Rumah suami ‘dirampas’ mama. Bila keluar, suami kunci pintu bilik utama. Dengan biras, aku dah tebal muka

 #Foto sekadar hiasan

Antara Suami dan Parents Aku

Salam, aku tak tahu pada siapa aku patut luahkan dan tanya pendapat. Tak nak jatuh derhaka pada kedua dua orang ni (suami dan mama aku)

Alhamdulillah, sejak nikah suami aku mampu sediakan segalanya untuk aku (seperti yang dia janjikan pada abah aku sebelum berkahwin).

Kami pun macam orang lain, mula menyewa rumah seawal perkahwinan. Beli barang barang rumah sikit sikit dulu.

Tak lupa pada yang kencam kami sewaktu awal perkahwinan (mama aku, makcik makcik aku) sebab husband kerja jauh jadi diorang nasihatkan aku untuk bagitau husband aku cari kerja dekat dekat sikit.

Rezeki husband aku dekat negeri orang, Alhamdulillah dia dapat beli sebiji rumah (rezeki anak pertama) pada tahun pertama kami kawen. Macam Macam rezeki kami dapat.

Disebabkan aku pregnant dan mabuk teruk husband mintak parents aku tengok tengok kan aku .

Masuk tahun ke-2 kami kawen, dapat anak tiber c0vid pulak melanda. Jadi husband aku mintak parents aku stay sekali dengan kami (masih menyewa masa ni sebab rumah tak siap lagi) .

Tiber tiber dapat tahu family aku kena keluar dari rumah yang diorang sewa (under kerajaan) jadi terpaksa beramai ramai dirumah aku.

Husband tak kesah awalnya sebab tahu family aku dalam keadaan susah dan tengah c0vid.

Masuk tahun 3 dan 4, family aku masih tinggal dengan kami. Atas alasan tiada siapa yang akan jaga anak aku. Sebab aku dan husband bekerja.

Parents aku tak bagi hantar anak pada pengasuh ke apa sebab takut c0vid.

Masuk tahun ni tahun ke 5, walaupun parents aku dah ada rumah sendiri (jarak rumah aku dan mereka dalam 30-45 minit) mereka masih tinggal dengan aku.

Ohhh aku dah berhenti kerja sebab mengandung dan husband mintak jaga anak sendiri, in other words boleh ikut dia kemana mana.

Masalahnya sekarang, parents aku especially mama aku buat rumah kami ibarat rumah diaorang sendiri.

Aku rasa malu dengan husband. Sebab bila kami tak da kat rumah, mama aku stay situ dengan adik lelaki aku (yang dah kawen) duduk situ sekali. Alasan mama aku dekat dengan tempat kerja adik aku.

Aku mintak adik aku cari rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja dia tapi mama aku tak bagi. Alasan mama aku sebab gaji adik aku tak mampu untuk sewa rumah lagi.

Aku kadang bergaduh dengan suami sebab perkara sebegini. Sampaikan bila kami tak da dekat rumah, husband kunci pintu bilik utama.

Dia kata tu je tempat yang dia rasa itu dia punya. Padahal rumah tu dia beli untuk dia, aku dan anak anak. Rumah tu rasa macam bukan rumah dia dah.

Pernah aku slow talk dengan mama aku, sampai aku digelar bongkak, sombong oleh mama aku sendiri sebab tak tolong diaorang.

Yang mama aku tak tahu selama aku berkahwin ni, husband aku selalu tolong diorang (dari segi duit, kadang dia beri pinjam pada abah aku) .

Aku banyak berhabis duit untuk kegunaan adik beradik aku jugak (tapi mama aku tak tahu)

Kenapa dia tak tahu sebab dia akan bising jika abah aku or adik adik aku tak de duit. Kalau abah aku or adik adik aku tak sehat perlu ke clinic or hospital mama aku akan kata dia tak da duit.

Tapi kalau kawan kawan dia ajak berjalan ke luar negara, sekelip mata dia boleh belanja beribu riban untuk itu.

Abah aku pencen (swasta) dah, adik adik aku baru nak bekerja dan mama aku pun pencen (kerajaan).

Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak bagi tau kat mama aku, janganlah buat rumah tu ibarat rumah dia sendiri.

Aku tebal muka bila biras biras aku berkias diaorang tak boleh datang rumah sebab ada orang lain dekat rumah tu (family aku)

Aku ikut husband aku ke negeri orang pun sebab rumah yang dia sewa ni buat kami rasa ibarat rumah kami sendiri.

Padahal rumah yang dia beli kat bandar tu adalah rumah kami, tapi kami tak rasa itu rumah kami.

Apa harus aku buat supaya tak jatuh derhaka dengan husband aku dan mama aku?

Husband aku dari seorang yang diam baik, tiba tiba boleh berkata buruk (mengutuk family aku).

Kami selalu bertekak sebab aku marah dia kutuk family aku walaupun itu benda betul.

Aku banyak terasa hati dengan family aku sebab buat aku selalu serba salah.

Aku tak boleh cakap apa apa dengan mama aku or family aku, sebab mama aku akan cakap aku derhaka dengan dia dan abah aku. Dah senang tak mahu tolong adik beradik.

Tapi aku rasa tak senang hati bila tengok husband aku lagi happy duduk tempat lain dari rumah dia beli sendiri.

Dia pernah cakap kat aku mintak parents aku duduk di rumah mereka sendiri. Tapi bila aku slow talk dengan mama aku, kami bergaduh teruk.

Sebulan je dia duduk rumah dia sendiri lepas tu dia datang rumah aku buat macam rumah dia sendiri.

Husband aku tak tahu yang adik aku dan wife dia akan datang stay-in dekat rumah kami bila kami tak de.

Tolong lah aku macam mana aku nak buat ni….

Reaksi Warganet

Anis Mohamed –
Semua ni jadi sebab konon nak jaga hati orang. Lagi satu, mana ada istilah anak derhaka. Puan dah buat macam macam untuk famili. Parents puan yang derhaka dengan puan sebenarnya.

As for me, terus terang je. Kalau nak gaduh, gaduhlah. Cuba tak payah bagi duit. Nanti pandai pandai lah diorang datang menyibuk minta tolong. Hilanglah tue masam muka nanti.

As for me, your family ni agak melampau dah bagi betis nak paha. Jangan sampai suami cerraikan puan sebab dia serabut dengan keluarga puan.

Nur Afidah Alias –
Awak pergi la duduk rumah parents awak yg diorang tak nak duduk tu. Tukar rumah je.

Diorang duduk rumah suami awak beli. Awak dengan suami duduk rumah yang diorang tak nak duduk tu.

Kalau ikut firasat, diorang pun akan ikut duduk sana nanti. Tapi kalau diorang tak ikut tak pe la. Duduk je la situ.

Atleast suami awak ada privacy. Adik beradik suami pun boleh datang.

Mastura Burhanuddin –
Teringat dulu dulu ada satu confession, seorang laki ni cerita asbab kesian laa dia ajak family mertua dia dok sekali.

Lama lama dah jadi macam dia pulak menumpang rumah sendiri. Sampai nak susun atur perabot dalam rumah pun mertua yang nak campur tangan.

Bila beraya dia balik kampung sendiri. Rupanya mertua senang lenang ajak adik beradik dia berkumpul rumah menantu. Kalah rumah sendiri.

Dia Kata dah macam homestay bila balik rumah tu. Aset sendiri, tapi orang henyak henyak.

Sebelum husband awak meletup amukan dia, baik laa awak halau. Sebab cara lembut dah gunakan. Ni rumah husband awak, bukan rumah keluarga awak..

Fyyd Arsat –
Tumpang meluat dekat mak ko..

Cara pertama:
Ko bagi mak dengan adik ko RM300, suruh diaorg keluar shopping baju.

Biasa perempuan shopping baju lama. Jadi masa dia shopping tu, ko bungkus kain baju dia, kemas bawak pergi rumah mak ko.

Ko susun siap siap, cantik cantik dekat almari dia, ibarat dorang tak pernah pun duduk rumah ko..

Seminggu sebelum tu jangan lupa beli mangga baru untuk rumah ko siap siap. Mangga rumah tu elok elok, lepas tu ko dengan husband ko dan anak anak pergila mana mana bercuti sampai seminggu..

Takde istilah derhaka dekot kat sini, ko cuma patuh arahan suami. Hujung bulan mak ko sesak, dia pasti berbaik dengan ko semula..

Cara kedua:
Suruh je suami jual rumah sekarang, beli rumah lain.. Kalau boleh sejauh mungkin dari rumah mak ko.

Sumber – Anak perempuan sulung (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *