Remaja Ini Kahwin Muda Sebab T̷akut T̷idur Se0rang

Trend kahwin muda sekarang ini semakin banyak berlaku di negara Malaysia dan luar negara. Namun, perkahwinan muda seharusnya mengikut peraturan atau undang-undang.

Jika di Malaysia, had umur minimum di setiap negeri rata-rata adalah 18 tahun.

Namun lain pula berlaku di Indonesia apabila seorang remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun melangsungkan perkahwinan dengan remaja lelaki yang berusia 15 tahun selepas permohonan perkahwinan mereka diluluskan pihak berkuasa daerah di Indonesia.

Pasangan remaja yang berasal dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan itu menjadi viral di media sosial selepas mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas bimbingan perkahwinan.

Berkahwin Kerana Takut Tidur Seorang Diri
Menariknya, remaja perempuan yang kini hamil menafikan dia dipaksa, sebaliknya mengambil keputusan berkahwin kerana takut tidur seorang apabila sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, walaupun Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng menolak pendaftaran perkahwinan kerana faktor usia tetapi diluluskan selepas rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng.

Sememangnya, undang-undang di Indonesia hanya membenarkan pasangan dengan usia minimum 16 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki untuk berkahwin.

Jadi, dalam kes ini, pasangan remaja ini dikecualikan atas faktor munasabah yang boleh diterima.

Jadi, anda yang masih tidak berkahwin itu seharusnya cepat-cepatlah berkahwin ya. Nanti takut pula tidur seorang diri. Hehehehe.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini