidupan berumah tangga, jangan dok ex sangat. Sok ko dah nikah, ko rasakan lah kehidupan seorang isteri yang orang selalu kata beras suami beli.
Selalu kata perempuan ni tak nak mengalah, nak menang jer. Abis yang selama ni apa yang kami buat, toleransi dengan perangai bdoh depa, tak dak nak fikir?????
Aku bekerja, aku buat semua kerja rumah, mesin kain, sidai, angkat, iron baju, cuci bilik air, cuci sinki, cuci pinggan mangkuk, buang sawang, buang sampah, aku masak lagi.
Aku kena beli bahan masak balik kerja kalut pi beli barang masak. Minyak masak RM2.50 pun hangpa tak boleh nak beli. Lagi banyak cita.
Nak makan sedap, tapi lauk pauk pun takmo beli. Dah masak tak nak makan, kata nak makan luar. Nak makan luar aku juga yang kena bayar. Pon kata pompuan ni complicated, pompuan ni nak menang jer semua!!!
Aku malas nak layan dah, lepas ni aku bebas nak beli tudung baru, baju baru, kasut baru, pergi spa tanpa berkira kira duit yang tinggal untuk menanggung anak mak.
Lepas ni kalau ada jodoh takmo dah anak mak. Serik!!! Ingat anak mak boleh laa jaga kita sampai tutup mata.
Tak dan nak tutup mata dah kena singkir!!! Pandai jaga mak dia ja, lain out!!!!
Jangan terlalu mencari kesempurnaan, hingga kau terleka bahawa kesempurnaan itu ada depan mata.
Reaksi Warganet
Faiza Iza –
Kudos to confessor!! Bagus tindakan bijak kembali kan ex pada mak dia.
Tuntut Segala duit/harta yang awak dah belanjakan. Jangan di bagi muka. Dasar tak sedar diri orang macam tu.
Semoga confessor maju jaya dalam apa jua tindakan/kerjaya dan bahagiakan diri sendiri. Hugs
Farah Hanina –
Kepada bakal bakal isteri atau baru bergelar isteri, sekali lagi dipesan, sila cerdik.
Tak kisahlah belajar tinggi mana pun, kadang tiba bab berlaki ni perempuan boleh jadi tak cerdik.
Nak bantu suami biar berpada. Suami ada tanggungjawab dia sendiri. Isteri tolong yang termampu saja. Janganlah berkorban tak bertempat.
Nak tolong family mertua pun sekadar mampu. Bila jadi konflik, takdelah rasa tak ikhlas, tak dihargai.
Kepada confessor, tahniah berani keluar daripada keluarga mertua dramatik macam ni.
Aliff Baa –
Aku jadi mak mertua pun tak tegamak nak buat menantu macam tu. Biar la anak dan menantu nak jalan mana pergi la, nak makan mana pergi la kalau nak ajak aku sekali sekala aku ikut.
Kalau menantu tak datang aku ok je fikir positive. Kalau menantu tak tolong pun tak pe.
Kau orang buat la mana yang belom siap, kemas pingan ke apa ke. Mak dah masak.
Tapi tu la ujian Allah dimana mana ada je ujian.. bercerrai jugak
Cik Puan –
Saya kahwin dengan ‘anak mak’. Alhamdulillah elok je. Siap mak mentua hadiahkan sebuah rumah teres 2 tingkat lagi lepas saya jadi menantu dia.
Masa 1st anniversary saya dan suami dulu aruwah MIL sponsor kami pergi honeymoon dekat overC.
Tu belum kira lagi segala hadiah dan ole ole yang aruwah bagi dekat saya setiap kali aruwah MIL pergi holiday dalam dan luar negara..
Sampai anak perempuan aruwah MIL pun ‘jeles’ dengan saya, padahal saya menantu je huhu.
Tapi saya tak pernah ambil serius pun setiap kali SIL perli perli saya.
Alhamdulillah, nikmat apa lagi yang ingin saya dustakan. Maybe berkat lambat berjodoh dan hubungan kami direstui dua belah family..
So far saya tak pernah ada masalah dengan aruwah MIL even masa bertunang dan baru baru kahwin, pernah lah gadoh gadoh manja dengan suami.
Aruwah MIL dan my mom tahu kes kami gadoh dulu coz suami yang mengadu (biasa lah anak mak kan. Dengan bakal mak mentua/my mom sekali dia pergi mengadu..kahh).
Tapi aruwah MIL tak pernah masuk campur hal kami. Apa apa hal, aruwah MIL cakap kalau betul kami (saya dan anak dia) ada masalah, dia nak dengar cerita daripada mulut saya jugak then biar saya yang buat keputusan samada nak teruskan hubungan ke tak lepas tu.
Alhamdulillah, even sempat merasa jadi ‘menantu perempuan tunggal’ aruwah MIL selama hampir 2 tahun kahwin.
Saya takde masalah dengan aruwah MIL. Cuma, kaum kerabat family in law yang belah FIL je lah lain maciam sikit dengan saya.
Sejak sebelum saya jadi menantu dalam family mentua lagi dia orang dah aim dengan saya, sesuatu sangat.
Padahal hubungan saya dan suami direstui oleh family mentua dan family saya. Yang sedara mara dia orang pulak sakit hati, pahal?!
Dulu kalau jumpa dia orang pun sebab terserempak dekat rumah family in law. Coz my family in law suka buat family gathering dekat rumah.
Sekarang sejak aruwah MIL dah takde..FIL pun dah kahwin baru, memang tak lah saya nak join dia orang. No thanks.
Kenapa entah? Agaknya dia orang tergugat kot sebab suami saya merupakan anak lelaki tunggal dalam family in law.
Risau kalau harta pusaka family dia orang jatuh dekat tangan ‘orang luar’ ni kot. Eh macam saya takde duit dan harta sendiri pulak. Tak hamak aihhh harta orang.
So far saya dan suami bahagia je hidup berdua selama 4tahun kahwin even kami belum diberi rezeki zuriat.
Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC